• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?

Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?

February 19, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA gembira kepada peminat hatchback Malaysia. UMW Toyota Motors dalam satu sesi bersama media mengesahkan Toyota Yaris bakal memasuki pasaran tempatan, tahun ini. Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh didedahkan dan kami ramalkan ia dilancarkan tidak lama lagi. Besar kemungkinan suku kedua atau paling lambat suku ketiga tahun ini.

Lebih menarik, model hatchback segmen-B itu akan dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang baharu Toyota di Bukit Raja, Selangor.

ENJIN 1.5L

Toyota Yaris, juga dikenali sebagai Vios versi hatchback, dipadankan enjin 2NR-FE 1.5L dengan bantuan kotak gear transmisi variabel berterusan (CVT) berserta pedal syif yang mampu menghasilkan kuasa 105hp dan tork 140Nm.

Model ini juga bakal dilengkapi ciri keselamatan termaju seperti 7 beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan ISOFIX pada kerusi kanak-kanak untuk semua varian.

BACA >>> Toyota Vios Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia - Harga Bermula RM77,200

Toyota_Yaris_facelift_2018_indonesia_pandulaju9
Toyota_Yaris_facelift_2018_indonesia_pandulaju6
Toyota_Yaris_facelift_2018_indonesia_pandulaju11
Toyota_Yaris_facelift_2018_indonesia_pandulaju4
TOYOTA YARIS CROSSOVER-1
Toyota_Yaris_facelift_2018_indonesia_pandulaju10

BERAPA HARGA?

Buat masa ini, tiada sebarang spesifikasi didedahkan, termasuk harga. Jika ditanya kepada kami, mungkin harga hampir sama seperti Vios yang kini dijual pada harga sekitar RM70,000.

Persoalan lebih penting, mampukah Yaris memikat hati rakyat Malaysia? Adakah model itu mampu mencabar Perodua Myvi? Tunggu...

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 toyota yaris, enjin toyota yaris, harga toyota yaris malaysia, hatchback segmen-B, pandu uji toyota yaris, pesaing perodua myvi, pesaing toyota yaris, toyota yaris 2019, toyota yaris baru, toyota yaris malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
    KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my