Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Toyota Corolla – Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat
Autotainment

Toyota Corolla – Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ditanya model kereta apa paling laris di dunia, jawapannya, Corolla. Mungkin sukar diterima sesetengah peminat automotif tempatan, tetapi Toyota sebenarnya jenama paling popular dunia sejak 1997!

Generasi pertama Corolla diperkenalkan sebagai kereta rakyat di Jepun pada 5 November 1966, kira-kira 55 tahun lalu. Individu disebalik pembinaan Corolla ialah Tatsuo Hasegawa yang juga pereka pesawat zaman Perang Dunia Kedua (WWII).

Hasegawa jadi popular disebabkan kebijaksanaannya mencantumkan konsep aerodinamik kapal terbang dalam  rekabentuk kenderaan.

BACA >>> Toyota Corolla AE86 GT (1987) Milik Gadis Putus Cinta Ini Dilelong RM271k!

Generasi Pertama – 1966
Generasi Kedua – 1970

Berikut fakta menarik tentang Corolla yang perlu anda tahu:

  • Nama Corolla dipetik daripada struktur bunga, korola yang bermaksud himpunan petal. Khabarnya, Toyota memilih nama itu sebab mahu menonjolkan identiti kereta kompak menawan.
  • Kini sudah 12 generasi Corolla dihasilkan dan Toyota sudah menjual 50 juta kereta dengan lencana itu.
  • Corolla mendahului pesaing lain dari segi angksa jualan, disusuli Volkswagen Golf (40 juta unit).
  • Corolla bukan hadir dalam satu bentuk sahaja, tetapi satu siri luas yang diperkembang seperti hatchback, sedan, wagon, coupe dan minivan. Terbaharu, sudah ada Corolla versi kenderaan utiliti sukan (SUV) Cross. SUV ini pun sudah memasukan pasaran Malaysia pada Mac lalu.

BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k

Generasi Ketiga – 1974
Generasi Keempat – 1979
  • Toyota mendakwa sebuah model dengan lencana Corolla akan terjual setiap 28 saat di lebih 150 negara serata dunia.
  • Kini ada 12 kilang Toyota menghasilkan siri Corolla untuk pasaran global.
  • Kilang dimaksudkan terletak di Jepun, Brazil, Venezuela, China, Pakistan, Afrika Selatan, Taiwan, Thailand, Vietnam, Turki, Amerika Syarikat dan Britain.
Generasi Kelima – 1983
Generasi Keenam – 1987
  • Pasaran pertama Corolla ialah Australia yang menerima 15 unit model 2-pintu generasi pertama KE 10 dengan trenkuasa 1.1L pada November 1966.
  • Australia juga menyaksikan pembuatan Corolla di kilang dekat Pelabuhan Melbourne, iaitu operasi model pemasangan tempatan (CKD) luar Jepun. Ada 1.5 juta unit kereta di jual di negara Kanggaru itu.
  • Operasi pengeluaran Toyota Australia berterusan dengan lebih 660,000 unit dibina sehingga 1999 di kilang Australia itu, termasuk di Dandenong dan Altona sebelum aktiviti CKD semua model ditamatkan pada 2017.
Generasi Ketujuh – 1991
Generasi Kelapan – 1995
  • Pada 1965, Kerajaan Malaysia mempelawa pengeluar kenderaan menjadikan negara ini sebagai lokasi aktiviti CKD dan Toyota adalah antara terawal menyambut baik inisiatif tersebut.
  • Model dipilih sudah tentunya produk berstatus global seperti Corolla. Projek CKD di Malaysia bermula apabila Toyota berbincang dengan Champion Motor yang baru menyiapkan kilang di Shah Alam, Selangor.
  • Kilang Champion Motor milik Inchcape Group pada masa itu terlibat dalam pembikinan dua model, Corolla KE10 dan Corona T40. Nama Inchcape Group kemudian ditukar kepada Assembly Services Sdn Bhd (ASSB).

BACA >>> UMW Toyota Lancar Kilang Kedua di Bukit Raja dengan Pengeluaran 50k Unit Setahun

Generasi Kesembilan – 2000
Generasi Ke-10 – 2006
  • ASSB mencatat pengeluaran tertinggi kenderaan di Malaysia yang mana model Toyota mula mendapat sambutan positif.
  • Tahun demi tahun, beberapa model lain mula diperkenal hingga Toyota muncil sebagai jenama kenderaan paling laris dan nombor satu Malaysia sekitar 1970-an.
  • Jika dikira jumlah Corolla yang dijual di Malaysia, angkanya sekitar 300,000 unit daripada 50 juta unit global.
  • Projek CKD berakhir sekitar 2008 sebelum model Toyota dibawa masuk dari Thailand sebagai unit CKD Asean.
  • Walaupun berstatus import, harga masih kekal kompetitif dan menjadi pilihan ramai pengguna Malaysia.
Generasi Ke-11 – 2012
Generasi Ke-12 – 2019
  • Antara 2010-2020, Corolla merangkumi 6 peratus jumlah jualan Toyota Malaysia. Model paling hangat ialah Corolla generasi ke-11 (2006 hingga 2013), membabitkan anggaran 40,000 unit.
  • Fakta menarik lain.  pembeli Corolla ialah pemilik setia. Ini kerana 63 peratus kalangan mereka akan menjual produk dimiliki untuk membeli model generasi baharu.

BACA >>> Pintas Rekod Corolla Sedan, Corolla Cross Jadi Model Toyota Paling Laris Brazil
BACA >>> 5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Toyota Corolla Generasi Ke-12 Versi Malaysia

Kenapa setia dengan Toyota Corolla? Jawapannya, nilai untuk wang, soal reliabiliti, keyakinan terhadap kereta itu dan nilai jual semula lebih baik.

Pemilik lain Corolla pula tidak mudah menjual kereta masing-masing, tetapi menurunkannya kepada ahli keluarga lain sebagai kereta warisan. Mungkin inilah kehebatan Corolla yang tiada pada pesaing lain!

BACA >>> Toyota Corolla AE86 GT (1987) Milik Gadis Putus Cinta Ini Dilelong RM271k!
BACA >>> Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?

SUMBER: Motor1 | Carlist | WhichCar

Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) Champion Motor Corolla Cross Inchcape Group Jualan Global Toyota Corolla Sejarah Toyota Corolla Malaysia Tatsuo Hasegawa Toyota Corolla Toyota Corolla 50 juta unit
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.