Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Mahu Bina Bandar Masa Depan di Kaki Gunung Fuji Tahun Depan
Auto Terkini

Toyota Mahu Bina Bandar Masa Depan di Kaki Gunung Fuji Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA merancang membina prototaip bandar masa depan di kaki Gunung Fuji, Jepun yang mana projek pembinaan dijangka bermula tahun depan.

Bandar berteknologi tinggi itu akan dikuasakan sel tenaga hidrogen dan berfungsi sebagai makmal hidup untuk pelbagai kenderaan autonomi, rumah pintar dan kepintaran buatan (AI).

BACA >>> #TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) – Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi

Toyota mendedahkan rancangan itu pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan mengenai kos pelaburan pembinaan bandar pintar tersebut.

Projek pembangunan Toyota itu akan dbina atas tapak sebuah kilang yang sudah ditutup, dan akan dinamakan sebagai Bandar Woven. Ia bakal menjadi kediaman kumpulan penyelidik sepenuh masa dan penghuni lain.

BACA >>> Sunway Lancar SPS, Sistem Parkir Pintar Guna e-Dompet, Tanpa Bayaran Tunai

Sebelum ini, ramai eksekutif automotif dalam industri berbincang dan berkongsi idea mengenai rancangan mencipta bandar masa depan. Ia bertujuan mengurangkan pencemaran udara atau emisi yang mengubah corak cuaca masa kini, dan mengurangkan kesesakan trafik selain mengaplikasikan teknologi Internet dalam kehidupan seharian.

Toyota nyata selangkah jauh di depan pesaing lain kerana gergasi automotif global itu mahu mendirikan komuniti futuristik atas kawasan sebesar 70 hektar. Malah, bandar tersebut bukan hanya mencerminkan impian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyota, Akio Toyoda, tetapi juga menonjolkan kekuatan sumber kewangan dan politik milik pengeluar itu di Jepun.

Toyota menjangka seramai 2,000 penghuni akan tinggal di bandar berkenaan, dan pembangunan akan bermula tahun depan. Pengeluar automotif itu juga sudah melantik arkitek Denmark, Bjarke Ingels untuk merekabentuk komuniti impian tersebut.

BACA >>> Pirelli Cipta Tayar Pintar yang Boleh Baca Kondisi Jalan Menerusi Wayarles 5G

GALERI

SUMBER: AdelaideNow

Akio Toyoda Auto Terkini Bandar Masa Depan Toyota Bandar Pintar Toyota Bandar Woven Bjarke Ingels Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 Toyota Woven City
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.