Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!
Pandu Uji

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

AryonBy Aryon28/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila harga petrol di negara jiran itu kini mencecah hampir 30,000 dong (RM5.50 seliter). Ini membuatkan ramai pembeli mula berkira-kira mahu beralih kepada model elektrik.

VinFast Vento ialah motosikal elektrik terbaharu dikeluarkan pengeluar tempatan itu. Vento berada sebaris dengan produk premium seperti Theon, tetapi dijual pada harga lebih mampu milik.

Apa menarik mengenai Vento ini? Berikut reviu yang kami petik daripada portal Vietnam, ZingNews.vn.

  • Menampilkan rekabentuk mirip skuter tradisional biasa yang membuat pemilik tidak terlalu kekok menunggang di mana-mana. Dari depan memang sukar mengecam model ini ialah motosikal elektrik.
  • Mengetengah gaya elegan dan lembut seperti skuter perempuan. Bahagian belakang direka moden dengan lekuk badan menonjol.
  • Dilengkapi lampu LED penuh untuk lampu depan, signal belok dan lampu belakang.
  • Tiada kunci diperlukan, sistem penghidup dan pemati enjin disepadukan pada butang sebelah bar hendal kanan.
  • Penunggang boleh menggunakan telefon pintar sebagai kunci, ciri yang cukup bagus sekiranya kunci pintar kehabisan bateri atau tercicir.
  • Tunggangan senyap dan langsung tidak mengganggu jiran tetangga, terutama jika pulang bekerja lewat malam.
  • Dilengkapi brek cakera depan dan belakang. Roda depan dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Sistem suspensi agak keras dan mungkin sedikit kurang selesa jika menunggang solo.

  • Ada dua mod tunggang: Eco dan Sport yang dibezakan mengikut kelajuan maksimum. Mod Eco mengehadkan kelajuan pada 50kmj, manakala Sport, 80kmj. Aspek pecutan menggunakan kedua-dua mod tiada perbezaan.
  • Mampu ditunggang hingga 110km untuk sekali cas penuh.

  • Namun, ujian sebenar mendapati skuter ini boleh ditunggang sejauh 90km menggunakan mod Sport, dan boleh pergi lebih jauh jika menggunakan mod Eco.
  • Berbanding model petrol, motosikal elektrik lebih perlahan dan menggunakan kurang tenaga. Jika mahu menjimatkan bateri, penunggang boleh menukar mod Eco untuk mengelak enjin beroperasi dalam kapasiti penuh.
  • Tempoh mengecas mengambil masa 5-6 jam. Penulis mendakwa masa mengecas 25-100 peratus ialah tiga jam setengah.
  • Apabila kapasiti bateri 20 peratus atau kurang, kelajuan maksimum akan dihadkan kepada 40kmj, dan hanya 25kmj apabila kapasiti menghampiri 10 peratus.
  • Menggunakan dua pek bateri dengan kekuatan 49.6A dan voltan 50.4V. Secara teori, setiap cas penuh 0-100 peratus mengambil kuasa 10-15kWh, bersamaan 30,000-45,000 dong (RM5-RM8.30).
  • Dikira mengikut meter, cas penuh 15-100 peratus bernilai kira-kira 2.8kWH, menyamai 8,400 dong (RM1.60).
  • Secara purata, setiap kilometer  perjalanan, penulis menggunakan kurang 500 dong (92 sen) harga minyak.
  • Jika dibandingan skuter Honda SH Mode dengan julat harga sama, kos petrol ialah 650 dong (12 sen) per km.
  • Tidak banyak berbeza, tetapi penggunaan motosikal elektrik turut membantu mengurangkan kos penyelenggaraan seperti minyak enjin, penapis minyak dan lain-lain.
KELEMAHAN?
  • Masa mengecas lama. Sekurang-kurangnya tiga jam untuk membolehkan menunggang puluhan kilometer. Motosikal elektrik cuma memerlukan masa beberapa minit mengisi minyak.
  • Saiz bateri besar dan berat menyempitkan ruang simpanan 17 liter, cuma mampu memuatkan helmet separuh muka dengan beberapa barangan kecil seperti topeng muka, dompet dan lain-lain.
  • Penunggang yang baru menunggang motosikal elektrik mungkin terkejut dengan pengalaman menutup terotel dan membiarkan enjin melahu, terutama ketika hendak berhenti di lampu isyarat. Ini kerana motosikal elektrik hampir tiada daya brek enjin. Jadi tindakan menutup terotel hanya akan membuatkan roda berhenti.
  • Vento sesuai dibeli penunggang yang mencari motosikal elektrik premium yang direka tidak terlalu berbeza daripada motosikal jalanan lain.
  • Dalam konteks kenaikan harga petrol (di Vietnam), memilih motosikal elektrik adalah pembelian berbaloi untuk menjimatkan kos bahan api, servis dan lain-lain.
  • Vento berharga 56.35 juta dong (RM10,390), dikatakan kompetitif untuk pasaran Vietnam dengan pesaing seperti Honda SH Mode, 54.18-59.19 juta dong (RM9,990-RM10,910) dan Yamaha NVX, 52.24-54.5 juta dong (RM9630-RM10,050). Apa kata orang Malaysia, mujurlah harga petrol masih dalam subsidi.
Pandu uji roda2 skuter skuter elektrik Skuter EV Tunggang Uji VinFast Vento
Aryon

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.