Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Yaris Cross 2026 Eropah Dapat Rupa Depan Baharu, Bukan Versi Yaris Cross Asean
Auto Terkini

Toyota Yaris Cross 2026 Eropah Dapat Rupa Depan Baharu, Bukan Versi Yaris Cross Asean

Abang HirataBy Abang Hirata16/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TOYOTA memperkenalkan kemas kini terbaharu untuk SUV kompak hibrid mereka iaitu Yaris Cross bagi pasaran Eropah. Model terlaris Toyota di rantau tersebut kini menerima perubahan reka bentuk yang lebih segar.

Untuk makluman, Yaris Cross Eropah dan Jepun lebih kecil dan tidak sama dengan model Asean yang turut dijenamakan semula sebagai Perodua Traz. Namun, pengguna boleh mendapatkan Yaris Cross Jepun daripada pengimport bebas.

Rupa depan Yaris Cross 2026 nampak seragam dengan model baharu Toyota yang lain melalui penggunaan gril corak sarang lebah. Lampu berbentuk C diolah semula dengan pencahayaan dengan bentuk abjad tersebut di dalam lampu.

Yaris Cross Asean

Sejak dilancarkan pada tahun 2021, Yaris Cross telah menjadi kenderaan terlaris Toyota di Eropah dengan jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun 2025 manakala lebih 76,000 unit telah terjual di UK.

Kemas kini ini berteraskan falsafah kaizen atau penambahbaikan berterusan untuk memastikan Yaris Cross terus menawarkan pakej menyeluruh dalam segmen B SUV.

Barisan model terbaharu ini ditawarkan dalam varian Icon, Design, Excel dan GR Sport yang akan mula dibuka untuk tempahan di UK pada musim luruh ini (sekitar September hingga November).

Reka Bentuk Luaran dan Gaya Baharu

Penampilan luaran Yaris Cross menampilkan kemas kini dengan tumpuan utama pada bahagian hadapan yang direka semula.

Gril baharu menampilkan corak sarang lebah dengan kemasan warna yang sama dengan badan. Bahagian bawah berwarna hitam yang digabungkan dengan gerbang roda lebar mempamerkan gaya SUV yang kuat.

Lampu hadapan LED turut direka semula dan merangkumi lampu siang bersepadu sebagai ciri standard.

Varian Design dilengkapi rim aloi 17 inci manakala varian Excel menggunakan rim 18 inci.

Dua pilihan warna baharu diperkenalkan iaitu Precious Bronzedengan gaya dua warna bersama bumbung dan tiang hitam yang kontras serta warna Persian Salt yang menggantikan pilihan Shimmering Silver.

Ruang Kabin dan SakuraTouch

Bahagian dalaman menerima kemasan pintu warna platinum yang harmoni dengan riasan pada panel instrumen.

Varian Design kini dilengkapi kerusi sport hadapan yang menawarkan lebih keselesaan dan sokongan lateral yang sebelum ini dikhaskan untuk gred Excel. Kerusi ini turut menampilkan jahitan tiga warna yang kontras.

Kerusi varian Excel menggunakan kemasan separa kulit dengan bahan SakuraTouch yang menggabungkan 40 peratus PVC berasaskan tumbuhan, sisa gabus daripada industri arak (wain) dan PET kitar semula.

Penggunaan bahan ini mengurangkan emisi CO2 sebanyak 95 peratus semasa pengeluaran berbanding kulit asli.

Selain itu, ciri lampu ambien dan pengecas wayarles dijadikan ciri standard untuk varian Design dan ke atas manakala pintu belakang kuasa elektrik disediakan untuk varian Excel dan cermin sisi lipat automatik disertakan pada semua model.

Variasi GR Sport

Varian GR Sport menampilkan ciri luaran dan dalaman eksklusif serta talaan suspensi untuk pengendalian yang lebih tajam. Model ini mempunyai bampar hadapan khas dengan side pods untuk menekankan gaya atletik yang lebar bersama rim aloi 18 inci.

Kabin GR Sport dilengkapi kerusi sport jenis suede dengan balutan kelabu dan jahitan merah serta logo GR pada penyandar kepala hadapan dan stereng.

Terdapat juga riasan kemasan perak gunmetal khusus pada pintu dan panel instrumen. Varian ini hanya tersedia dengan pacuan roda hadapan.

Trenkuasa

Kemas kini pada tahun 2024 turut melibatkan trenkuasa 1.5 liter Hybrid 130 yang menggunakan motor elektrik penjana yang lebih berkuasa. Sistem hibrid penuh ini kini ditawarkan pada semua model dalam barisan Yaris Cross.

Hybrid 130 menghasilkan output keseluruhan sebanyak 96 kW (130 ps) dan tork sebanyak 185Nm.

Kuasa dibekalkan oleh bateri litium-ion dengan kapasiti 4.3 Ah. Rangkaian kuasa ini tersedia dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda pintar mengikut gred kelengkapan.

Pecutan dari 0 ke 100 km/j dilakukan mengambil masa 10.7 saat bagi model pacuan roda hadapan.

Selain daripada rangkaian kuasa Hybrid 130, terdapat juga pilihan rangkaian kuasa lain daripada versi sebelum ini iaitu 1.5 liter Hybrid 115 yang menghasilkan 85 kW (116 ps).

Platform dan Keselamatan

Yaris Cross dibina di atas platform GA-B yang menawarkan pusat graviti rendah dan ketegaran badan yang tinggi.

Pengurangan bunyi bising dan gegaran serta pelbagai langkah untuk menangani bunyi jalan, angin dan enjin – merupakan sebahagian daripada peningkatan menyeluruh pada tahun 2024.

Sistem keselamatan Toyota Safety Sense ciri standard pada semua model. Fungsi parking support brake dipasang pada varian Design dan ke atas manakala varian Excel menerima sistem Blind Spot Monitor.

Untuk sistem hiburan, SUV ini menggunakanToyota Smart Connectdengan navigasi berasaskan awan, pengecaman suara serta integrasi telefon pintar wayarles untuk Apple CarPlay dan Android Auto.

Spesifikasi Toyota Yaris Cross 2026 Eropah

  • Enjin: 1.5 liter 3 silinder hibrid
  • Output Sistem Keseluruhan: 96 kW (130 ps)
  • Tork Sistem: 185Nm
  • Sistem Pacuan: Roda hadapan (FWD) atau semua roda pintar (AWD)
  • Pecutan 0 ke 100 km/j: 10.7 saat (FWD) / 11.3 saat (AWD)
  • Rim: Aloi 17 inci atau 18 inci mengikut gred
  • Ciri Keselamatan: Toyota Safety Sense, Blind Spot Monitor, Parking Support Brake
  • Kapasiti Penumpang: 5 orang dengan kerusi belakang lipat 40:20:40

Toyota Yaris Cross GR Sport 2026

Toyota Yaris Cross 2026

Toyota Toyota Yaris Toyota Yaris Cross Toyota Yaris Cross GR SPORT
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.