Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026, Tambah TPMS, Kotak, Warna Baharu
Roda2

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026, Tambah TPMS, Kotak, Warna Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata05/12/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026

TRIUMPH Motorcycles memperkenalkan adventure touring sport terbaharu, Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026 yang dibangunkan berasaskan Tiger Sport 800 dan didatangkan dengan ciri jelajah penuh sebagai kelengkapan standard.

Ini termasuk tongkat tengah, pemanas grip, gad tangan dan pelana kembar selesa (dual comfort seat). Sebagai makluman, Triumph Malaysia turut menawarkan Tiger Sport 800 pada harga RM64,800.

Kelengkapan Touring Penuh ,Gaya Dinamik

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026

Triunph Tiger Sport 800 Tour dilengkapi rak bagasi aluminium dan beg sisi bersepadu yang sepadan warna badan motosikal. Kotak atas mampu memuatkan dua helmet, serta turut disertakan pad sandar belakang kembar.

Aspek keselamatan dan kemudahan penggunaan dipertingkat dengan tambahan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) sebagai ciri standard model Tour itu.

Ada dua skema warna baharu:

  • Matt Cobalt (biru): Tona biru pekat yang kontras dengan Matt Sapphire Black (hitam), dan diserikan aksen emas kusam pada kokpit, fairing dan panel belakang
  • Carnival Red (merah): Pilihan lebih bertenaga dengan kemasan berkilat, dipadankan perincian Sapphire Black (hitam) dan trim emas sama.

Kedua-dua skema warna seragam dengan beg sisi dan kotak atas.

Enjin Prestasi Tinggi

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026

Triumph iger Sport 800 Tour 2026 dikuasakan enjin prestasi tinggi 3-silinder 800cc, yang mula diperkenalkan pada Tiger Sport 800 dengan output kuasa 115hp @ 10,750rpm.

Enjin itu terkenal dengan respons segera dan bersemangat pada semua julat rev dengan 90 peratus tork tersedia pada julat pertengahan, dan memuncak pada 84Nm @ 8,500rpm.

Prestasi enjin 3-silinder memberikan gabungan tork rendah enjin kembar dengan kuasa putaran tinggi enjin 4-silinder sebaris.

Tiga badan terotel menyalurkan deruman unik Triumph melalui ekzos sport, yang boleh dipertingkat dengan damper Akrapovič sebagai aksesori pilihan.

Enjin dipandkan kotak gear manual 6-kelajuan dan ciri bantuan anjakan Triumph Shift Assist sebagai standard. Kapasiti tangki ialah 18.6 liter.

Ketangkasan, Kawalan

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026

Sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa 41mm jenis boleh laras redaman, lantunan dan mampatan, dengan jarak travel 150mm (depan), dan monoshock Showa RSU jenis boleh laras redaman, lantunan dan prabeban kawalan jauh hidraulik kawalan (remote hydraulic preload adjuster), dengan jarak travel150mm (belakang)

Kuasa membrek digalas brek cakera kembar jenis apung 310mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan cakera tunggal 255mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).

Kombinasi sistem brek itu memberikan kawalan tepat dan kuasa henti yang kuat, walaupun motosikal dimuatkan sepenuhnya. Bahagian roda menggunakan rim aloi aluminium tuang ringan yang dibalut tayar sport-touring Michelin Road 5 untuk cengkaman dan kestabilan.

Dengan berat basah 232kg (termasuk bagasi), Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026 kekal tangkas dan responsif.

Visor angin boleh laras dipasang standard sebagai perlindungan angin yang dipertingkat.

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026

Pelana jenis selesa (Comfort Seat) yang ergonomik untuk penunggang dan pembonceng kini dilengkapi teknologi jaring 3D untuk agihan berat optimum, manakala ventilasi udara bersepadu untuk penyejukan lebih baik.

Kapasiti bagasi besar 106 liter, membolehkan penunggang menyimpan dua helmet muka penuh saiz XL (dua dalam kotak atas, atau satu dalam setiap beg sisi).

Teknologi Fokus Penunggang

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026 dilengkapi teknologi pintar untuk menjadikan setiap perjalanan mudah dan selamat seperti:

  • Mod Tunggan: Ada tiga mod diberikan: Sport, Road dan Rain
  • Kawalan: Terotel jenis elektroni Ride-by-Wire (RBW) dengan kawalan traksi boleh tukar
  • Keselamatan: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belokan dioptimum dan Kawalan Traksi Dioptimum untuk kawalan optimum dalam situasi mencabar. TPMS baharu disertakan sebagai standard
  • Konektiviti: Sistem konektiviti My Triumph, membolehkan navigasi belok demi belok (turn-by-turn), integrasi telefon dan kawalan muzik melalui Bluetooth sebagai standard
  • Pencahayaan dan Paparan: Lampu LED penuh dan paparan multifungsi yang menggabungkan LCD dengan skrin TFT berwarna untuk akses maklumat intuitif

Kos Pemilikan Terbaik dalam Kelas

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026 menawarkan selang servis terbaik dalam kelas, iaitu setiap 16,000km atau 12 bulan, dan disokong waranti global tanpa had perbatuan global, yang turut merangkumi Aksesori Tulen Triumph.

Sebanyak 35 aksesori tulen ditawarkan yang membolehkan penunggang menyesuaikan motosikal mereka, membabitkan aspek penggayaan, perlindungan dan peningkatan prestasi.

Model itu kini boleh ditempah di pengedar Triumph di Britain pada harga bermula £12,895 (RM70,800) dan dijangka tiba di bilik pameran Triumph UK  bermula Februari 2026.

Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Tiger Sport 800 Tour 2026
Triumph Triumph Tiger Triumph Tiger Sport Triumph Tiger Sport 800 Triumph Tiger Sport 800 Tour
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    15/05/2026
    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.