Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Perkenal Tiga Varian GR Yaris dalam Versi Turbo dan NA
Roda4

Toyota Perkenal Tiga Varian GR Yaris dalam Versi Turbo dan NA

Abang HirataBy Abang Hirata04/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEMPAHAN Toyota GR Yaris di Jepun dan Eropah yang dibuka secara atas talian mendapat sambutan menggalakkan dengan anggaran 6,000 unit terjual.

Menghangatkan lagi GR Yaris, khususnya pasaran Jepun, Toyota mengumumkan dua varian baharu, iaitu GR Yaris RC dan RS sebelum ditambah varian terkini RZ, iaitu model paling lengkap dengan spesifikasi penuh dari segi luaran dan dalaman.

BACA >>> Toyota GR Yaris – Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

Bagaimanapun, GR Yaris RZ dan RC memiliki beberapa persamaan seperti berat badan dikurangkan yang mana kedua-dua varian itu dibina khas sebagai jentera lumba dengan enjin 3-silinder 1.6L Turbo dan sistem pacuan empat roda (4WD) GR-FOUR. Sebaliknya, RS dijana enjin aspirasi natural (NA) 1.5L dan pacuan dua roda depan (FWD).

Enjin 3-silinder 1.6L Turbo dengan Sistem Pacuan Empat Roda (4WD) GR-FOUR

Berikut beberapa ciri dan spesifikasi yang membezakan GR Yaris RZ, RC dan RS:

1. Toyota GR Yaris RZ

  • Enjin 3-silinder 1.6L Turbo G16E-GTS berkuasa 272hp dan 370Nm dengan  transmisi manual 6-kelajuan iMT dan sistem pacuan empat roda (4WD) GR-FOUR
  • Ada tiga mod pemanduan: Normal, Sport dan Track
  • Rim aluminium BBS 18 inci untuk versi High Performance
  • Tayar Michelin Pilot Sport 4S, 225/40R18, 225/40ZR18 (High Performance)
  • Diferensial Gelincir Terhad (LSD) Torsen di depan dan belakang (High Performance)
  • Memiliki berat 1,280kg
  • Ada dua varian istimewa untuk pratempahan atas talian di Jepun, iaitu RZ High-performance First Edition dan RZ First Edition
* Foto: Toyota GR Yaris RZ (Model Pra Tempahan)

2. Toyota GR Yaris RC – Sedia Diubah Suai untuk Kegunaan Trek Lumba (Jepun Sahaja)

  • Menggunakan enjin sama seperti GR Yaris RZ, sistem 4WD GR-FOUR, dan transmisi manual 6-kelajaun iMT
  • Beberapa komponen ditanggalkan untuk mengurangkan berat jentera
  • Memiliki berat 1,250kg, atau 30kg lebih ringan berbanding GR Yaris RZ
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 205/45

3. Toyota GR Yaris RS – Lebih Mesra Jalanan, Harga Rendah (Jepun Sahaja)

  • Enjin 3-silinder 1.5L Dynamic Force M15A-FKS berkuasa 118hp dan tork 145Nm dengan transmisi automatik 10-kelajuan Direct Shift-CVT Sequential Shiftmatic
  • Menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD)
  • Tayar saiz 225/40R18
* Foto: Toyota GR Yaris RS (Prototaip)

Dari penawaran di atas, Toyota nampaknya memahami kepelbagaian cita rasa pelanggan dan tidak hanya menumpukan kepada model versi berprestasi sahaja.

GR Yaris RS misalnya lebih mesra pengguna, dikhaskan kepada pembeli yang mahukan GR Yaris dua pintu tanpa ciri dan teknologi prestasi. Semua varian GR Yaris dikeluarkan daripada GR Factory dari kilang Toyota Motomachi, Jepun yang memiliki rekod dan sejarah panjang dalam pembuatan kereta sport.

Keistimewaan lain GR Yaris ialah pemasangan yang melibatkan pasukan pereka dan jurutera khas yang dikenali sebagai Takumi.

BACA >>> Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen
BACA >>> SUV Toyota Yaris Cross Diperkenal, Guna Platform Yaris Hatchback

Roda4 Toyota Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota GR Toyota Yaris Toyota Yaris GR Toyota Yaris GR RC Toyota Yaris GR RS Toyota Yaris GR RZ
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.