Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pirelli Cipta Tayar Pintar yang Boleh Baca Kondisi Jalan Menerusi Wayarles 5G
Auto Terkini

Pirelli Cipta Tayar Pintar yang Boleh Baca Kondisi Jalan Menerusi Wayarles 5G

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PIRELLI menjadi pengeluar tayar pertama menghasilkan produk tayar pintar yang mampu menghantar maklumat kondisi jalan raya dengan bantuan rangkaian wayarles 5G, dipanggil Pirelli Cyber Tyre.

Tayar pintar itu mempunyai sensor, cip pemprosesan dan satu cakera komunikasi sebesar syiling saiz sederhana. Ia mampu mengesan tekanan, ketebalan bunga, dan suhu tayar, termasuk pecutan, takungan air dan ais atas jalan.

Apabila tayar tersebut dipasangkan pada kereta, semua maklumat disebutkan itu akan dihantarkan kepada unit kawalan elektronik (ECU) kenderaan berserta amaran seperti ‘jalan raya baru basah’, ‘ais atas jalan’, ‘kadar cengkaman terjejas’ atau ‘aliran trafik sesak’.

BACA >>> Lambretta V200 Edisi Pirelli, Cuma 200 Unit Seluruh Dunia

Semua maklumat itu boleh digunakan untuk menentukan atau mengubah pemetaan enjin, tetapan kawalan traksi atau melaraskan sistem suspensi. Ia seakan memberitahu kereta supaya memperlahankan kelajuan kepada tahap selamat sebelum melintasi kawasan lopak air atau ais dan sebagainya.

Minggu lalu, Pirelli mengadakan demonstrasi konektiviti Cyber Tire di atas bangunan Lingotto di Turin, Itali. Bangunan itu adalah bekas kilang Fiat yang kini menjadi pusat beli-belah.

Tayar digunakan ialah P Zero Trofeo, dipasangkan pada Audi A8 yang A8 diekori Audi Q8. Sebaik saja A8 melintasi kawasan berair, isyarat dihantarkan kepada menara 5G V2X yang memaklumkan tentang halangan air atas jalan. Maklumat itu kemudian diterima Q8 lebih awal sebelum sampai ke kawasan jalan berair itu.

Pirelli nyata serius dengan kemajuan teknologi itu dan dikatakan mahu menjadikan ia sebahagian produk OEM menerusi kerjasama bersama pengeluar automobil.

Menurut Pirelli, tayar pintar itu mungkin diperkenalkan pada model kereta mewah atau prestasi tinggi kerana kenderaan segmen itu sentiasa berdepan cabaran kadar cengkaman atas jalan.

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

Lagi, kereta prestasi tinggi juga dilengkapkan banyak ciri automasi dan ini membolehkan Cyber Tire memaksimumkan manfaat tentang maklumat, kawalan jelajah, suspensi aktif, brek kecemasan automatik hingga kawalan spoiler aerodinamik. Mungkin pada masa depan, tayar berteknologi tinggi itu akan ditawarkan kepada pemilik kereta biasa.

Pirelli sebenarnya sudah menggunakan Cyber Tire pada barisan trak kargo untuk memberitahu pekerja servis bilakah perlu mengisi angin tayar treler.

BACA >>> MV Agusta Brutale 800 RR Pirelli Edition – Model Itali yang Paling Itali!

GALERI

SUMBER: NewAtlas

5G aksesori Auto Terkini Pirelli Pirelli Cyber Tyre Tayar tayar pintar Wayarles
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.