• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Seminggu Saja 1,000 Unit Toyota GR Yaris Habis Ditempah di Australia!

Seminggu Saja 1,000 Unit Toyota GR Yaris Habis Ditempah di Australia!

October 5, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LANGKAH kanan buat Toyota Australia apabila 1,000 unit GR Yaris habis ditempah dalam tempoh seminggu sahaja. Masakan tidak, 1,000 unit itu ditawarkan pada harga istimewa A$39,950 (RM119,040), lebih murah daripada harga sebenar A$49,500 (RM147,490).

Susulan sambutan hangat diterima, wakil pengedar itu menambah 100 unit lagi, tetapi kali ini sedikit lebih mahal, berharga A$44,950 (RM133,935), pun masih rendah daripada harga sebenar.

BACA >>> Toyota Perkenal Tiga Varian GR Yaris dalam Versi Turbo dan NA

KERJASAMA DUA DIVISYEN PERMOTORAN

Keistimewaan GR Yaris bukan setakat pada kuasa atau dinamik pemanduan, tetapi juga proses pembangunan kerana melibatkan kerjasama antara dua divisyen permotoran tersohor, Toyota GAZOO Racing (TGR) dan Tommi Mäkinen Racing (TMR).

TMR ialah nama penting di sebalik kejayaan Toyota merangkul kejuaraan kategori pemandu dan pengeluar dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

Satu lagi fakta, GR Yaris ialah model homologasi untuk WRC pertama selepas Celica GT-Four ditamatkan pengeluaran pada 1999.

BACA >>> Volkswagen Polo R WRC (2014), Model Polo Paling Berkuasa Ini Mahu Dijual RM109k

toyota-gr-yaris-australia-1
toyota-gr-yaris-australia-2
toyota-gr-yaris-australia-3

 

GR Yaris dibekalkan enjin 3-silinder 1.6L Turbo (G16E-GTS) berkuasa 268hp (200kW) dan tork 370Nm dengan 0-100kmj sepantas 5.2 saat, manakala kotak gear jenis transmisi manual pintar (iMT) 6-kelajuan dan digerakkan dalam sistem pacuan semua roda (AWD) GR FOUR.

Toyota Australia turut merancang memperkenalkan model istimewa GR Yaris Rallye yang dijangka tiba penggal pertama 2021 nanti. Lain pula tawaran di Jepun yang memperkenalkan tiga varian berbeza, iaitu GR Yaris RZ dan GR Yaris RZ High Performance, GR Yaris RS (3-silinder 1.5L, transmisi CVT Direct Shift), dan GR Yaris RC untuk perlumbaan.

Di pasaran tempatan, UMW Toyota pada Julai lalu ada menyiarkan gambar GR Yaris di media sosial. Dengan rekod penawaran Supra, kami optimis GR Yaris akan turut dijual di Malaysia.

BACA >>> Kembar Raize, SUV Toyota Yaris Cross Lancar di Jepun, Harga Mula RM70k

GALERI

 

Toyota GR Yaris 2020.01
Toyota GR Yaris 2020.02
Toyota GR Yaris 2020.04
toyota-gr-yaris-australia-7
toyota-gr-yaris-australia-9
toyota-gr-yaris-australia-8
toyota-gr-yaris-australia-5
toyota-gr-yaris-australia-4
toyota-gr-yaris-australia-1
toyota-gr-yaris-australia-2
toyota-gr-yaris-australia-3
toyota-gr-yaris-australia-6
185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: tgr, Tommi Mäkinen Racing (TMR), Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota GR Yaris, Toyota Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my