Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triumph Siar Video Acah Supersport Baharu, Speed Triple 1200 RR!
Auto Terkini

Triumph Siar Video Acah Supersport Baharu, Speed Triple 1200 RR!

WahidBy Wahid19/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERMINTAAN peminat Triumph yang mahukan motosikal jenis supersport mungkin terjawab kelak. Ini kerana pengeluar dari Britain itu baru saja melancarkan video acah Triumph Speed Triple 1200 RR.

Triumph pernah menghasilkan model supersport, iaitu Daytona 675 dari 2006-2007. Bagaimanapun, model itu dihentikan pengeluaran kerana kurang permintaan untuk supersport kelas middleweight.

Namun, permintaan demi permintaan, dan keluhan demi keluhan diterima yang meminta Triumph menghasilkan Daytona baharu. Tambahan lagi begitu ramai wartawan permotoran sedunia kerap mengajukan soalan itu pada setiap sesi pelancaran Triumph walaupun model dilancarkan itu segmen bukan supersport.

BACA >>> Triumph Lancar Rocket 3 Edisi Terhad dengan Warna Serba Hitam, Cuma 1,000 Unit Sahaja!

Triumph akhirnya menghasilkan Daytona Moto2 765 Limited Edition pada 2019 sebagai model 2020. Model itu dihasilkan sempena meraikan kedudukan Triumph Motorcycles sebagai pengeluar enjin eksklusif jentera kelas Moto2 dalam Kejuaraan Dunia MotoGP dan hanya 765 unit sahaja dihasilkan.

Semua dijual hampir serta-merta pada hari pelancaran walaupun berharga AS$17,500 (RM74,170) sebelum cukai dan caj lain.

Triumph kemudian memperkenalkan pula supernaked, Speed Triple 1200 RS awal tahun ini yang menggunakan enjin 3-silinder yang sinonim dengan jenama motosikal tersebut.

Enjin 1160cc itu menghasilkan kuasa maksimum 178hp dengan berat basah 198kg yang menjadikan model tersebut mempunyai nisah kuasa:berat kedua teringan dalam kelasnya. Karakter pengendalian juga dikatakan antara terbaik sesama pesaing.

Speed Triple baharu ini disanjung ramai dengan meraih jualan sangat menggalakkan. Justeru, bermulalah permintaan untuk model supersport dengan enjin baharu itu.

BACA >>> Triumph Speed Triple 1200 RS (2021) Lancar dengan Enjin Lebih Berkuasa, Harga RM83.9k
BACA >>> #BikinMotor: Smoked Garage Ghost – Triumph Speed Triple Jadi Roadster Eksotik

Nampaknya Triumph akur kepada permintaan ramai dan bakal menghasilkan Triumph Speed Triple RR. Anda boleh lihat sendiri dalam video ini yang mana model tersebut dilengkapi banyak ciri baharu. Apa paling penting, ia sebuah motosikal yang tangkas.

Walaupun dijana enjin sama seperti model naked, mungkinkah prestasi motosikal itu akan dipertingkat hingga menjangkau lebih 190hp?

Video ini juga menunjukkan penggunaan frem aluminium baharu dan tidak dikongsikan dengan model naked. Selain itu, model RR ini juga dipasangkan sistem suspensi Öhlins semi-aktif elektronik. Paling menjadi tanda tanya, lampu depan bulat.

Mungkinkah rekabentuk model ini berupa supersport retro ala MV Agusta Superveloce 800 dan Bimota KB4? Buat masa sekrang, kita hanya mampu menunggu dengan penuh debaran.

BACA >>> MV Agusta Superveloce Alpine yang Cuma Ada 100 Unit Sahaja di Dunia, Harga RM178k
BACA >>> Bimota KB4 dengan Enjin Supercas Kawasaki Ninja H2 Didedahkan Pertengahan Tahun Ini

Auto Terkini Middleweight supersport Supersport Middleweight Supersport Triumph teaser Triumph Triumph Speed Triple 1200 RR Video Acah
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.