Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota C-HR Spesifikasi UK, Enjin Turbo dan Hibrid Jadi Sandaran
Roda4

Toyota C-HR Spesifikasi UK, Enjin Turbo dan Hibrid Jadi Sandaran

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

toyota-chr-2016-bg
TOYOTA C-HR diposisikan sebagai crossover dan akronim kepada Coupe High Rider (Penunggang Tinggi Coupe). Asasnya, model ini dikuasakan enjin petrol 1.2 Turbo dan 1.8 Hibrid, dan didatangkan dengan sistem pacuan roda depan (FWD) sahaja.

Di bawah ini kami perincikan spesifikasi Toyota C-HR versi pasaran Britain atau UK Spec sebagai bayangan kepada model sama yang mungkin dibawa masuk Toyota Malaysia di bawah edaran UMW Toyota Motor. Namun, setakat ini masih tiada khabar angin mengenai debut crossover itu di negara ini yang dijangka berpotensi menggugat pasaran segmen tersebut yang setakat ini didominasi Honda dan Mazda.

VARIAN

Ada tiga varian Toyota C-HR ditawarkan untuk pasaran Britain.

ICON
EXCEL
DYNAMIC
ENJIN

Menariknya, setiap varian Toyota C-HR didatangkan dengan pilihan tiga jenis enjin seperti di bawah. Misalnya, jika anda membeli Toyota C-HR varian ICON, anda boleh memilih sama ada enjin 1.2 Turbo Manual, 1.2 Turbo Multidrive S atau 1.8 Petrol Hibrid Automatik. Begitu juga varian Excel dan Dynamic.

Manual
CVT
Hibrid
  • 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Manual 6-Kelajuan – kod enjin 8NR-FTS, 16-injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi manual, 190kmj, 0-100kmj 10.9 saat.
  • 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Multidrive S – kod enjin 8NR-FTS, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi CVT, 179kmj, 0-100kmj 11.4 saat.
  • 1.8 Petrol Hibrid (122 HP) Automatik – kod enjin 2ZR-FXE, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api EFI, 142Nm@3600rpm, motor depan elektrik jenis sinkroni magnet tetap, jenis bateri logam nikel hidrida, transmisi Automatik Hibrid, 169kmj, 0-100kmj 11 saat.
FITUR

Di bawah ialah fitur asas yang membezakan setiap varian Toyota C-HR:

Rim Aloi 18-inci 10-jejari berganda
Rim Aloi 18-inci 5-jejari berganda
Bumbung hitam metalik dua-tona
  • ICON – Rim aloi 17-inci (5-jejari), Toyota Touch® 2 dengan Sistem Multimedia System & Bluetooth®, Kamera Undur, Deriaan Keselamatan Toyota (Toyota Safety Sense)
  • EXCEL – (tambahan kepada Icon), kerusi Fabrik Unik Dinamik, rim aloi 18-inci (10-jejari berganda), Toyota Touch® 2 dengan Go Navigation
  • DYNAMIC – (tambahan kepada Icon) – kerusi Fabrik Unik Dinamik, rim aloi 18-inci (5-jejari berganda), bumbung hitam metalik dua tona.
KESELAMATAN

Toyota UK melengkapkan crossover ini dengan ciri keselamatan tinggi seperti di bawah:

Kerusi WIL
Sistem Pra-Perlanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki

ISOFIX, kamera undur, Bantuan Parkir Pintar (IPA), kerusi Whiplash Injury Lessening (WIL) untuk meminimumkan kecederaan gerak, Sistem Pra-Perlanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Tukar Lorong dengan Kawalan Stereng, Bantuan Tanda Jalan, Suluh Tinggi Automatik, Kawalan Jelajah Adaptif, lampu depan LED, lampu kabus depan LED, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Bantuan Brek (BA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

BREK
  • Depan – Cakera alih udara (ventilated)
  • Belakang – Cakera
SUSPENSI
  • Depan – Topang MacPherson
  • Belakang – Double Wishbone
KAPASITI TANGKI
  • Petrol 50L
  • Hibrid 43L
KAPASITI BUT

377 liter

TEMPAT DUDUK

5

HARGA

Harga Toyota C-HR di bawah ditukar terus daripada mata wang Pound Sterling (£) kepada Ringgit Malaysia (RM). Harga sebenar di pasaran Malaysia mungkin berbeza.

  • ICON – Manual £20,995 (RM115,793); CVT £22,195 (RM122,411); Hibrid £23,595 (RM130,132)
  • EXCEL – Manual £23,995 (RM132,339); CVT £25,195 (RM138,957); Hibrid £26,495 (RM146,127)
  • DYNAMIC – Manual £25,495 (RM140,611); CVT £26,695 (RM147,230); Hibrid £27,995 (RM154,400)

GALERI

SUMBER: Toyota.co.uk

Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Toyota Toyota C-HR Toyota UK
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

30/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

30/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

30/06/2026
Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
Auto Terkini

Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

29/06/2026

1 Comment

  1. Amy on 26/09/2017 19:56

    Chr ini memang kereta idaman saya. Saya selalu melihatnya disingapore… sangat mengancam rekaanya…. seperti telah jatuh hati pada pandangan pertama

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.