• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Yaris Lancar 18 April dengan 3 Pilihan Varian dan Harga Bermula RM71k!

Toyota Yaris Lancar 18 April dengan 3 Pilihan Varian dan Harga Bermula RM71k!

April 3, 2019 By AI Leave a Comment

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Yaris bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 18 April ini. Bagaimanapun, UMW Toyota mendedahkan lebih awal senarai harga model tersebut menerusi laman web rasmi wakil pengedar itu.

Yaris versi Malaysia akan didatangkan dalam tiga pilihan varian dan harga seperti berikut:

  • Yaris 1.5G - RM84,888
  • Yaris 1.5E - RM77,888
  • Yaris 1.5J - RM71,888

Model subkompak ini didatangkan dengan enjin 1.5L 2NR-FE Dual VVT-i  berkuasa 105hp dan tork 140Nm dengan transmisi variabel berterusan (CVT) 7-kelajuan sekuensial, trenkuasa sama digunakan Vios (2019).

BACA >>> Jualan Toyota Vios Kurang Memberangsangkan, Pengguna Indonesia Pilih Honda City

Toyota Yaris (2019)_1
Toyota Yaris (2019)_5
Toyota Yaris (2019)_6

Yaris (2019) turut menggunakan platform rekabentuk sama, menampilkan lampu depan dengan ciri Follow Me Home, meter optitron dan paparan multifungsi, cermin pandang belakang elektrokromik, penyaman udara automatik dan dua mod pemanduan: Eco dan Sport.

BACA>>>Adakah Anda Pemilik Toyota Vios, Altis, Yaris dan Alphard? Jika Ya, Sila Baca Artikel Ini

Dari segi keselamatan, Yaris dibekalkan 7 beg udara, Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Parkir dengan Monitor Pandang Panorama (PVM), Kawalan Daki Bukit (HAC) dan perakam video digital (DVR).

Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web Toyota Malaysia, ada lima warna menarik ditawarkan: Citrus Mica Metallic (hijau), Red Mica Metallic (merah), Attitude Black (hitam), Silver Metallic (perak) dan Super White II (putih).

Yaris versi Malaysia akan dipasangkan di kilang UMW Toyota di Bukit Raja, Klang,

BACA>>>Toyota Yaris Crossover (2019) Muncul di Taiwan

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2019 toyota yaris, Roda4, Toyota, Toyota Yaris, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
    KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my