Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Elektrik Voltrix Diperkenal di Malaysia, Harga Bermula RM4k
Roda2

Skuter Elektrik Voltrix Diperkenal di Malaysia, Harga Bermula RM4k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN motosikal elektrik tempatan semakin meriah dengan kehadiran model baharu jenama Voltrix. Sebagai permulaan, BKZ Motor Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama itu memperkenalkan 3 model:

  • Voltrix Hunter – RM4,750
  • Voltrix Milano – RM3,950
  • Voltrix SG60 – RM4,950

Semua skuter tersebut dijangka berada di pasaran Malaysia tahun depan yang dipasangkan BKZ Motor Sdn Bhd sendiri. Ketiga-tiga model tersebut menggunakan motor elektrik DC brushless dengan kuasa daripada bateri MF Lead Acid Gel. Semua model Voltrix turut didatangkan dengan waranti 3 tahun atau 20,000km perbatuansebagai standard.

Kepada pelanggan yang mahukan jaminan hingga 10 tahun, BKZ Motor menyediakan pakej khas dengan kaedah bayaran tertentu. Berikut maklumat ringkas mengenai model Voltrix.

BACA >>> Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung Tidak Lulus JPJ

1. VOLTRIX HUNTER

  • Hunter ialah model paling berkuasa dengan padanan motor elektrik 1,200watt dan bateri 72V/20Ah yang mampu menghasilkan kuasa 1800watt dan tork maksimum 110Nm.
  • Motosikal ini mampu bergerak sejauh 70km (bateri penuh) dengan kelajuan maksimum 45kmj.  Skuter elektrik seberat 110kg dipasangkan brek cakera (depan) dan dram (belakang), suspensi teleskopik dan dual absorber di belakang dengan jarak kelegaan tanah 150mm.

BACA >>> Miku Max – Skuter Elektrik Popular China yang Unik dan Ranggi

2. VOLTRIX MILANO

  • Milano dilengkapi motor elektrik berkuasa 800watt dan bateri 48V/20Ah yang mampu menghasilkan kuasa 1,000watt dan tork 72Nm.
  • Bagaimanapun, Milano hanya mampu bergerak sejauh 50km dengan bateri penuh pada kelajuan maksimum 40kmj.

3. VOLTRIX SG60

  • Motor elektrik ini berkuasa 800watt bersama bateri berkapasiti 60V/20Ah. Kuasa yang dihasilkan tidak jauh berbeza dengan angka 1,000watt dan tork 72Nm.
  • Isian bateri penuh membolehkan model ini bergerak sejauh 60km dengan kelajuan maksimum 40kmj.

BACA >>> Vespa Elettrica Buka Tempahan Awal untuk Pasaran Zon Euro, Harga €6,390 (RM30,499) 

Kepada pemilik Voltrix sedia ada yang mahu menukar kepada model baharu dalam tempoh 5 tahun akan diberikan rebat hingga 50 peratus.

BKZ Motor Sdn Bhd EV Kenderaan Elektrik motosikal elektrik roda2 skuter skuter elektrik Skuter EV Voltrix Voltrix Hunter Voltrix Milano Voltrix SG60
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.