Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Harrier (2020) yang Kini Tampil Lebih Premium dan Anggun
Roda4

Toyota Harrier (2020) yang Kini Tampil Lebih Premium dan Anggun

Abang HirataBy Abang Hirata15/04/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK dilancarkan pada 1997, Toyota Harrier berada dalam kelas tersendiri sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) urban yang anggun dengan membawa imej premium untuk barisan produk Toyota. Jadi, tidak hairanlah, divisyen mewah di bawah gergasi Automotif itu, Lexus turut menjenamakan semula Harrier generasi terdahulu dalam barisan produk jenama tersebut.

Setiap generasi model itu belum pernah mengecewakan dalam membawa naratif mewah buat Toyota. Terkini, Harrier (2020) serba baharu generasi keempat ini sekali lagi meneruskan kesinambungan tersebut dengan membangkitkan faktor ‘wow’ dengan hanya sekali pandang.

BACA >>> Harrier Milik Toyota, Tata Motors Kena Tukar Nama Lain untuk SUV Baharu

Toyota mendedahkan koleksi gambar dan spesifikasi sebelum pelancaran rasmi Jun nanti. Dari segi rekabentuk, Harrier (2020) menyerlahkan karakter khas seperti ringkas, elegan dan teguh dalam rekabentuk gaya coupe yang menjadi trend SUV masa kini.

Sejak generasi pertama, Harrier terus kekal dengan imej lembut dan elegan yang berbeza berbanding dua SUV Toyota lain, iaitu Fortuner dan Land Cruiser.

Bahagian depan Harrier (2020) nampak bersahaja berbanding dua model ikonik Vellfire/Alphard dan Camry yang lebih menonjol pada bukaan gril dan bentuk bampar. Lampu depan tirus, dan lampu belakang sebaris nampak ringkas sahaja.

Bahagian dalam pula berbeza dengan karakter terdahulu. Generasi baharu ini tampil lebih berani menerusi bentuk dan skrin besar yang menonjol. Rekabentuk papan pemuka nampak lebih menepati mood kereta sport berbanding SUV elegan.

Dari segi kejuruteraan, Harrier (2020) menggunakan platform TNGA-K dengan dua varian enjin:

  • Enjin hibrid A25A-FXS 2.5L Dynamic Force 2WD (216hp) atau hibrid E-Four 4WD dengan motor elektrik pada gandar belakang (220hp)
  • Enjin aspirasi natural (NA) 2.0L M20A-FKS Dynamic Force 2WD/4WD dengan transmisi automatik Direct Shift-CVT (169hp @ 6,600rpm, 207Nm @ 4,800rpm)

Dari segi keselamatan, Harrier (2020) dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense yang kini mampu mengesan pejalan kaki pada waktu malam dan siang, termasuk pengayuh basikal pada siang hari. Juga dilengkapkan ciri sensor Sonar Klearans Pintar dengan Brek Sokongan Parking (Intelligent Clearance Sonar with Parking Support Brakes) untuk objek kekal (stationary objects) bagi mengelak pelanggaran pada halaju rendah seperti di kawasan parkir.

Teknologi baharu, Cermin Dalaman Digital (Digital Inner Mirror, DIM) yang kali pertama kali digunakan pada kenderaan Toyota pula berfungsi merakamkan imej depan dan belakang kereta ketika memandu. Satu lagi teknologi baharu ialah Bantuan Belokan Aktif (Active Cornering Assist, ACA) yang berfungsi mengaktifkan kawalan brek bagi mencegah situasi belokan kurang (understeer) ketika mengambil selekoh.

Ada tujuh warna ditawarkan, termasuk Precious Black Pearl dengan tiga pilihan varian utama: Z, G dan S. Jika sudah berkenan, masih awal untuk mengesahkan kehadiran Harrier (2020) di pasaran tempatan. Tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil kerana Harrier dan Alphard memang sedia dijual secara rasmi UMW Toyota Motor.

BACA >>> Toyota 86 GT Black Limited – Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lexus SUV Toyota Toyota Harrier Toyota Harrier (2020) Toyota Safety Sense
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Toyota Crap on 02/05/2020 15:07

      Cacat, 250k car, 180hp also dont have, dafuq car manufacturers these days still want to be stingy on output when oil price is dirt cheap

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.