Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Hilux (2020) yang Lagi Power, Lebih Kacak
Auto Terkini

6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Hilux (2020) yang Lagi Power, Lebih Kacak

Abang GYLBy Abang GYL08/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRAK pikap paling popular Malaysia, Toyota Hilux (2020) versi facelift baru saja diperkenalkan dengan penampilan lebih gagah dan berkuasa.

Berbanding versi sedia ada, Hilux (2020) menampilkan dua varian baharu; Double Cab 2.4 E (AT) dan Double Cab 2.8 Rogue (AT), menggantikan Double Cab 2.8 Black Edition.

Varian Double Cab 2.4 V (AT) pula ialah model naik taraf daripada varian Double Cab 2.4 G (AT), manakala L-Edition tidak lagi ditawarkan. Varian manual juga kekal ditawarkan menerusi Double 2.4 G dan Single Cab 2.4.

Kuasa dan tork ditawarkan juga lebih tinggi berbanding Hilux sedia ada.

Sekiranya anda sedang berkira-kira mahu memiliki trak pikap baharu, berikut enam perkara yang anda perlu tahu mengenai Hilux (2020).

1. HARGA BERMULA RM92,800 HINGGA RM146,880

  • Toyota Hilux Single Cab 2.4 (MT) – RM92,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 G (MT) – RM111,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 E (AT) – RM108,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 V (AT) – RM133,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.8 Rogue (AT) – RM146,880

2. ADA 7 PILIHAN WARNA

  • Bronze Mica Metallic (warna baharu)
  • Crimson Spark Red Metallic
  • Attitude Black Mica
  • Phantom Brown Metallic
  • Medium Silver Metallic
  • Silver Metallic
  • Super White II

3. APA YANG BAHARU?

Antara yang paling ketara ialah pengenalan varian rekaan baharu, iaitu Hilux Rogue bagi menggantikan versi Black Edition.

Selain penampilan lebih segar, trak pikap popular Malaysia ini turut menerima kemas kini bahagian dalaman dan prestasi. Lampu depan kini jenis Bi-LED dengan lampu kabus LED.

Ruang kabin disegarkan dengan meter optitron dan paparan multi-info (MID), sil pintu iluminasi dan stereng kuasa VFC (Variable Flow Control) yang meningkatkan aspek pengendalian pada halaju tinggi.

Tidak ketinggalan ciri Connectivi-T, terdiri daripada Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dan konekt

lay dan Android Auto.

Aspek prestasi pula dijana enjin 2.8L turbo yang dibangunkan untuk tugasan berat dengan pam minyak dua tahap untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

4. ENJIN LAGI POWER, TORK LAGI TINGGI

Berbanding enjin sedia ada, Hilux (2020) 1G-FTV 2.8L Turbo Diesel kini diberikan penambahbaikan yang menghasilkan kuasa 202hp @ 3,400rpm (+25hp) dan tork 500Nm @ 1,600-2,800rpm (+50Nm).

Kecekapan bahan api juga dipertingkat menerusi penggunaan pam minyak dua-peringkat yang menukar tekanan minyak secara optimum mengikut kesesuaian.

Bagi enjin 2.8L Turbodiesel, kadar penggunaan minyak dikurangkan kepada purata 10.9km per liter, manakala enjin 2.4L VNT (Variable Nozzle Turbocharger) pula memberikan penjimatan bahan api 5 peratus.

5. CIRI KESELAMATAN DAH MACAM KERETA MAHAL

Walaupun hanya digelar trak pikap lasak, namun ciri keselamatan tidak diabaikan. Hilux  menerima rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP.

Pada masa sama turut didatangkan dengan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (untuk 2.8 Rogue), terdiri daripada:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Yaw
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)

6. WARANTI 5 TAHUN, SERVIS INTERVAL SETIAP 10,000KM

Hilux (2020) dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan (mana satu tiba dulu). Lebih penting dan buat kali pertama kali, servis interval ialah setiap 10,000km berbanding 5,000km sebelum ini.

Masih tak cukup? Apa kata kita layan pula video Pandu Uji Toyota Hilux Rogue bersama Abang Gan.

BACA >>> #Videotomotif: Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Toyota Hilux?

GALERI

2020 toyota hilux rogue harga toyota hilux 2020 pandu uji Toyota Hilux 2020 Toyota Hilux Toyota Hilux (2020) toyota hilux 2020 malaysia price toyota hilux malaysia toyota hilux price Toyota Hilux Rogue toyota hilux rogue price
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    Auto Terkini

    BMW M3 40th Anniversary Limited Edition, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290 KM/J!

    03/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.