Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Spoiler yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Spoiler yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA ialah medium pengangkutan penting yang menghubungkan kita dari destinasi A ke B. Bagi sebahagian pemilik, mencantikkan kereta memberikan kepuasan dan dijadikan hobi. Ada yang menambah spoiler lebih besar atau menukar spoiler standard kepada produk aftermarket.

Spoiler ialah salah satu komponen kereta. Mungkin anda menganggap spoiler hanya sekadar aksesori untuk kecantikan kereta. Namun, sebenarnya ada manfaat lain yang mungkin anda tidak tahu seperti di bawah:

  • Menambah Daya Mendap (Downforce): Apabila memandu laju, akan timbul daya angkat (lift  force) kurang maksimum. Gejala daya angkat ini berlaku apabila memandu dalam halaju tinggi dan akan membuatkan kereta rasa melayang dan kurang stabil. Jadi spoiler mampu mengawal atau menstabilkan kereta.
  • Membantu Pengendalian: Pemasangan spoiler memberikan efek aerodinamik yang meningkatkan pengendalian hingga memantapkan kekuatan roda. Aspek pengendalian penting supaya  kereta kekal dalam kawalan dan stabil apabila memecut.
  • Menangkis Kotoran dan Debu: Spoiler pada kereta jenis hatchback berfungsi menangkis kotoran seperti debu atau hujan pada cermin belakang yang boleh mengganggu prestasi kereta.

Kegunaan spoiler mampu meningkatkan cengkaman roda atas jalan, dan menjadikan kereta lebih ringan serta mudah dikendalikan. Kereta tanpa spoiler biasanya lebih berat.

Ada banyak jenis spoiler di pasaran, dan ada juga kalangan pemandu yang tidak tahu membezakan antara spoiler dan ‘wing’ (sayap). Walaupun rupa kedua-dua komponen itu hampir sama, tetapi memiliki fungsi berbeza. Spoiler biasanya memiliki aksesori tambahan seperti lampu brek ketiga, manakala wing direka khas untuk mengendalikan aerodinamik kereta. Wing biasanya digunakan pada kereta lumba atau prestasi tinggi.

Selain itu, seiring perkembangan teknologi, spoiler masa kini didatangkan dengan beberapa manfaat. Ada spoiler yang boleh terbuka dan mengembang sendiri apabila kereta dipandu dalam halaju 100kmj. Fungsinya adalah menstabilkan kereta.

BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But

MATERIAL SPOILER

Gentian Karbon
Gentian Kaca
Plastik ABS

Spoiler dibuat daripada material seperti:

  • Plastik ABS: Bahan ABS biasanya dicampur dengan pengisi granular yang bertujuan menjadikan spoiler lebih kuat.
  • Gentian Kaca: Spoiler yang dibuat daripada epoksi (epoxy) biasanya menggunakan gentian kaca (fibre glass). Pembuatan spoiler dengan bahan ini mengambil masa lama dan pemasangan dibuat dalam skala kecil serta tahan lama.
  • Silikon: Memiliki karakteristik termal tinggi dan tahan lama.
  • Gentian Karbon: Spoiler yang menggunakan bahan ini juga mengambil masa lama kerana dibuat secara manual. Gentian karbon sifatnya ringan dan sangat kuat serta berharga cukup mahal.

JENIS SPOILER

Ada beberapa jenis pilihan spoiler di pasaran. Jadi, apabila mahu memasang spoiler, anda perlu tahu jenis dan fungsi komponen tersebut:

  • Pedestal: Ini spoiler paling umum dan banyak dipasangkan pada kereta.
  • Depan: Spoiler ini memiliki kegunaan khas, iaitu mengurangkan daya seretan (drag coefficient).
  • Lip: Spoiler ini tidak memiliki fungsi khusus mengenai keselamatan. Pemasangannya hanya untuk menambah estetika atau mencantikkan kereta.
  • Wing: Digunakan pada kereta lumba dan prestasi tinggi.

BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

CARA PEMASANGAN SPOILER

Pemasangan spoiler juga berbeza mengikut model kereta kerana ada spoiler dipasangkan pada but. Ada kereta tiada ruang but luas seperti model hatchback dan spoiler untuk kereta jenis ini perlu dipasang pada hujung bumbung belakang. Ada juga spoiler dipasang atas cermin belakang.

Pemasangan spoiler tidak boleh dilakukan sembarangan. Ia perlu seimbang antara komponen depan dan sisi.

Kereta yang hanya ada spoiler belakang akan menyebabkan arah pemanduan jadi tidak menentu. Ini kerana apabila memecut, kereta akan tertumpu pada satu titik saja. Apabila memecut laju pula, kereta boleh berubah haluan sendiri disebabkan efek aerodinamik yang tidak tepat.

Pemasangan spoiler perlu dibuat tepat supaya tidak membahayakan pemanduan. Spoiler seeloknya dikombokan dengan kit badan lain pada sisi dan depan kereta supaya benar-benar mendapat manfaat aerodinamik untuk kelajuan, kestabilan dan kelancaran pemanduan, serta penjimatan bahan api.

BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
BACA >>> #BikinKereta: Toyota Innova Crysta Gaya Kabin Pesawat Kelas Pertama

SUMBER: Suzuki.co.id

Autotainment. Tahukah Anda spoiler Spoiler Swingarm TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.