Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Thailand Lancar Toyota Hilux Revo GR Sport (2022) yang Lebih Garang, Harga Mula RM114k
Roda4

Thailand Lancar Toyota Hilux Revo GR Sport (2022) yang Lebih Garang, Harga Mula RM114k

Han OthmanBy Han Othman27/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Toyota Motor Thailand melancarkan Hilux Revo GR Sport (2022) untuk pasaran negara itu  yang didatangkan dalam dua varian dengan penampilan sporty GAZOO Racing.

Ini bukan Hilux GR Sport pertama, kerana pernah diperkenalkan pada 2018 dalam unit terhad untuk pasaran Brazil. Bagaimanapun versi Thailand ini sedikit berbeza kerana dibangunkan berasaskan Hilux dipertingkat (facelift) yang dijana enjin turbodiesel lebih berkuasa.

BACA >>> 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Hilux (2020) yang Lagi Power, Lebih Kacak
BACA >>> Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal

Berikut spesifikasi Hilux Revo GR Sport (2022) versi Thailand:

  • Ini ialah Hilux generasi kelapan yang dilancarkan pada 2015 dan sudah menerima dua kali facelift pada 2017 dan 2020.
  • Kemas kini terakhir menampilkan enjin 2.8L turbodiesel berkuasa 201hp dan tork 500Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
4×2
4×4
  • Perbezaan berbanding model biasa ialah komponen suspensi dan kit badan, manakala varian pertama ialah 4×2 pacuan roda belakang (RWD), dan kedua 4×4 model pacuan semua roda (AWD) dengan kunci direnfensial.
  • Sistem suspensi menggunakan unit double wishbones dengan spring koil SuperFelx Suspension dan bar stabiliser di depan dan spring dedaun (leaf) 5 keping Monotube Shock Absorber di belakang.
  • Tetapan varian 4×2 kurang sofistikated dengan jarak lega bumi 23mm untuk pengendalian off-road lebih stabil.
  • Kedua-dua varian dipasangkan brek cakera dengan kaliper brek merah di depan dan brek dram di belakang.
  • Varian 4×2 didatangkan dengan kit badan sporty seperti  kit aerodinamik pada bampar depan, skirt sisi, dan difuser di belakang. Gril dicat warna badan, kemasan hitam kilat pada ambilan dan set dekal sporty.
  • Selain suspensi rendah, trak pikap ini dipasangkan tim 17 inci dengan tayar off-road. Walaupun nampak kecil, mungkin ada penjarak (spacer) dipasang supaya selari dengan fender maskular.
  • Ada tiga warna untuk dipilih, putih, merah dan hitam.
  • Varian 4×4 memiliki jarak lega bumi sedikit tinggi dengan rim 18n inci yang dipadankan suspensi diperkuat dan sistem AWD.
  • Kit badan juga berbeza. Dari depan, gril besar tertera lencana GR, manakala bampar baharu disepadukan dengan lampu kabus dan pelindung bawah badan.
  • Juga ada kit tambahan pada gerbang roda dan pemijak sisi di tepi pintu. Aksesori lain ialah madgad, bar sport, bed belakang, dan pelekat warna  pada pintu sisi dan pintu but.

  • Ruang kabin menggunakan kemasan upholsteri kulit fauks/ sued dengan sulaman benang merah, manakala kerusi sport GR  disepadukan dengan penyandar kepala untuk ekstra sokongan.
  • Eleman sporty lain ialah pedal aluminium, tanda merah pada stereng, dan lencana GR pada kluster instrumen dan butang tekan mula.
  • Sama seperti kemasan varian premium, GR Sport dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci.
  • Ciri keselamatan menawarkan 7 beg udara, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), termasuk pakej Toyota Safety Sense.
  • Hilux Revo GR Sport kini sudah berada di bilik pameran Toyota seluruh Thailand pada harga 889,000 baht (RM114,210) untuk varian 4×2, dan 1,299,000 baht (RM166,790) untuk 4×4.

BACA >>> Toyota Auris GR Sport Baharu Debut di Paris
BACA >>> “Hilux Hilux is the Way”, Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir
BACA >>> Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?

Hilus GR Revo Sport 4×2
4×2
Hilus GR Revo Sport 4×4
4×4

SUMBER: Toyota.co.th

 

Roda4 Toyota Toyota Hilux Toyota Hilux Revo GR Sport (2022) Toyota Motor Thailand Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.