• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #TunggangUji: KTM RC 200 (2022) Kini Lebih Mudah Ditunggang, Tork Lebih Padu!

#TunggangUji: KTM RC 200 (2022) Kini Lebih Mudah Ditunggang, Tork Lebih Padu!

October 27, 2022 By Wahid Leave a Comment

571
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

"WAHID, awak nak test ride KTM RC200 (2022) tak?," tanya KTM Malaysia.

Saya terpegun sekejap. Bukan sebab terkejut atau terharu, tetapi sebab KTM RC 200 versi lama agak susah dan kurang selesa ditunggang walaupun agak cantik ketika itu. Apapun, saya terima jemputan itu dengan perasaan agak sangsi.

Saya pernah menguji KTM 200 Duke (2022) sebelum ini pada Mac tahun ini. Model itu mengejutkan saya, terutama enjin baharu yang lebih kuat dari segi tork, dan suspensi tidak lagi sekeras dulu. Jadi ia lebih selesa ditunggang sebagai motosikal harian.

BACA >>> #TunggangUji: KTM 200 Duke ABS (2022) yang Lebih Berkarakter, Tangkas

Jadi, saya harap pembaharuan sama juga dapat dirasai pada KTM RC 200 (2022) baharu ini.

Persepsi awal:

KTM RC200 2022-19
KTM RC200 2022-3
KTM RC200 2022-6
KTM RC200 2022-16
KTM RC200 2022-12
KTM RC200 2022-13
  • Kedudukan hendal dan pelana jauh lebih baik daripada model lama.
  • Pelana model baharu ini ada lebih banyak ruang untuk bergerak supaya dapat disesuaikan dengan pelbagai fizikal penunggang.
  • Jarak jangkauan lengan ke bar hendal lebih jauh ke depan yang memberikan sensasi seperti menunggang sportbike lebih besar.
  • Hendal dicondongkan sedikit ke bawah berbanding model lama yang agak mendatar dan menegak.
  • Kualiti plastik jauh lebih baik kerana bukan dicat, tetapi dihasilkan dengan warna sekali.
  • Model ini memberikan kawalan traksi (cengkaman) tiga mod, iaitu Road dan Supermoto. Mod kedua berfungsi mematikan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) roda belakang supaya roda belakang boleh dikunci seperti jentera supermoto ketika mengambil selekoh.
  • Model baharu disediakan bar genggam untuk pembonceng.

Pengalaman Tunggang KTM RC 200 (2022):

  • Perbezaan paling ketara ketika mula menunggang adalah kuasa tork yang menghasilkan pikap kuat walaupun dalam gear lima atau enam.
  • Kesan tork dibuktikan dalam ujian mendaki laluan Genting Highlands. Saya dapat menggunakan gear empat dan limatanpa perlu meligatkan enjin dalam gear rendah hingga enjin mengaum seperti hendak pecah. Selekoh tajam hanya memerlukan gear tiga untuk dilayan.
  • Suspensi nampak sama seperti model lama, tetapi dipertingkat lebih baik.
KTM RC200 2022-15
KTM RC200 2022-18
  • Fork depan WP Apex BP (Big Piston) yang digunakan dapat menyerap banyak hentakan daripada lopak dan lubang atas jalan. Ciri ini sangat penting, terutama ketika meredah laluan seperti di Genting Highlands yang dengan bonggol dan lubang.
  • Ini kerana dalam banyak situasi kita tidak dapat mengelak dari garisan selekoh dipilih walaupun motosikal sudah dimiringkan. Hasilnya, motosikal ini memberikan lebih keyakinan dan keselesaan ketika mengambil selekoh. Sebaliknya, respons fork  yang keras daripada model lama membuatkan kawalan motosikal sedikit terbabas dari garis selekoh disebabkan terlanggar permukaan jalan tidak rata.
  • Respons monoshock juga memberikan kualiti yang sama dan tidak lagi rasa hentakan keras. Monoshock model lama membuatkan punggung dan pinggang sakit seperti terjatuh dalam kawah bulan.
  • Dinamik suspensi KTM RC 200 (2022) juga sangat baik dalam aspek segi redaman (damping) dan mampatan (compression) serta kesan lantunan semula (rebound).
  • Ciri redaman mampatan baharu itu mampu menyerap hentakan dengan baik tidak begitu terasa impak permukaan jalan. Pada masa sama juga tidak terlalu keras hingga mengebaskan tangan. Aspek lantunan semula pula, respons fork tidak dilantunkan semula terlalu cepat hingga membuatkan komponen itu rasa keras, dan tidak pula kurang hingga roda depan terasa seperti terapung atas jalan.
  • Tayar MRF bukan tayar terbaik, tetapi prestasi suspensi yang lebih baik memberikan cengkaman baik dalam kondisi jalan kering. Cengkaman juga sangat baik atas permukaan jalan lembab (bukan basah penuh). Bayangkan jika tayar lebih baik digunakan.
  • Saya tahu ramai sukakan rekabentuk KTM RC 200 (2022) baharu ini. Tidak kurang juga tidak suka. Bahagian fairing depan agak luas (dan lut sinar) berbanding model lama. Tetapi fairing baharu ini memberikan banyak kestabilan ketika menunggang dalam halaju tinggi. Helmet pun tak goyang!

  • Fairing baharu juga direka untuk menyisihkan haba enjin jauh dari penunggang. Kipas radiator dihalakan ke luar dalam alur fairing sebelah kiri. Jadi bahang enjin tidak terasa walaupun berhenti lama di lampu isyarat.

  • Bahagian belakang tangki direka semula dan memberikan ekstra sokongan kepada paha atau lutut penunggang ketika memiringkan motosikal memasuki selekoh.
KTM RC200 2022-11
KTM RC200 2022-10
  • Sudut hendal ditambah baik kerana bahu lebih relaks dan dapat diturunkan ketika memiringkan motosikal.
  • KTM RC 200 (2022) ini ditunggang uji ke Genting Highlands pada hujung minggu. Sebagai pusat peranginan, memang banyak kenderaan lain turut menuju ke sana dengan melalui laluan lebuh raya Karak, tol Gombak dan seterusnya lebuh raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Jalan Tun Razak.
  • Saya dapat pulang ke rumah di Bukit Jalil sejauh 66.3km dalam hanya 47 minit walaupun dalam kondisi jalan raya lembab dan tidak depat melenjan motosikal ini sepenuhnya.
  • Ingat, ini bukan sportbike 600cc atau 1000cc, tetapi 200cc! Malah, motosikal ini belum dibuat 'run-in' 1,000km, dan masih dalam pantang. Jadi kuasa enjin belum maksimum.

Kekurangan KTM RC200 (2022)

  • Tork kuat bagus kerana saya tidak perlu bergelut meligatkan enjin, tetapi ini bermaksud motosikal ini menggunakan nisbah gear pendek. Gear satu dan dua terlalu pendek. Enjin didapati meligat pada rev 8,000rpm ketika kelajuan 110kmj dan kelajuan maksimum 141kmj pada 10,000 RPM.

  • Jadi sproket depan boleh dibesarkan dua gigi untuk mendapatkan lajakan pecutan, atau meninggikan nisbah gear satu dan dua dalam transmisi jika anda jenis penunggang yang sukakan tunggangan agresif.
  • Nisbah gear pendek juga menjadi faktor saya perlu menggunakan gear lebih tinggi untuk mendapatkan lajak (cornering speed) ketika memasukki selekoh. Ini kerana penggunaan gear rendah akan membuatkan motosikal terlalu perlahan ketika di selekoh.
  • Kelajuan maksimum 141kmj mungkin nampak kurang memberahikan, tetapi saya rasa itu kelajuan yang benar kerana banyak kereta masih gagal mengejar sportbike ini, terutama sepanjang lebuh raya Karak.
  • Bagi saya, ciri yang ada pada KTM RC 200 (2022) sudah cukup untuk tunggangan harian atas jalan raya biasa.

Kesimpulan

KTM RC 200 (2022) dijual pada harga RM15,888 (harga bukan atas jalan) dan nyata lebih berbaloi berbanding pesaing rapat seperti Yamaha YZF-R15M yang berharga RM14,998 (sebelum dinaikkan harga wakil penjual). Modenas RS200 pula jauh lebih murah, tetapi tidak mampu beraksi sebaik prestasi KTM RC200 (2022).

KTM nyata sudah buat banyak perubahan yang lebih baik pada generasi kedua KTM RC 200 (2022) ini. Apa yang penting, saya mengharapkan model baharu ini lebih reliabel dan tidak lagi berlaku isu dialami model lama. Sebelum mengecam, apa kata anda pergi tunggang uji sendiri, dan bersedialah untuk diracun!

Tidak percaya? Saya pun awalnya tidak percaya, tetapi tunggang uji ini jelas menukar pandangan saya sampai tiba-tiba boleh pula 'tertempah' KTM RC 200 (2022)  ini.

BACA >>> KTM 250 Duke (2022) Kini di Malaysia, Harga RM21.5k!
BACA >>> #TunggangUji: KTM 200 Duke ABS (2022) yang Lebih Berkarakter, Tangkas

KTM RC200 2022-20
KTM RC200 2022-19
KTM RC200 2022-18
KTM RC200 2022-17
KTM RC200 2022-16
KTM RC200 2022-15
KTM RC200 2022-14
KTM RC200 2022-13
KTM RC200 2022-12
KTM RC200 2022-11
KTM RC200 2022-10
KTM RC200 2022-9
KTM RC200 2022-8
KTM RC200 2022-7
KTM RC200 2022-6
KTM RC200 2022-5
banner-ucap-tahniah-ducati-malaysia-sepang-2022-bg
KTM RC200 2022-1
KTM RC200 2022-2
KTM RC200 2022-4
KTM RC200 2022-3

Related

571
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: KTM, ktm malaysia, KTM RC200 (2022), Lebuhraya Duke, naked bike, Pandu uji, roda2, Tunggang Uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev