• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 10 Fakta Pantas | Honda PCX (2018) Baharu Kini di Malaysia - Harga RM10,999

10 Fakta Pantas | Honda PCX (2018) Baharu Kini di Malaysia - Harga RM10,999

July 15, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER urban, Honda PCX sentiasa jadi platform Honda untuk menonjolkan ciri teknologi moden dan terkini, sepadan dengan gaya elegan, prestasi dan praktikaliti ditawarkan model tersebut. Terkini, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan PCX baharu dengan menampilkan beberapa pengemaskinian terkini supaya tampil segar dan relevan di pasaran massa.

Apa yang moden, baharu dan terkini dengan PCX baharu?

1. PCX menggunakan frem keluli endul dupleks (duplex cradle) ringan dengan jarak roda lebih pendek dan pengendalian berserta respon jalan dikemas kini.

2. Suspensi baharu menawarkan keselesaan tunggangan dengan rim aloi 14-inci baharu.

3. Ditawarkan dalam dua warna baharu: Euphoria Red Metallic (merah) dan Radiate Grey Metallic (kelabu), ditambah kepada barisan warna terdahulu Pearl Metalloid White (putih).

4. Dari segi gaya, PCX mendapat panel badan baharu untuk imej premium, tajam dan sporty. Meningkatkan penampilan itu, skuter tersebut didatangkan dengan lampu depan LED dual kompak bersama lampu nyalaan siang dan lampu belakang LED rekaan baharu.

Honda_PCX_150_baharu (2018)12
Honda_PCX_150_baharu (2018)1
Honda_PCX_150_baharu (2018)7

5. Storan 25 liter bawah pelana kini disokong engsel beban spring yang memudahkan penunggang menyimpan barangan personal dan mampu menampung helmet full-face.

6. Adaptor 12V kini diletakkan pada ruang simpanan depan untuk memudahkan kerja mengecas peranti elektronik ketika menunggang.

7. Dilengkapi Sistem Kunci Pintar dengan ciri amaran anti-kecurian dan sistem jawap-balik (answer-back) untuk membantu pemilik mengesan skuter dari jarak jauh. Sistem kunci baharu ini datang dalam bentuk penghidup tanpa kunci (keyless).

8. Kluster meter tengah mempamerkan angka spidometer digital bersama paparan notifikasi tempoh senggara, jam, odometer, lampu amaran enjin, indikator Sistem Henti Lahu Henti (Idling Stop Sistem - ISS) dan takat minyak.

9. Teknologi SIS menawarkan penjimatan bahan api lebih efisien untuk isian bahan api dalam tangki berkapasiti 8 liter. Di atas kertas, PCX mencatatkan jarak perjalanan 51.2 km/liter apabila sistem ISS diaktifkan.

10. Harga jualan PCX baharu ialah RM10,999 seunit.

GALERI

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda PCX, Honda PCX (2018), skuter

Comments

  1. Moehammaed Zachery says

    October 8, 2018 at 12:22 PM

    Adakah versi yg mempunyai disc utk roda belakang ada dijual di pasaran Malaysia..
    Jika ada bolehkah didapati disemua ajen Boon Siew Honda di seluruh Malaysia?.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev