Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Vellfire Cuba Lari Ops JPJ, Lebih 20 Saman AES Tertunggak
Auto Terkini

Toyota Vellfire Cuba Lari Ops JPJ, Lebih 20 Saman AES Tertunggak

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CUBAAN seorang pemilik MPV mewah jenis Toyota Vellfire meloloskan diri daripada operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya gagal apabila kenderaan itu berjaya dikesan dan disita.

Kejadian berlaku sekitar jam 4 petang Isnin di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar ketika anggota penguat kuasa menjalankan operasi rutin.

Dikesan Berhampiran Pusat Perubatan

Menurut Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, anggota penguatkuasa terlebih dahulu mengesan Toyota Vellfire tersebut berada di hadapan sebuah pusat perubatan berhampiran Wisma Darul Aman. Pemandu lelaki berusia lewat 30-an yang dipercayai seorang tauke lori kemudian cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak JPJ.

Beliau dipercayai memandu MPV mewah itu ke belakang sebuah bangunan di kawasan Mergong bagi mengelak pemeriksaan dilakukan. Namun cubaan tersebut tidak berjaya apabila anggota penguatkuasa berjaya mengekori dan menahan kenderaan berkenaan.

Lebih 20 Saman AES Belum Dibayar

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati Toyota Vellfire itu mempunyai lebih 20 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih tertunggak. Jumlah keseluruhan saman dilaporkan melebihi RM6,000.

Selain itu, MPV terbabit juga didapati tidak mempunyai cukai jalan yang sah selain gagal memiliki perlindungan insurans aktif. Menurut Stien, pemilik kenderaan memberi alasan saman-saman tersebut hanya muncul pada tahun ini.

Kenderaan Tetap Disita

Walaupun pemilik memberikan penjelasan, tindakan saman dan sitaan tetap dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. JPJ menegaskan kegagalan memperbaharui cukai jalan dan insurans merupakan kesalahan serius yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Stien turut menekankan bahawa tindakan cuba melarikan diri tidak akan menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan penguatkuasaan. Menurut beliau, JPJ akan terus mempergiat operasi bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

JPJ Terus Perhebat Operasi

Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa termasuk memberi fokus kepada kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

JPJ turut mengingatkan pemilik kenderaan supaya sentiasa memastikan dokumen penting seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM), lesen memandu dan insurans berada dalam keadaan aktif. Kegagalan mematuhi syarat tersebut bukan sahaja boleh menyebabkan kenderaan disita, malah pemilik juga berdepan tindakan saman serta risiko lebih besar sekiranya berlaku kemalangan di jalan raya.

SUMBER: Sinar Harian

Lesen Kenderaan Motor (LKM) Pengarah JPJ Kedah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Stien Van Lutam Toyota vELLFIRE
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.