Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Tiga Fasa Lockdown yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

#TahukahAnda: Tiga Fasa Lockdown yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman29/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEJABAT Perdana Menteri menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19, semalam mengumumkan perintah penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi, atau total lockdown, berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Perintah berkurung selama dua minggu itu adalah Fasa Pertama pelaksanaan daripada dua fasa lain yang akan menyusul kemudian. Berikut ringkasan berdasarkan maklumat diumumkan setakat ini:

FASA PERTAMA

  • Semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential) seperti dalam senarai MKN.
  • Tempoh pelaksanaan: 14 hari, 1 Jun – 14 Jun

FASA KEDUA

  • Semua sektor ekonomi dibenarkan dibuka tanpa melibatkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi penjarakan fizikal.
  •  Tempoh pelaksanaan: 4 minggu, 15 Jun – 12 Julai

FASA KETIGA

  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti dilaksanakan sekarang.
  • Aktiviti sosial tidak dibenarkan.
  • Hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk SOP ketat, manakala kehadiran fizikal di tempat kerja dihadkan.
  • Tempoh pelaksanaan: 13 Julai hingga dimaklumkan kemudian.

Penilaian setiap fasa tertakluk kepada penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

APA BOLEH DAN TIDAK BOLEH SEPANJANG LOCKDOWN?

Maklumat ini diperoleh daripada laman web rasmi MKN dan setakat tarikh artikel ini ditulis. Ini bermakna segala aktiviti dan SOP buat masa ini  adalah mengikut peraturan PKP yang dikuatkuasa pada 25 Mei lalu hingga 7 Jun melainkan ada sebarang kemas kini terbaharu diumumkan.

Berikut serba sedikit yang dapat kami ringkaskan. Perincian lengkap boleh klik pautan INI.

  • Tiada rentas negeri dan sempadan.
  • Kenderaan dihadkan untuk tiga penumpang sahaja, termasuk pemandu sama ada jenis e-hailing, teksi atau persendirian.
  • Tidak boleh dine-in (makan di kedai) atau perkhidmatan park & dine (makan dalam kenderaan).
  • Wajib pakai pelitup muka di tempat awam sesak kecuali aktiviti dan tempat seperti berikut:
    • Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah.
    • Ruang kerja bersendirian.
    • Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor.
    • Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah.
    • Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain.
    • Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain restoran atau premis makanan).
  • Suhu badan lebih 37.5ºC tidak boleh masuk kompleks dan premis.
  • Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan berada di tempat dan kemudahan awam kecuali kecemasan, rawatan dan pendidikan.
  • Wajib check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis.
  • Pengangkutan awam boleh operasi dengan 50 peratus kapasiti penumpang.
Masa Operasi
  • Semua premis jualan makanan: 8 pagi-8 malam
  • Stesen minyak: 6 pagi-8 malam, kecuali di lebuh raya, dibenarkan buka 24 jam.
  • Farmasi: 8 pagi-10 malam.
  • Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian: 8 pagi-8 malam.
  • Hospital, klinik, makmal perubatan: Boleh operasi hingga 24 jam ikut lesen kebenaran.
  • Pasar tani, pasar harian, pasar awam, pasar minggu: 6 pagi-2 petang, tertakluk pihak berkuasa tempatan (PBT).
  • Pasar borong: 12 tengah malam-6 pagi, dan 11 pagi-4 petang, tertakluk PBT.
  • Pasar raya dan pusat beli-belah, untuk outlet premis sahaja: 8 pagi-8 malam.
  • Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan: 8 pagi hingga 8 malam.
  • Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (gunting rambut sahaja): 8.00 pagi-8.00 malam.
  • Operasi kafe siber dan pusat siber: 8 pagi-8 malam.
Auto Terkini Kuarantin Lockdown Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.