Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Haval H9 untuk Pasaran Malaysia Dibuka, Bakal Lancar Suku Pertama 2019!
Auto Terkini

Tempahan Haval H9 untuk Pasaran Malaysia Dibuka, Bakal Lancar Suku Pertama 2019!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pada April lalu, Haval Malaysia mempamerkan model H9 sempena Malaysia Autoshow 2018. Nampaknya kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) itu semakin hampir selepas dimaklumkan bakal tiba pada suku pertama tahun depan, iaitu sekitar Mac 2019.

Namun kepada anda yang mahu melihat model itu lebih jelas, boleh mengunjungi pusat jualan Haval Glenmarie, Shah Alam. Haval Malaysia turut membuka tempahan H9 kepada pelanggan. Berdasarkan maklumat terkini, cuma satu varian ditawarkan, iaitu Comfort.

BACA >>> HAVAL H9 dan H8 Kini Ditayang di Malaysia, Masuk Pasaran Tempatan Disember Ini?

ENJIN TURBO 2.0L

SUV 7-kerusi itu dibangunkan atas platform ladder frame dan dipadankan enjin 2.0L Turbo berkuasa 241hp @ 5,500rpm dan tork maksimum 350Nm @ 1,800-4,500rpm dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF berserta pedal syif dalam siatem pacuan empat roda (4WD).

KABIN MEWAH

Masuk ke dalam kabin, aura mewah dapat dilihat menerusi padanan warna kelabu/hitam. Ciri kerusi elektrik 8-tetapan dengan fungsi lumbar dan memori memudahkan pemandu melaraskan posisi, manakala kerusi penumpang depan juga boleh dilaraskan secara 4-tetapan. Kerusi depan juga disediakan fungsi perehat kaki.

BACA >>> #PanduUji: Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 Si Pelayar Jalanan

Bumbung panoramik yang dapat dibuka hingga belakang memberikan rasa lapang buat penumpang dalam kabin. Stereng kemasan kulit didatangkan dengan butang multifungsi yang memudahkan akses pemandu. Perjalanan jauh menjadi mudah dengan ada soket 3-pin di but belakang.

Lipatan kerusi belakang 50:50 dan tempat duduk barisan kedua (60:40) memberikan ruang tambahan untuk mengangkut barangan lebih besar.

LUARAN ELEGAN

Rupa luaran tampil segak dengan gril depan kemasan krom bersama sil sisi dan rak bumbung. Lampu belakang LED direka besar dan menegak, manakala lampu depan disepadukan bersama lampu siang (DRL) LED.  SUV buatan China ini memiliki dimensi panjang (4856mm), lebar (1926mm) dan tinggi (1900mm) serta jarak roda (2800mm).

BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval

CIRI-CIRI TAMBAHAN

  • Bumbung suria/panoramik
  • Rim aoi 18-inci
  • Rak bumbung (aloi kusam)
  • Sil pintu
  • Pelindung bampar belakang keluli tahan karat
  • Wiper depan dengan sensor hujan
  • Tayar 265/60 R18
  • Tayar simpanan saiz penuh

Di pasaran, H9 bakal bersaing dengan model SUV lain seperti Isuzu MU-X, Ford Everest dan Toyota Fortuner, manakala harga anggaran ialah di bawah RM200,000.

GALERI
Auto Terkini H9 Haval Haval H9 Haval Malaysia Roda4 SUV SUV segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.