Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Toyota Hasilkan ‘Shodoku Taishi’, Alat Sanitasi Bebas Tangan Tanpa Sentuhan
Aksesori

Toyota Hasilkan ‘Shodoku Taishi’, Alat Sanitasi Bebas Tangan Tanpa Sentuhan

Abang HirataBy Abang Hirata26/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANJANG musim pandemik Covid-19, banyak pengeluar automotif mengambil inisiatif menghasilkan pelitup dan pelindung muka kepada petugas barisan depan. Ada juga pengeluar yang menawarkan kenderaan khas untuk kegunaan perubatan.

Terbaharu, Toyota menghasilkan Shodoku Taishi, iaitu alat pemegang sanitasi tangan (sanitizer stand) yang boleh dioperasikan menggunakan kaki. Ini sesuatu yang menarik jika mengambil kira Toyota sebagai pengeluar berstatus gergasi automotif dunia.

Shodoku Taishi boleh dibeli menerusi wakil pengedar Toyota seluruh Jepun bermula 1 Disember depan. Toyota menggunakan keupayaan monozukuri (pembuatan) dan Sistem Pengeluaran Toyota (TPS) yang asalnya digunakan untuk menghasilkan kereta sebelum diaplikasikan dalam pembuatan pelitup dan pelindung muka.

Toyota juga membangunkan kenderaan yang mampu mengawal peredaran titisan bawaan udara dan menyediakan sokongan bagi meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan kesihatan dan sebahagian projek Kokoro Hakobu daripada Toyota Group.

BACA >>> Toyota Service Savers: Pakej Prabayar Servis Kereta dengan Manfaat Terbaik

Pembuatan Shodoku Taishi dihasilkan begitu teliti dengan standard tersendiri. Alat pemegang itu kali pertama dikeluarkan pada awal April tahun ini di bawah inisiatif pekerja kilang Toyota sendiri. Ini kerana operasi pengeluaran di kilang-kilang terpaksa dihentikan akibat penularan Covid-19.

Jadi, pasukan profesional TPS terlibat dalam projek PPE yang bukan saja menimbangkan aspek pembuatan, tetapi juga komersial.

Kemudian, satu prototaip dihantar ke institusi kesihatan, manakala model final ditentukan mengikut pendapat pakar. Alat pemegang itu diletakkan di institusi berkenaan, dan premis Toyota seperti kilang komersial serta pejabat kerajaan tempatan di Aichi.

Pelbagai pendapat pelanggan diterima mengenai tahap keberkesanan, proses sanitasi dan berat alat pemegang itu. Segala input diterima akhirnya menjalani kerja-kerja pengubahsuaian sebelum direalisasikan.

Antara ubah suai dilakukan adalah menjadikan unit itu mampu digunakan individu berkerusi roda dengan mengurangkan berat daripada 6kg kepada sekitar 3.2kg saja. Alat pemegang itu juga boleh ditanggalkan untuk dibersihkan.

Berbekalkan teknologi dan pengetahuan dalam pembuatan kereta, Toyota memutuskan mengeluarkan 30 unit prototaip yang ditambah baik sebelum sedia dikomersialkan. Pasukan pembangunan nampaknya bersungguh-sungguh mahu menghasilkan produk mudah guna dan berkualiti pada harga berpatutan.

Alat pemegang Shodoku Taishi bermaksud ‘duta pembasmi kuman’. Walaupun nampak ringkas, tetapi Toyota melihat pembuatan model tersebut sebagai produk serius dan menjadi bukti kenapa pengeluar itu mampu menjadi jenama automotif paling dipercayai dan reliabel.

Kini, alat pemegang itu bersedia dikeluarkan antara 2,000 dan 2,500 unit dari Pusat Alat Ganti Kamigo atau boleh dibeli melalui pengedar Toyota seluruh Jepun pada 1 Disember depan.

Spesifikasi Utama Shodoku Taishi
  • Saiz: Lebar 330mm x Kedalaman 430mm x Tinggi 1,169mm
  • Berat: ~3.3kg
  • Harga Runcit Disyorkan: 8,000 yen (RM310), tidak termasuk cukai

BACA >>> Seminggu Saja 1,000 Unit Toyota GR Yaris Habis Ditempah di Australia!

hand sanitizer Masjid Pelindung Muka Pelitup Muka Sanitasi Tangan Shodoku Taishi Toyota Toyota Motor Corporation
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand
    Aksesori

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.