Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tidak Perlu Beli, Honda Jepun Tawar PCX Electric Secara Sewaan
Auto Terkini

Tidak Perlu Beli, Honda Jepun Tawar PCX Electric Secara Sewaan

Abang HirataBy Abang Hirata31/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda pembiayaan aset sekarang turut ditawarkan melalui kaedah sewa tanpa perlu beli? Ya, kaedah begitu menjadi pilihan agensi Kerajaan dan swasta dalam mendapatkan aset tanpa perlu membelinya.

Contoh paling mudah, sesebuah agensi kerajaan atau swasta akan membayar sewa komputer selama tiga tahun termasuk waranti dan penyenggaraan. Selepas tempoh tamat, komputer dipulangkan untuk diganti baharu. Begitu juga kenderaan, hanya perlu keluar duit sewa untuk tempoh tahun perjanjian.

BACA >>> Skuter Elektrik Voltrix Diperkenal di Malaysia, Harga Bermula RM4k

Kaedah ini dilihat kurang membebankan bagi tempoh jangka masa pendek tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang pada satu-satu masa. Di negara maju, kaedah ini sudah lama diamalkan untuk pengguna awam dan begitu juga negara kita, cuma belum meluas. Ia juga dilihat sesuai untuk membantu jualan kenderaan dan penerimaan teknologi baharu seperti hibrid dan elektrik.

SEWA PCX DI JEPUN

Terbaharu Honda menawarkan PCX Electric secara sewaan di Jepun. Sama saja seperti PCX versi Malaysia, cuma Honda Jepun melengkapkan skuter itu dengan unit kuasa elektrik baharu.

PCX dilihat model sesuai untuk teknologi ini berdasarkan posisi tunggang selesa dan mudah dikendalikan. PCX Electric dilengkapi dua bateri mudah alih Honda Mobile Power Pack yang membolehkan skuter ini dipandu sejauh 41km untuk sekali isian cas penuh.

Bateri ini juga boleh dicas tanpa ditanggalkan daripada motosikal dengan menggunakan kabel dibekalkan atau pengecas luaran. Teknologi Magnet Kekal Dalaman (Interior Permanent Magnet-IPM) menawarkan daya kilas berpadanan dari kelajuan rendah dan membantu dalam tunggangan mendaki tempat tinggi.

BACA >>> Miku Max – Skuter Elektrik Popular China yang Unik dan Ranggi

KUMPUL RESPON PELANGGAN


Selain program sewaan, Honda juga mahu mengumpul pendapat pelanggan mengenai skuter elektrik. PCX Electric akan ditawarkan melalui khidmat perkongsian motosikal di Tokyo dan kepada pelancong bermula tahun depan.

Buat permulaan, tidak banyak disasarkan Honda, hanya 250 unit PCX Electric setahun. Sasaran sewaan merangkumi agensi swasta, besar dan kecil, dan Kerajaan. Honda juga merancang memperkenalkan program sewa beli PCX Electric di Asia Tenggara menerusi penjualan pertama di Filipina.

Di Malaysia, skuter elektrik digunakan secara meluas syarikat kurier makanan. Apabila sampai ke rumah, tiada bunyi motosikal kerana ia memang senyap. Sebelum itu Modenas pernah mengeluarkan kapcai Ctric pada 2011 dengan harga RM4,888.

BACA >>> 10 Fakta Pantas | Honda PCX (2018) Baharu Kini di Malaysia – Harga RM10,999

Auto Terkini Honda Honda Japan Honda Jepun Honda Mobile Power Pack Honda PCX Honda PCX Electric Interior Permanent Magnet (IPM) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.