Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tesla Kini Rasmi di Malaysia, SUV Elektrik Model Y Dijual Mula RM199k!
Roda4

Tesla Kini Rasmi di Malaysia, SUV Elektrik Model Y Dijual Mula RM199k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize20/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kereta elektrik dari Amerika Syarikat (AS), Tesla membuat debut rasmi di pasaran Malaysia dengan melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik 5-kerusi, Tesla Model Y pada harga bermula RM199,000!

Tesla Model Y ditawarkan dalam tiga varian, iaitu:

  • Tesla Model Y RWD – RM199,000
  • Tesla Model Y Long Range AWD – RM246,000
  • Tesla Model Y Performance AWD – RM288,000

Selain pelancaran Model Y di Malaysia, Tesla turut memperkenalkan lapan stesen cas Tesla Supercharger tertutup pertama di Malaysia yang akan dibuka tidak lama lagi.

Stesen cas Tesla Supercharger itu memiliki kapasiti kuasa 250kW, yang mengambil masa 5 minit mengecas untuk jarak pemanduan 120km.

1. TESLA MODEL Y RWD – RM199,000

Varian aras mula, Tesla Model Y hadir dalam warna putih sebagai standard, dengan rim Gemini 19 inci dan motor tunggal belakang untuk jarak pemanduan sejauh 430km sekali cas, mengikut kitaran Prosedur Ujian Kenderaan Harmoni Seduani (WLTP).

Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 6.9 saat, manakala mencapai kelajuan maksimum 217kmj.

Ruang kabin menggunakan  kemasan tona hitam, tetapi perlu membayar ekstra RM5,000 jika mahu mendapatkan kerusi dan papan pemuka putih. Rim standard 19 inci juga boleh ditukar kepada jenis rim Induction Wheels 20 inci.

2. TESLA MODEL Y LONG RANGE AWD – RM246,000

Varian Long Range ini datang dengan dwi-motor yang mampu memecut 0-100kmj sepantas 5 saat. Varian ini juga mampu bergerak sejauh 533km (WLTP) dengan kelajuan maksimum masih sama, 217kmj.

Rim juga 19 inci sebagai standard, tetapi boleh dipertingkat kepada rim Induction Wheels 20 inci, manakala ruang kabin hitam sebagai standard.

3. TESLA MODEL Y PERFORMANCE AWD – RM288,000

Seperti namanya, Tesla Model Y Performance AWD ialah Model Y paling premium, yang juga paling laju dan paling mahal.

Dengan kelajuan maksimum 250kmj, varian ini hanya memerlukan 3.7 saat saja untuk memecut 0-100kmj. Didatangkan standard dalam warna putih dengan rim  Überturbine Wheels 21 inci. Tona kabin juga hitam.

Bagaimanapun, jarak perjalanan kurang sedikit daripada Long Range, iaitu 513kmj (WLTP). Varian ini turut mendapat ciri khas seperti seperti spoiler gentian karbon, brek prestasi, pedal aluminium aloi dan suspensi rendah.

Berikut pilihan tambahan ditawarkan untuk mengubah suai Tesla Model Y di Malaysia:

  • Warna cat Hitam, Silver atau Biru: RM5,000
  • Warna cat merah (multi-coat): RM10,000
  • Rim 20 inci Induction Wheels:RM10,000
  • Interior hitam dan putih: RM5,000
  • Enhanced Autopilot: RM16,000
  • Kebolehan pemanduan autonomi sepenuhnya: RM32,000

Dalaman

Ciri dalaman SUV EV ini ialah bumbung panoramik, unit infotaimen 15 inci, dua port pengecas wayarles, empat port USB Type-C, perehat tangan, material dalaman daripada sumber bukan haiwan, penyaman udara dengan kawalan iklim termaju dengan penapis udara HEPA.

Kapasiti ruang but 854 liter,manakal ruang bonet (yang menggantikan ruang enjin) 117 liter.

Audio dan Media

Ciri audio adalah jenis premium dengan 13 pembesar suara, siap dengan satu subwufer, dan dua amplifier.

Ada sambungan media dan muzik menggunakan konektiviti Bluetooth, dan USB Type-A dengan storan mudah alih berkapasiti 128GB.

Keselesaan

Antara keselesaan ditawarkan Tesla Model Y ini ialah:

  • Kawalan kerusi depan elektronik
  • Ada pemanas kerusi depan dan belakang
  • Ada pemanas stereng
  • Ada penapis udara HEPA
  • Ada bumbung panoramik gelap (tinted) dengan pelindung ultraungu dan inframerah.
  • Kerusi belakang boleh lipat berasingan
  • Karpet dalaman

Ciri Lain

  • Lampu kabus LED
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik, automalap dengan fungsi pemanas
  • Profil pemandu kustom

Dimensi

Tesla Model Y memiliki dimensi panjang 4,751mm, lebar 1,921mm, tinggi 1,624mm, dan jarak roda 2,890mm.

Waranti

Pembeli diberikan waranti standard 4 tahun atau 80,000km. Ada juga waranti 8 tahun atau 160,000km untuk bateri dan unit pemanduan. Pembeli juga dapat menikmati pengecualian duti import dan eksais penuh untuk kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, pelanggan mendapat manfaat 100 peratus pengecualian cukai jalan dan pelepasan cukai pendapatan individu hingga RM2,500 untuk perbelanjaan yang ada kaitan dengan kemudahan cas EV bagi tahun taksiran 2023.

Syarikat yang menyewa EV bukan komersial turut boleh menuntut potongan cukai ke atas jumlah sewa hingga RM300,000 dari tahun taksiran 2023 hingga 2025.

BACA >>> Tesla Buka Ibu Pejabat di Selangor Tahun Ini
BACA >>> Harga Rasmi Tesla Model Y di Malaysia Bermula RM199k

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pavilion Roda4 SUV SUV Elektrik SUV EV Tesla Tesla Malaysia Tesla Model Y Tesla Supercharger
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.