Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tinjauan: Inilah 10 Model Kereta Paling Tidak Reliabel di Amerika Sepanjang 2017
Autotainment

Tinjauan: Inilah 10 Model Kereta Paling Tidak Reliabel di Amerika Sepanjang 2017

Han OthmanBy Han Othman24/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TINJAUAN Reliabiliti Tahunan Customer Report (CR) bagi 2017 baru saja dikeluarkan, dan sama seperti tahun terdahulu, kita dapat mengetahui senarai model manakah paling reliabel, dan paling kurang reliabel.

Tinjauan realibiliti 2017 kali ini dibuat berasaskan data disediakan kira-kira 400,000 pendaftar CR yang memiliki 640,000 kenderaan dengan keputusan menunjukkan rata-rata kenderaan kurang reliabel terdiri daripada model-model baharu berteknologi tinggi berbanding kenderaan lama.

BACA >>> 10 Alat Ganti Kereta Paling Kerap Ditukar, dan Bilakah Perlu Menggantikannya

Kajian menumpukan kepada 17 kawasan membabitkan isu kecil seperti trim berkualiti rendah hingga masalah besar seperti penamatan waranti bagi baik pulih trenkuasa. Setiap jenis masalah disusun berdasarkan tahap keterukan bagi menghasilkan skor reliabiliti CR bagi setiap model.

Hasilnya, di bawah ini ialah 10 model paling kurang reliabel di Amerika Syarikat (AS) sepanjang 2017:

10. CHEVROLET CAMARO

Chevrolet Camaro V6 1LE dan SS 1LE (2017)
Pemilik Camaro baharu kerap melaporkan isu-isu minor mengenai transmisi, termasuk masalah sistem pacuan dan bahagian elektronik terbina.

9. MERCEDES GLC-CLASS


Pemilik SUV kompak mewah Jerman ini mengadu menghadapi banyak isu dengan brek, stereng dan suspensi serta alatan kuasa.

8. JAGUAR F-PACE


SUV pertama Jaguar mungkin dapat dipandu seperti juara, tetapi itu tidak dapat menghalang pemilik menyuarakan isu-isu tentang trenpacu, litar elektronik, termasuk sistem infotainment dan kebocoran diferensial untuk sesetengah kereta.

7. GMC ACADIA

GMC Acadia All Terrain (2017)
SUV GMC tiga baris tempat duduk ini menduduki tempat ketujuh terbawah akibat masalah elektronik, dengan skrin terpadam, manakala sistem hiburan belakang kerap tidak berfungsi.

6. FIAT 500

Fiat 500 Pop (2017) dengan Pakej Trim Sport Black
Walaupun sudah lama berada di pasaran, model Fiat kecil ini masih berdepan isu berhubung masalah brek, alatan kuasa, dan elektronik.

5. FORD FOCUS


Walaupun model kompak Ford ini menunjukkan perubahan ranking lebih baik, tetapi pemilik kereta itu masih mengadu isu reliabiliti teruk seperti masalah sentakan, dan anjakan transmisi kasar.

4. FORD FIESTA

Ford Fiesta (2018)
Model ini tewas satu anak tangga kepada si abang, Focus. Semua gara-gara masalah kawalan suhu yang tiba-tiba boleh berhenti berfungsi, dan transmisi klac-dual yang perlu ditukar awal. Sesetengah kes, pengadu mendakwa kotak gear mereka perlu dibaiki sepenuhnya.

3. VOLVO XC90

Volvo XC90
Berdasarkan laporan pengguna CR, masalah utama SUV premium Sweden ini ialah sistem infotainment rumit yang turut mengawal sistem kawalan suhu. Pengguna mendakwa sistem SUV tersebut kerap perlu dibut semula (reboot), dan masa beban (load time) yang perlahan. Sesetengah kes, skrin kereta boleh tiba-tiba menjadi gelap dan tidak dapat diakses, termasuk kawalan suhu.

2. CADILLAC ESCALADE

Escalade Platinum (2017)
Sekali lagi model ini menduduki carta tertinggi sebagai kereta paling kurang reliabel di AS disebabkan beberapa isu kegagalan infotainment. Kawalan suhu dilaporkan bertukar pada tetapan tertinggi tanpa sebarang input daripada pemandu. Namun, masalah utama dihadapi pengguna model ini ialah trenkuasa, lahu enjin tidak tetap, anjakan gear kasar dan kerosakan penuh.

1. TESLA MODEL X

Tesla Model X
Walaupun menampilkan ciri serba futuristik, malangnya SUV berkuasa elektrik ini kerap menyakitkan hati pemiliknya dengan masalah-masalah kecil seperti pintu Falcon yang gagal dibuka dan ditutup baik, kemasan luaran longgar dan teruk, dan badan kereta yang tidak sejajar.


KESIMPULAN

Apapun harap bertenang kerana keputusan tinjauan di atas ialah respon yang diperoleh daripada pengguna AS. Maklum balas pengguna Malaysia mungkin saja berbeza. Malah, sesetengah model yang disenaraikan tidak pernah dibawa masuk untuk pasaran negara kita.

Jadi, tekan pedal dan jangan stres!

 

SUMBER: Car Scoops

10 kereta paling kurang realibel autotainment CR Customer Report Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.