Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Toyota Corolla Wagon KE70 – Sempoi & Menarik
Bikin Auto

Toyota Corolla Wagon KE70 – Sempoi & Menarik

Abang GYLBy Abang GYL10/05/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Corolla Wagon KE70BETUL kata orang, makin lama makin bernilai tinggi. Bukan saja bernilai dari segi wang ringgit, malahan ia memiliki nilai seni yang mungkin tidak dapat dibeli. Buat pemilik jentera Toyota Corolla Wagon KE70 yang ditampilkan kali ini, ia tidak kisah perlu berbelanja tinggi demi minatnya terhadap dunia permotoran khususnya modifikasi.

Toyota Corolla Wagon KE70_Pandulajudotcomdotmy (14)PRESTASI:

Sebaik diminta membuka bonet hadapan, kelihatan enjin asal berkod 4K berkapasiti 1.3L digantikan dengan ‘nadi’ lebih berkuasa tinggi iaitu 4AGE bersesaran 1.6L. Bagi menjanjikan prestasi lebih mengagumkan, ‘jantung’ KE70 dibedah dan diberikan sedikit sentuhan. Antaranya penggunaan aci sesondol HKS 272° AE86 beserta pulley boleh laras kustom.

Selain itu, bahagian blok dan kepala silinder diikat beralaskan gasket metal TRD. Untuk sistem pencucuhan lebih hebat, palam pencucuh dipasangkan dengan kabel keluaran Nology.


Kuasa terhasil dari enjin seterusnya dirungkaikan oleh kotak gear AE86 yang dikunci sepenuhnya. Kemudian ia dipasangkan dengan klac Exedy Racing lengkap dengan ‘short shifter’ dari model AE86.

Bagi memberikan kestabilan lebih baik, sistem penyerap hentak GAB dipasang pada bahagian depan manakala bahagian belakang menggunakan ia dari model Toyota Prado. Sistem brek pula diambil dari model AE86 untuk memastikan tahap pemberhentian lebih bertenaga berbanding yang asal.

Toyota Corolla Wagon KE70_Pandulajudotcomdotmy (12)LUARAN:

Rekaan luaran tampak sempoi diserlahkan dengan kehadiran bodykit daripada model KE70 Sprinter facelift. Ia juga dipasang dengan cermin sisi KE70 GT dan lip hadapan kustom. Beberapa peralatan lain turut menghiasi jentera itu bagi menampakkan ia lebih menarik. Antaranya pemasangan arch di bahagian sisi, ‘parking pole’, lampu belakang JDM dan lampu kabus hadapan ‘auto flip’.

Lebih unik, tugasan ruangan roda diserahkan kepada rim Raguna ZZYZX bersaiz 15 inci 9jj yang disaluti dengan tayar Yokohama Advan Neova AD08 berukuran 195/55R15.

DALAMAN:

Ruang dalaman juga tampak meriah dengan kehadiran deretan meter Omori (volt, oil temp, water temp, amp) pada bahagian papan pemuka. Meter kelajuan diambil dari meter digital AE86 selain penggunaan stereng Nardi Torino.

Tempat duduk pemandu pula menggunakan Bride carbon kevlar. Untuk hiburan pula, jentera ini turut dipasangkan dengan pemain audio DVD Pioneer lengkap dengan unit pembesar suara Carrozzeria.

Bagi anda yang pertama kali melihat jentera ini, saya yakin ia juga sudah memukau hati anda. Secara peribadi, saya merasakan jentera ini memang AWESOME !!!

Toyota Corolla Wagon KE70_Pandulajudotcomdotmy (13)

FOTO Kenny Yeoh@eosguy

SPESIFIKASI:

Toyota Corolla Wagon KE70

MODIFIKASI ENJIN 4AGE 1.6L, 16 valve 5-kelajuan, TRD metal head gasket, Nology cable plug, kustom campulley, AE86 HKS hi-cam 272’, AE86 short shifter
TRANSMISI Kotak gear AE86, Exedy clutch plate & cover 8.5 inci, AE86 full lock excel
ELEKTRONIK ECU asal rechip
SUSPENSI GAB gymkhana (depan) Toyota Prado (belakang)
RODA Rim Raguna ZZYZX 15” 9jj, tayar Yokohama Advan Neova AD08 195/55R15
DALAMAN Meter digital AE86, meter Omori (volt, oil temp, water temp, amp) JDM (dashboard, door trim, leather seat) Bride carbon kevlar (tempak duduk pemandu), stereng Nardi Torino, DVD Pioneer + speaker Carrozzeria
LUARAN KE70 Sprinter facelift, KE70 GT side mirror, arch body, lip hadapan kustom, Toyota parking pole, lampu belakang JDM KE70, auto flip sport light
BENGKEL Mutalib Motor, Aswad garage, 786 Autopart, Eka Bodywork

Toyota Corolla Wagon KE70
Toyota Corolla Wagon KE70
Bikin Kereta Modifikasi Toyota Corolla Toyota Corolla Wagon KE70 Wagon
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Nissan Frontier Ultimate Build 2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

    05/06/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026

    1 Comment

    1. AimanTakKesah on 25/02/2018 19:58

      How much expenses for that ?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.