Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan
Auto Terkini

Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, pengguna tempatan kini boleh menikmati kenderaan selamat pada harga mampu milik.

Jika dulu ciri keselamatan seperti 6 beg udara, atau brek automatik hanya boleh didapati pada kenderaan mewah, tetapi kini semua itu sudah ada pada model rakyat seperti Perodua Myvi. Proton pula bakal hadir dengan teknologi bantuan pemanduan canggih menerusi kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama, X70.

Pengeluar menggunakan pelbagai akronim untuk teknologi bantuan pemanduan dengan konsep hampir sama. Misalnya, gergasi automotif Toyota menggelarkan ia sebagai Toyota Safety Sense (TSS) dan ini ditawarkan UMW Toyota Motors (UMWT) pada Harrier.

Di peringkat global, Toyota sudah sampai ke satu tahap membanggakan apabila 10 juta unit kenderaan jenama itu dipakejkan ciri keselamatan TSS. Jumlah tersebut dicapai dalam masa tiga tahun setengah selepas pengenalan pertama pada Mac 2015. Toyota menjangka tahun ini, sebanyak 3 juta kenderaan di Jepun dan 5 juta kenderaan di Amerika Utara bakal dilengkapi pakej sama.

BACA >>> Toyota Harrier Serba Baharu (2018) Sudah Ada Di Malaysia – Harga Bermula RM238K

Toyota mula memperkenalkan TSS untuk siri Corolla berdasarkan kepercayaan tentang kepentingan mempopularkan teknologi keselamatan. Setakat ini hampir 90 peratus kenderaan Toyota dan Lexus di Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan pasaran Eropah dilengkapkan TSS.

Buat masa ini, Toyota sudah memperkenalkan TSS di 68 negara di China, Timur Tengah, Australia dan beberapa negara Asia terpilih.

APAKAH TSS?


Apakah sebenarnya dimaksudkan TSS? Secara konsep, teknologi ini dapat menghalang atau mencegah kerosakan atau kecederaan akibat kemalangan serius. Berdasarkan data kemalangan AS, Jepun dan Eropah, berikut 3 aspek utama dalam pembangunan TSS 2.0:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS): Membantu menghalang dan mengelakkan kemalangan dengan kenderaan atau pejalan kaki di depan.
  • Amaran Tukar Lorong (LDA): Membantu kereta tidak tersasar ke lorong jalan sebelah atau bertentangan yang boleh menyebabkan kemalangan secara berdepan.
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB): Berupaya mengesan pejalan kaki lebih awal dan mengurangkan kemalangan ketika memandu malam

Menariknya, kemalangan dengan kenderaan depan (rear end) paling kerap berlaku di Jepun. Jadi melalui TSS, kes sebegitu terbukti dikurangkan hingga 70 peratus!

Ciri TSS juga mempunyai tahap atau generasi. TSS generasi kedua atau TSS 2.0  diperkenalkan pada Januari 2018 dengan fungsi yang lebih sensitif dalam pengesanan dan lebih berprestasi berbanding generasi terdahulu. Sistem baharu itu juga mampu berfungsi ketika malam untuk mengesan pejalan kaki atau penunggang basikal.

Fasa TSS seterusnya ialah membangunkan sistem yang dapat berfungsi dalam kemalangan melibatkan pejalan kaki dan kemalangan secara berdepan di persimpangan jalan.

Menjelang 2020 Toyota dan Lexus mahu memperkenalkan pakej TSS ke 100 negara, termasuk Asia dan Amerika Latin.

Harapan kami pula ialah supaya teknologi ini dapat ditawarkan untuk kereta berstatus rakyat tanpa kos tinggi, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan tinggi di negara kita.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Corolla Hatchback Super Street yang Minimalis dan Boleh Tahan

Toyota Harrier Serba Baharu (2018)
Auto Terkini Roda4 teknologi Teknologi Keselamatan Pemandu Toyota Toyota Safety Sense Toyota Safety Sense (TSS) TSS
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.