Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skandal Emisi Diesel [SIRI 1]: TERGEMPAR!!! Jerman Panggil Balik 630,000 Unit Kereta
Auto Terkini

Skandal Emisi Diesel [SIRI 1]: TERGEMPAR!!! Jerman Panggil Balik 630,000 Unit Kereta

Han OthmanBy Han Othman18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

skandal-penipuan-emisi

BERLIN – Beberapa pengeluar automobil Jerman akan memanggil balik 630,000 unit kereta untuk membaiki masalah perisian pengurusan-emisi selepas suruhanjaya di bawah Kerajaan mendapati berlaku skandal emisi diesel berikutan ketaksekataan paras emisi pada beberapa model diesel.

Menteri Pengangkutan Jerman, Alexander Dobrindt, sebentar tadi berkata, pengeluar kereta, Mercedes-Benz, Audi AG, Volkswagen AG dan General Motors Co Unit Opel diarahkan memanggil balik produk masing-masing untuk dibaiki perisian emisi diesel.

“Skandal penipuan emisi ini diperoleh dalam satu keputusan siasatan yang dilancarkan tahun lalu membabitkan model-model Volkswagen,” katanya.

Dobrint kemudian mengarahkan suruhanjaya pengangkutan menjalankan ujian ke atas 50 model diesel jenama tempatan dan import berbeza bagi memastikan sama ada pengeluar lain turut melakukan skandal penipuan yang sama.

Volkswagen AG pada September tahun lalu mengaku menggunakan sejenis peranti khas yang dapat mengesan masa ujian yang bakal dilalui kereta-keretanya sebelum prestasi kenderaan diubahsuai supaya dapat melepasi syarat paras emisi ditetapkan.

Menurut Dobrindt lagi, ujian dilakukan pihak berkuasa tidak dapat mengesan pengeluar yang menggunakan peranti sama digunakan Volkswagen. Namun, pengeluar-pengeluar lain didapati menggunakan beberapa teknik berbeza, tetapi serupa yang membolehkan mereka mengubahsuai paras emisi semasa ujian.

Beliau menegaskan bahawa peraturan kenderaan Eropah perlu diubah dan dipertingkatkan semula bagi mengelak ada ruang yang membolehkan berlaku penipuan dalam kerangka ujian emisi sedia ada. Malah, Kerajaan juga akan berhubung dan berbincang dengan pihak berkuasa di negara-negara lain.

SUMBER: WSJ


Berita yang sangat mengejutkan kerana membabitkan pengeluar-pengeluar Jerman yang kita sedia maklum begitu teliti, tegas dan enggan berkompromi dengan hal-hal membabitkan keselamatan. Apakah undang-undang kenderaan Eropah terlalu ketat sehingga memaksa pengeluar automobil di sana menipu?

Alexander Dobrindt autoterkini skandal emisi diesel skandal penipuan emisi Jerman skandal Volkswagen
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.