Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Australia Perkenal Granvia (2020), Hiace Versi Lebih Mewah
Roda4

Toyota Australia Perkenal Granvia (2020), Hiace Versi Lebih Mewah

Han OthmanBy Han Othman25/10/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA melancarkan Granvia (2020), iaitu model kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu yang dikatakan Hiace versi mewah, dan berkongsi enjin sama dengan model berkenaan. Australia menjadi negara pertama menjual model MPV ini.

Granvia ditawarkan dalam dua varian, Granvia (asas) dan Granvia VX (premium) dalam dua konfigurasi dalaman, menjadikan keseluruhan empat model, iaitu dua versi 6-kerusi dan dua versi 8-kerusi untuk setiap varian.

Berikut perincian varian dan harga Granvia (2020):

  • Granvia 6-kerusi – A$62,990 (RM179,050)
  • Granvia 8-kerusi – A$64,990 (RM184,740)
  • Granvia VX 6-kerusi – A$74,990 (RM213,140)
  • Granvia VX 8-kerusi – A$74,990 (RM213,140)

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?

Granvia (2020) dilengkapkan pintu gelungsur untuk kedua-dua sisi badan, manakala kompartmen penumpang belakang tersedia konfigurasi 4-kerusi terpisah, atau tambahan 2-kerusi jenis bangku di belakang sebagai opsyen 8-kerusi.

Varian VX memiliki opsyen ciri pintu belakang elektrik untuk tutup automatik. Varian atasan pula dipasangkan sistem infotainment moden dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto, kerusi kulit, sistem audio Pioneer dengan 12 pembesar suara, bumbung panoramik dan cermin pandang belakang elektrokromatik.

BACA >>> #PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Masih Berbaloikah untuk Dimiliki?

Dari segi keselamatan, Granvia (2020) dilengkapkan pelbagai ciri baharu dan terkini seperti amaran perlanggaran pejalan kaki untuk pemanduan siang dan malam, amaran perlanggaran basikal untuk pemanduan siang, pengesan tanda jalan dan kawalan jelajah adaptif (ACC), serta banyak lagi.

Seperti dimaklumkan, Granvia (2020) berkongsi enjin sama seperti model Hiace, tetapi tiada perincian didedahkan. Jika mengambil rujukan Hiaca, ini bermakna Granvia dijana enjin 2.8L (diesel) dan 3.5L (petrol) yang masing-masing berkuasa 174hp, 420Nm-450Nm dan 278hp, 351Nm. Sistem transmisi pula ada dalam pilihan manual dan automatik.

BACA >>> Toyota Hiace (2019) Serba Baharu, Ada Bonet Lancar Tahun Ini?

GALERI
Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Toyota Australia Toyota Granvia (2020)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

11/06/2026
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Auto Terkini

Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

10/06/2026
Auto Terkini

Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

10/06/2026
Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026

1 Comment

  1. Rostam on 10/05/2020 15:51

    Hi… im rostam…. my question.. is it in coming malaysia will launch toyota granvia in malaysia car market?… i would like to know about it….

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.