Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»“Touch N Go Bukankah Sebenarnya Nak Bantu Mudahkan Hidup Kita?” – Pengguna Tol Lepas Geram
Sembang Deras

“Touch N Go Bukankah Sebenarnya Nak Bantu Mudahkan Hidup Kita?” – Pengguna Tol Lepas Geram

Han OthmanBy Han Othman19/09/20164 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KRITIKAN dan aduan mengenai Touch N Go (TnG) bukanlah perkara baru di kalangan pengguna jalan raya negara ini. Daripada isu peranti Smart Tag ‘cap ayam’ hinggalah hal kemudahan untuk isian semula (top-up) kredit dalam kad TnG.

BACA >>> #SembangDeras: Kaitan Smart Tag Cikai dan Proton. Kenapa Produk Kita, Maruah Kita?

Kali ini, kami muat naik status Facebook milik bekas guru yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thukul Cetak, yakni syarikat penerbitan buku indie tempatan, ZF Zamir mengenai isu kemudahan isian semua kad TnG dan caj GST jika menggunakan kad prabayar itu untuk bayaran parkir.

Harus diingatkan, kita selaku pengguna tol atau rakyat Malaysia bukanlah iri hati atau anti kepada mana-mana entiti perniagaan. Tetapi, ketika negara  bakal mengecap status negara maju menjelang 2020 yang tinggal empat tahun saja lagi, apalah guna kemewahan jika semua itu diraih daripada air mata dan kutukan orang ramai.

Hah, mari kita baca kritikan geram saudara ZF Zamir:

Touch N Go ni bukan ke sebenarnya nak membantu memudahkan hidup kita?

Masalahnya, kemain payah nak topup. Bukan semua kaunter tol boleh topup. Kaunter topup ni pula paling kiri, lane paling banyak kereta. Padahal kita nak bagi advance cash ke depa ni, pun kena beratur?

Ada pula Plaza Tol yang tak boleh nak topup. Plaza Tol Bangi misalnya. Dah satu hal kalau kau dari Bangi Gateway yang hanya 100 meter dari Plaza Tol Bangi tu, kena pula ke Plaza Tol Kajang kalau nak topup.

Benda yang nak menjadikan hidup kita mudah ni, dah jadi payah. Nampak?

Lepas tu lagi teruk, kalau kau guna kad TnG ni masa parking, depa pi caj GST pulak. Tak memasal dah kena bayar lebih, semata-mata sebab nak memudahkan hidup kita? Tu belum kira caj entah mende lagi syarikat parking ke TnG ni yang rembat sampai kita tak sedar pun sebenarnya.

Nak topup pun kena caj? Kau dah kenapa gila kalau nak topup pun kena caj?

Padahal kita masukkan duit tu ke dalam kad – dikira bayar awal ke depa.

Apa ke jadahnya ni, benda yang sepatutnya memudahkan hidup kita – dah jadi benda yang memakan dan menyakitkan kita.

Nak topup susah macam cilake, nak guna parking kena bayar lebih pulak, dahtu nak isi duit balik pun dia caj.

Kalau kita tak guna, depa seksa pulak kita beratur panjang-panjang 2 lane je daripada 10 lane.

Ada siapa-siapa boleh terangkan kat aku, kenapa benda yang sepatutnya memudahkan hidup kita ni akhirnya jadi benda yang menikam dan membunuh kita daripada belakang?

zf-zamir-kad-tng-komplen

aduan pengguna nak top up pun kena caj Smart Tag Touch N Go
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Auto Terkini

Proton X50 2026 Hadir dengan Tag RFID Touch ‘n Go

17/08/2025
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

30/12/2024

4 Comments

  1. zah on 20/09/2016 22:06

    Saya pun pengguna TnGo, macam tuan2, puan2 & tuan CEO. Mungkin tuan CEO rasa geram “pada masa itu” sebab tak dapat topup TnGo. Saya pun selalu guna TnGo di tol Bangi (macam tuan CEO cakaplah).

    Saya nak kongsi tempat topup TnGo sekitar tol bangi:
    1) kaunter Giant Bangi Utama
    2) kaunter Watson Bangi Gateway & Bangi Utama
    3) kaunter MPH Bookstore Bangi Gateway
    4) kaunter stesen minyak Petronas sebelum Bangi Gateway
    5) mesin ATM dalam stesen minyak diatas
    6) 7 Eleven di belakang stesen minyak diatas
    7) mesin ATM di Bangi Gateway (depan Jaya Grocer)
    8) mesin ATM di Bangi Utama (Warta Bangi)
    9) stesen2 minyak sepanjang jalan ke tol kajang (sekiranya tak jadi masuk tol bangi)
    10) mesin2 ATM di stesen2 minyak di atas

    Sekiranya tak boleh juga top-up, masuk saja lebuhraya dan guna kad Tngo yang tak cukup baki tu di mana2 lorong TnGo. Kemudian topuplah di stesen2 minyak di kiri kanan jalan atau di R&R berdekatan.

    Tak boleh topup juga? Kalau arah KL, berhentilah dan topup di pejabat tol Sg. Besi.

    Tak boleh topup juga? Keluarlah melalui mana2 tol tunai, kemudian bayar guna cash disertakan sekali kad TnGo. Untuk pengetahuan, jangan risau kalau tak cukup baki TnGo semasa di lebuhraya, kerana kita boleh bayar cash disertakan kad TnGo tadi di mana2 lorong tol tunai.

    Tak dapat topup juga? Topup lah dimana2 ATM dalam shopping mall yang tuan2, puan2 & tuan CEO pergi. Malah kadang2 ada mesin layan diri topup TnGo.

    Tak dapat top up juga, sampailah masa dicadangkan tuan2, puan2 & tuan CEO apply TnGo Zing Card. Kad TnGO ini auto-reload. Boleh apply dimana2 bank yang mengeluarkan kad kredit dalam dompet tuan2, puan2 dan tuan CEO.

    Setiap kali topup dikenakan caj RM0.50 (Lima Puluh Sen sahaja). Ada juga yang percuma, contoh di stesen2 minyak yang terpilih dan kaunter tol sendiri. Saya yakin, lima puluh sen sekali topup dapat memudahkan hidup tuan2, puan2 & tuan CEO. Saya yakin, tuan2, puan2 & tuan CEO mampu. Membayar pinjaman kereta boleh, dah tentu lima puluh sen boleh. Yang bermotor dah tentu tak perlu topup kan, mana guna TnGo macam tuan2, puan2 & tuan CEO. Dalam dua atau tiga kali sahaja topup dalam sebulan. Gunalah pelbagai tempat topup yang tersedia.

    Akhir sekali. Usaha itu tangga kejayaan. Berusahalah ya. Hidup mesti berusaha. Bersabar & berusahalah untuk topup kad TnGo yang kurang baki tu. Nasi pun bila kita makan, kita kena usaha suapkan ke mulut, baru boleh makan nasi dan rasa nikmatnya.

    Sekian.

    Zah

    Reply
    • Amir on 21/09/2016 09:14

      Komen yang baik zah!

      Kalau nak cakap isu masalah 50 sen kena top up…bukan kita keluar duit atm pun kena bayar caj perkhidmatan ke? itu keluar duit tu..harta kita… tapi kita simpan jugak di bank kan untuk selamat? kalau nak kata susah top up dekat atm pun boleh kan? sambil keluar duit boleh top up seperti saudari zah kata…kalau lah kita boleh kira kan..agak agak tempat atm bank kita dengan tempat topup, mana lagi banyak rasa?

      Seperti zah kata, usaha tangga kejayaan, nak kenyang pun usaha untuk suapkan nasi dalam mulut

      -Amir

      Reply
    • wanarif on 02/04/2018 15:57

      salam,
      betol kate ko tu..tp..kenapa bende tu die charge??mmg la 50sen je..tp kenapa??sedangkan bende tu diarahkan oleh kerajaan yg pada asalnya xperlu nk di charge..mmg la ko ckp kt atm bank pun kene charge rm1 pd org2 bajet acah2 nk cepat pkai kemudahan ‘MEPS’..tp ade option lain..stil free klau kluar melalui mesin atm yg same dgn bankcard or klau rajin kluar pkai buku..

      pastu klau kad xguna selalu or lebih beberapa tahun kad bley luput,..
      contoh mcm makcik2 datang mai dr kokdiang sekali skale tgk cucu kt kl lalu highway..pastu setahun dua xpkai kad..trus burn je baki dlm tu…xkesian ke??kene plak bli kad baru..sbb kad dah expired katenye…yg pk yg ko dah biase duk bandar yg dah biase bayar mcm2..

      lastly..xkesah la mampu bli ferari pun..tp klau bayar perkidmatan yg memakse dan tiada pilihan..ape gunanya..padahal sebeum ni dah ok ape…bg ko mmg la..main bayo je…

      Reply
  2. lu pehal on 28/02/2017 16:19

    duit yang disimpan di dalam bank tu, bank boleh guna untuk labur macam-macam.. untung rugi tu tak pasti.. so kita percaya bank simpan duit kita dengan selamat bila kita check baki akaun kita bertulis sekian-sekian angka.. bank takkan puas dengan untung yang ada.. perah pengguna dengan caj perkhidmatan.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.