Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977) dengan Perbatuan 12.4km Mahu Dibida!
Roda2

Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977) dengan Perbatuan 12.4km Mahu Dibida!

Abang HirataBy Abang Hirata28/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERCAYA atau tidak? Bacaan odometer Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977) ini menunjukkan angka 7.7 batu (12.4km) sahaja!

Syarikat lelongan, Car & Classic membukan bidaan motosikal tersebut pada 20 hingga 28 Ogos.

Bukan saja perbatuan rendah, kondisi juga masih baik seperti dibekukan dalam mesin masa yang layak diberi status stok lama baharu (NOS).

Ada lagi ciri istimewa yang menjadikan unit itu berharga, ini ialah satu daripada 1,000 unit model ‘Silver Jubilee’ untuk pasaran Britain, atau satu daripada 2,400 unit jumlah keseluruhan.

Model tersebut dibekalkan baharu kepada pengedar Triumph UK pada 1977. Asalnya didaftarkan untuk jalan raya, tetapi kemudian dijadikan objek pameran dan disimpan lama pemilik pertama hingga 1996.

Pemilik kedua pula terus mengekalkan keaslian motosikal itu yang dijaga dengan sangat baik.

Model ‘Silver Jubilee’ dibuat sempena ulang tahun ke-25 pertabalan Ratu Elizabeth II. Ia dibina berasaskan Bonneville T140, dan diberi skema warna perak metalik dan aksen merah, putih dan biru selain komponen krom.

Turut istimewa ialah grafik khas pada panel sisi dan setiap unit dibekalkan sijil ketulenan daripada Triumph. Status NOS juga layak diberi kerana selain dalam kondisi asal, unit berkenaan tidak pernah dibaik pulih.

Unit ini dalam keadaan terpelihara, tetapi perlu diperiksa jika pemilik baharu ingin menunggang di jalan raya. Maklumlah, perkakasan mekanikal perlu digerakkan. Lagipun ia sudah tersimpan lama.

Selain kondisi asal, dokumen seperti buku panduan, kit peralatan asal dan fail sejarah juga terjaga baik. Status keaslian dan keistimewaan mpdenya juga terjamin kerana terdapat dokumen pengesahan daripada Kelab Pemilik Motosikal Triumph.

Harga rizab bidaan diletakkan Car & Classic setakat ini ialah €17,500 (RM87,830) 😱.

BACA >>> Triumph Tiger Sport 660 (2023) Kini di Malaysia dengan Pilihan Aksesori, Harga RM50,900
BACA >>> Azhar Sulaiman Mahu Jual Nombor Plat MAF 14, Buka Bidaan Mula RM1.85j!

Car & Classic roda2 Triumph Triumph Bonneville Triumph Bonneville 'Silver Jubilee’ 750 Triumph Bonneville 750 Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.