Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UK Peruntuk RM9b untuk Turap Lebih Tujuh Juta Lubang Jalan Seluruh Negara
Auto Terkini

UK Peruntuk RM9b untuk Turap Lebih Tujuh Juta Lubang Jalan Seluruh Negara

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERDANA Menteri Britain, Sir Keir Starmer menyatakan peruntukan £1.6 bilion (RM9 bilion) untuk menangani masalah jalan berlubang di seluruh Britain.

Beliau berkata, jalan rosak ‘boleh mendatangkan risiko ke atas nyawa dan menyebabkan keluarga menanggung kos ratusan hingga ribuan pound untuk kerja baik pulih’.

Starmer berkata;

Itu kos (risiko nyawa dan keluarga tanggung kos) yang boleh dielakkan secara mudah dengan membuat pelaburan sewajarnya terhadap jalan raya (negara) kita.

“Melalui Rancangan untuk Ubah (Plan for Change), kami nekad melabur lebih banyak wang ke dalam poket rakyat kita yang bekerja keras  dan menambah baik stadard kehidupan.

“Sebab itu kami memberi dana kepada majlis (PBT) untuk baik pulih jalan kita dengan harapan mereka lakukan tugas tersebut.”

Jabatan Pengangkutan (DfT) mengumumkan peruntukan kepada setiap PBT di England untuk penyelenggaraan jalan sepanjang tahun kewangan 2025.

AGIHAN PERUNTUKAN

  • Lebih £378 juta (RM2.13 bilion) kepada PBT di bahagian Tenggara, Barat Daya dan London
  • Lebih £372 juta (RM2.09 bilion) untuk East dan West Midlands
  • £327 juta (RM1.84 bilion) untuk Timur Laut, Barat Laut, Yorkshire dan Humber
  • Lebih £244 juta (RM1.37 bilion) untuk Timur England

Pada Oktober lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan pembiayaan penyelenggaraan jalan tempatan untuk tahun 2025-2026 dijangka bernilai hampir £1.6 bilion, naik £500 juta (RM2.8 bilion) berbanding tempoh 12 bulan sebelumnya.

Peningkatan jumlah peruntukan itu diyakini cukup untuk menampung perbelanjaan baik pulih lebih tujuh juta lubang di jalan raya.

DfT menyatakan pihaknya akan memastikan penerima dana itu akan membelanjakan wang tersebut secara berhemah dan akan mengumpul data tepat dan penyelenggaraan proaktif sebelum lubang jalan terbentuk.

Setiausaha Pengangkutan, Heidi Alexander yakin pelaburan itu akan membawa hasil kepada pengguna yang akan sedar penambahbaikan keadaan jalan.

Beliau berkata PBT akan menentukan sendiri cara wang itu dibelanjakan sama ada menampal jalan, membuat lapisan jalan baru, menambah baik permukaan atau baik pulih jambatan. Namun, pihaknya tetap akan meminta PBT melaporkan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.

SUMBER: Telegraph

autoterkini Britain Jalan Berlubang Heidi Alexander Sir Keir Starmer
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.