• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Model 3 Tawar Warna Baharu Marine Blue untuk Pasaran Malaysia

Tesla Model 3 Tawar Warna Baharu Marine Blue untuk Pasaran Malaysia

December 31, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Tesla Model 3 tawar warna baharu Marine Blue

TESLA Malaysia mengemas kini pilihan warna Tesla Model 3 Highland pasaran tempatan dengan memperkenalkan warna baharu Marine Blue (biru). Warna itu secara rasmi menggantikan Deep Blue Metallic yang ditawarkan sebelum ini, dan hadir dengan harga tambahan RM5,000.

Pengenalan Marine Blue itu menambah variasi visual Model 3, khususnya kepada pembeli yang mahukan tona biru lebih segar dan moden. Dari sudut strategi produk, langkah itu sejajar pendekatan Tesla yang kerap menyegarkan pilihan warna tanpa mengubah spesifikasi mekanikal kenderaan.

Marine Blue Ganti Deep Blue Metallic

Marine Blue tampil dengan tona lebih cerah dan kontemporari berbanding warna biru lama yang lebih gelap dan klasik.

Bagi peminat Deep Blue Metallic, Tesla memaklumkan masih terdapat empat unit stok sedia ada ketika artikel ini disiarkan, melibatkan varian Long Range RWD (2 unit) dan Performance (2 unit). Semua unit itu ditawarkan melalui inventori dan tertakluk ketersediaan semasa.

Pilihan Warna, Harga Tesla Model 3 Malaysia

Logo Tesla

Sebagai rujukan, warna standard Tesla Model 3 kekal Stealth Grey (kelabu), yang kini ditawarkan tanpa kos tambahan. Warna itu sebelum ini menggantikan Pearl White, pada awal pelancaran Model 3 di Malaysia.

Kini, Pearl White dikenakan bayaran tambahan RM5,000, manakala dua warna paling mahal dalam katalog Tesla Model 3 Malaysia ialah Ultra Red (merah) dan Quicksilver (perak), masing-masing dengan premium RM11,000.

Struktur harga itu membolehkan pembeli memilih sama ada kekal dengan spesifikasi asas atau menaik taraf penampilan mengikut cita rasa.

Kemas Kini Kecil, Impak Besar untuk Pembeli

Walaupun perubahan itu hanya melibatkan warna, ia memberi impak signifikan kepada keputusan pembelian, terutama kepada pembeli yang mementingkan estetika dan nilai pasaran semula. Warna tertentu sering menjadi faktor penentu permintaan di pasaran terpakai, terutama model popular seperti Tesla Model 3.

Dengan Marine Blue kini menggantikan Deep Blue Metallic, persoalannya, mana satu pilihan anda? Marine Blue atau Deep Blue Metallic? Kongsikan pandangan anda, kerana bagi sesetengah pemilik, warna bukan sekadar kosmetik, tetapi sebahagian identiti kenderaan elektrik (EV) moden.

SUMBER: TeslaMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Tesla Malaysia, Tesla Marine Blue, Tesla Model 3, Tesla Model 3 Highland, Tesla warna baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my