• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Inilah Perodua Myvi Paling Mahal di Dunia, Harga Bermula RM197k!

April 15, 2019 By AI Leave a Comment


PERODUA Myvi generasi ketiga baru saja dilancarkan di Singapura dengan dua pilihan varian: 1.3 X (AT) dan 1.5 H (AT). Jika di Malaysia harga hatchback popular Malaysia itu bermula RM44,300-RM55,300, tetapi di Singapura tanda aras model berkenaan jauh lebih mahal.

Di Singapura, Myvi 1.3 X (AT) dijual pada harga S$64,800 (RM197,100), manakala 1.5 H (AT), berharga  S$69,800 (RM212,300). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menganggap kemasukan Myvi generasi ketiga ke negara jiran itu sebagai detik penting buat Perodua selepas berdepan beberapa halangan.

BACA >>> Isu Pengeluaran Myvi Terhenti: Perodua Bayar Pampasan Rebat Tunai kepada Pembeli

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

"Ini menandakan destinasi eksport pertama bagi model ini di bawah jenama Perodua, walaupun kami sudah mula mengeksport Myvi generasi ketiga ke Indonesia. Tetapi, model tersebut menggunakan jenama Daihatsu dan dinamakan sebagai Sirion," katanya.

Dilancarkan di Malaysia pada November 2017, Myvi generasi ketiga ialah model Perodua paling canggih setakat ini yang menawarkan teknologi moden terkini, dan penjimatan bahan api terbaik dalam pakej kompak dan bergaya. Tambahan lagi, rekabentuk Myvi baharu ini ialah rekaan Perodua sepenuhnya.

BACA >>> Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?

Myvi untuk pasaran Singapura akan diedarkan Perocom Auto, iatu pengedar tunggal Perodua di Negara Seberang Tambak itu sejak 1997. Model lain yang pernah dijual wakil pengedar itu ialah Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama, Viva, Axia dan Bezza.

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2018 perodua myvi baharu, auto terkini, Datuk Zainal Abidin Ahmad, hatchback, Perocom Auto, Perodua, Perodua Myvi, Roda4, subkompak hatchback

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my