Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota GAZOO Racing (TGR) Hasilkan Semula Alat Ganti Land Cruiser 40 Series
Auto Terkini

Toyota GAZOO Racing (TGR) Hasilkan Semula Alat Ganti Land Cruiser 40 Series

Abang HirataBy Abang Hirata16/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA pelbagai cara menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada sesuatu perkara. Dalam dunia automotif, antara caranya adalah menghasilkan edisi tribut atau model istimewa.

Bagi pengeluar yang sudah puluhan tahun bertapak, caranya adalah mengeluarkan semula alat ganti model ikonik.

Jika sebelum ini Toyota GAZOO Racing (TGR) mengeluarkan komponen warisan untuk Supra A70, A80 dan 2000GT kini giliran jip Land Cruiser pula.

BACA >>> Toyota Hasilkan Semula Alat Ganti Supra Lama
BACA >>> Wany Hasrita Tunjuk Power Bawa Lori!

LAND CRUISER 40 SERIES

Jarang kedengaran atau hampir tiada syarikat kereta mengeluarkan semula alat ganti untuk jip sebegitu. Menariknya Land Cruiser dimaksudkan itu ialah 40 Series, iaitu model klasik yang dikeluarkan antara 1960 hingga 1984.

Tujuan TGR mengeluarkan semula alat ganti model itu adalah sempena meraikan ulang tahun ke-70 Land Cruiser pada 1 Ogos lalu.

Projek Alat Ganti Warisan GR  (GR Heritage Parts) melibatkan pengeluaran semula alat ganti yang sudah dihentikan untuk dipasarkan sebagai alat ganti tulen menerusi kerjasama istimewa dengan pembekal. Projek itu juga dibuat sebagai tanda sokongan kepada pelanggan yang mahu terus memandu kenderaan lama mereka.

Bercakap mengenai kepentingan pelanggan, Toyota memang nombor  satu! Malah, Toyota juga sedia berbincang tentang mengeluarkan alat ganti untuk model generasi berikutnya.

Land Cruiser ialah model ikonik pelbagai guna yang digunakan untuk membawa penumpang ke mana saja dan ke semua tempat dengan selamat. Walaupun berusia puluhan tahun masih ramai menggunakan Land Cruiser serata dunia sama ada dijadikan kenderaan rutin harian atau sekadar memenuhi cita rasa gaya hidup.

Usia puluhan tahun juga bermakna semakin kurang alat ganti boleh dibeli di pasaran. Ini berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang membuatkan pemilik Land Cruiser mula risau seandainya tidak lagi berpeluang memandu kereta kegemaran mereka itu.

BACA >>> Pembeli Land Cruiser 300 (2022) Tidak Boleh Jual Semula dalam Masa Setahun

Justeru, TGR memutuskan mengeluarkan semula alat ganti yang mendapat permintaan dan keperluan paling tinggi supaya pelanggannya dapat terus memandu model itu dengan selamat dan tenang. Sudah menjadi amalan Toyota, setiap keputusan pasti dikaji dengan cermat.

Toyota sebenarnya terlebih dahulu membuat survei dalam kalangan pengedar Land Cruiser dan wakil kelab peminat serata dunia. Hasilnya, Toyota bakal mempercepatkan lagi persediaan mengeluarkan semula dan menjual alat ganti Land Cruiser 40 Series berstatus kritikal daari segi pemanduan, pembelokan dan pembrekan.

BACA >>> Toyota Land Cruiser (2022 ) Perkenal Ciri Pengimbas Cap Jari, Elak Kes Curi

Komponen itu kelak dibekalkan sebagai alat ganti warisan, terdiri daripada alat ganti enjin, rangkaian pemacu (drivelines) dan sistem ekzos. Pelancaran komponen itu dijangka dibuat pada awal 2022.

Selain itu, TGR juga menyediakan soal selidik dalam laman web yang membolehkan pelanggan mengemukakan permintaan untuk mengeluarkan semula alat ganti. Maklum balas diterima kemudian akan digunakan bagi pemilihan pengeluaran alat ganti seterusnya.

Inilah DNA Toyota, kepuasan pemilik diutamakan dan pelanggan tetap pelanggan walaupun sudah puluhan tahun meninggalkan bilik pameran.

BACA >>> UMW Toyota Rancang Pembuatan Model Kenderaan Hibrid di Malaysia
BACA >>> Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?
BACA >>> Tentang Falsafah ‘Toyota Synergised Mobility’ yang Perlu Anda Tahu

Auto Terkini GR Heritage Parts Jip Toyota Toyota Gazoo Racing Toyota Land Cruiser Toyota Land Cruiser 40 Series
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.