Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Yaris (2019) di Malaysia, Harga Bermula RM70k – Mampukah Cabar Jazz, Myvi?
Roda4

Toyota Yaris (2019) di Malaysia, Harga Bermula RM70k – Mampukah Cabar Jazz, Myvi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/04/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKHIRNYA pesaing Perodua Myvi dan Honda Jazz sudah tiba di pasaran tempatan. Mampukah kehadiran Toyota Yaris (2019) mencabar dua model hatchback popular Malaysia itu? Dibawakan UMW Toyota Motor, Yaris ialah model kedua Toyota selepas Vios yang dipasangkan di kilang baharu wakil pengeluar itu di Bukit Raja, Klang, Selangor.

Toyota Yaris (2019) sebelum ini pernah memasuki pasaran tempatan sekitar 2006-2012, dalam versi import sepenuhnya dari Jepun. Sepanjang tempoh itu, kira-kira 1,000 unit Yaris sudah berkeliaran atas jalan. Kini, selepas tidur lama, model hatchback subkompak itu kembali dengan menampilkan perubahan lebih matang dalam usaha memikat pembeli generasi muda yang gemarkan imej sporty.

BACA >>> Toyota Yaris Lancar 18 April dengan 3 Pilihan Varian dan Harga Bermula RM71k!

TIGA PILIHAN VARIAN

Toyota Yaris (2019) ditawarkan dalam tiga varian dengan lima warna badan pilihan:

  • Citrus Mica Metallic (hijau)
  • Super White II (putih)
  • Red Mica Metallic (merah metalik)
  • Attitude Black (hitam)
  • Silver Metallic (perak metalik).

Harga Yaris (2019) atas jalan tanpa insurans untuk pasaran di Semenanjung Malaysia ialah:

  • Toyota Yaris 1.5G – RM83,888
  • Toyota Yaris 1.5E – RM76,888
  • Toyota Yaris 1.5J – RM70,888

ENJIN SAMA SEPERTI VIOS

Toyota Yaris (2019) menggunakan enjin sama seperti Vios, iaitu 4-silinder 2NR-FE 1.5L DOHC Dual VVT-i berkuasa 105hp dan tork 140Nm. Hantaran kuasa disalurkan transmisi automatik 7-kelajuan Sport Sequential Shiftmatic. Juga disediakan opsyen manual untuk respon lebih pantas selain mod pemanduan Sporty dan Eco.

BACA >>> Toyota Yaris Crossover (2019) Muncul di Taiwan

REKABENTUK SPORTY

Profil rekabentuk Yaris (2019) kini lebih segar dan menawan dengan imej sporty. Bahagian bawah depan membawa penampilan catamaran untuk bahasa rekabentuk lebih beremosi. Bahagian belakang tampil unik menerusi kombinasi lampu datar dengan kemasan hitam.

Unit lampu depan tirus (dengan pelarasan manual) dilengkapkan dengan lampu siang (DRL) LED pada bampar. Varian 1.5G & 1.5E didatangkan dengan  lampu belakang kombi LED. Semua varian didatangkan dengan cermin sisi boleh laras elektrik dan antena sirip yu.

Cermin sisi Yaris 1.5G dan 1.5E akan dilipat automatik sebaik saja pintu dikunci. Varian Yaris 1.5G and 1.5E pula diberikan rim ringan 16-inci dengan tayar 195/50, manakala Yaris 1.5J didatangkan dengan rim aloi 15-inci dan tayar 185/60.

BACA >>> Inilah Perodua Myvi Paling Mahal di Dunia, Harga Bermula RM197k!

KABIN RINGKAS YANG LAPANG

Ruang kabin menggunakan material berkualiti tinggi yang dapat dilihat pada seperti kerusi menerusi trim warna yang menonjolkan lagi sisi unik dan sporty Yaris (2019). Bagi mendapatkan ekstra ruang kargo, kerusi belakang boleh direbahkan rata bagi membolehkan pemilik memuatkan muatan panjang atau bersazi besar.

Panel instrumen Yaris 1.5G didatangkan dengan meter Optitron yang lebih jelas dalam apa juga situasi pencahayaan. Paparan Multifungsi 4.2 inci berwarna menawarkan pelbagai maklumat tentang kenderaan. Sementara itu, Yaris 1.5E dan 1.5J memiliki bentangan meter sama seperti iluminasi paparan cahaya belakang.

BACA >>> 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)

Pengendalian maklumat MID boleh dilakukan menerusi kawalan stereng balutan kulit dan kayu untuk varian 1.5G, manakala butang operasi Bluetooth dan telefon bagi varian 1.5G dan 1.5E.

Yaris 1.5G dan 1.5E didatangkan dengan sistem DVD-AVX dengan paparan 6.8 inci, termasuklah ciri T-Link untuk sambungan telefon pintar dan peranti muzik mudah alih. Yaris 1.5G didatangkan dengan enam pembesar suara.

Tidak ketinggalan, turut tersedia penyaman udara automatik, sistem DVD-AVX dengan paparan skrin sentuh 7 inci lengkap dengan sambungan USB serta pemantau pandangan panoramik (PVM) bagi visual 360º. Demi keselesaan penumpang, Yaris menyediakan banyak kompartmen kecil untuk meletak pelbagai peranti elektronik dan bekas minuman.

CIRI KESELAMATAN

Yaris (2019) didatangkan pakej keselamatan lengkap, terdiri daripada:

  • 7 beg udara SRS
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Parkir dengan Monitor Pandang Panoramik (PVM)
  • Kawalan Daki Bukit (HAC)
  • Perakam Video Digital (DVR)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)

JAMINAN

Pemilik Yaris (2019) akan menikmati jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan selepas pendaftaran asal. Ini bermakna, pemilik boleh kekal mendapat menfaat waranti sepanjang tempoh tersebut walaupun kenderaan mungkin sudah bertukar pemilik.

GALERI
2019 toyota yaris Auto Terkini harga Toyota Yaris (2019) hatchback hatchback kompak hatchback malaysia Jaminan Toyota Perodua Myvi pesaing iriz pesaing jazz pesaing myvi Toyota Yaris Toyota Yaris (2019) malaysia toyota yaris 2019 UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Amran on 18/04/2019 23:18

      The real game changer

      Reply
    2. Nurul Syahirah on 02/07/2019 10:10

      Anggaran bayaran bulanan tu berapa ea?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.