Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib03/08/202010 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA memerlukan sistem elektrik supaya enjin dapat dihidupkan sebelum boleh dipandu. Ingat, di sebalik kehebatan prestasi sesebuah kereta, sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem keseluruhan kereta berkenaan.

Terdapat tiga komponen elektrik wajib ada dalam kereta, iaitu: bateri, alternator dan motor penghidup (starter). Sistem litar tertutup mengalirkan arus dari bateri ke seluruh komponen elektrik kereta itu. Bateri pula bolehlah diibaratkan seperti nyawa dalam memastikan keseluruhan litar kenderaan beroperasi.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

Pada awal era automotif dulu, enjin tidak memerlukan bateri untuk dihidupkan, sebaliknya menggunakan sistem mekanikal sepenuhnya. Tahukah anda, dulu loceng digunakan sebagai hon kereta.

Artikel kali ini akan membincangkan bagaimanakah keseluruhan sistem elekrik kereta berfungsi. Dengan pelbagai teknologi kenderaan yang semakin berkembang masa kini, tidak salah kita sebagai pemandu mengetahui serba sedikit mengenai asas sistem elektrik kereta.

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

Litar pembumian elektrik kereta.

Sistem elektrik kereta terdiri daripada fungsi keseluruhan sistem. Bermula menghidupkan enjin, mengecas semula bateri dan menghidupkan semua alatan elektrik dalam kereta seperti lampu, radio, hon, penyaman udara atau apa saja yang dikuasakan tenaga elektrik. Setiap litar berfungsi menggunakan suis atau suis berkala dikawal elektrokmagnet yang dikenali sebagai sistem litar sesalur.

Arus elektrik disalurkan menerusi satu wayar dari bateri ke komponen yang akan mula berfungsi. Komponen itu mempunyai wayar yang dibumikan pada badan kereta yang akan bersambung menggunakan satu wayar kepada bateri  yang berfungsi mengembalikan arus ke bateri.

Wayar tersebut cukup tebal bagi memudahkan pengaliran arus kembali kepada bateri dan menjamin keselamatan pemandu dan penumpang. Berdasarkan gambarajah litar di atas, pembumian elekrik berfungsi seperti berikut:

  • Litar disambungkan menggunakan suis
  • Arus mengalir daripada terminal (+) kepada komponen
  • Komponen elektrik dibumikan kepada badan kereta
  • Badan kereta bersambung di terminal (-) bateri

KAITAN BATERI, ALTENATOR DAN REGULATOR VOLTAN

Sistem Elektrik Kereta

Tiga komponen ini (bateri, alternator, regulator voltan) adalah penting bagi menjamin arus dan voltan disalurkan kepada alatan elektrik. Jumlah arus yang disalurkan dihitung menggunakan unit ampere (amp). Voltan pula bertindak sebagai tekanan kepada arus dan dihitung menggunakan unit volt.

Alternator

Bateri digunakan kereta adalah bateri 12V yang mana kapasiti dihitung menggunakan unit amp/jam. Contoh tahap keupayaan bateri, jika bateri berkapasiti 54 amp/jam,  ini bermakna bateri itu mampu menghasilkan 1 amp arus untuk 56 jam. Selepas 56 jam, bateri akan kosong dan tidak mampu memberikan arus kepada komponen.

Alternator digunakan bagi menghantar arus dan mengecas semula bateri, manakala regulator voltan mengawal jumlah voltan yang disalurkan kepada alatan elektrik. Gabungan tiga komponen itu akan memastikan bateri mampu bertahan selama jaminan pengeluar. Jika jumlah voltan bateri menurun, jumlah arus juga akan menurun, dan situasi ini akan menyebabkan alatan dan komponen elektrik tidak dapat berfungsi baik.

ARUS, VOLTAN DAN PERINTANG

Ada tiga komponen utama dalam litar elektrik: arus, voltan dan perintang.

Perintang berfungsi menghalang arus daripada mengalir dalam litar. Jumlah perintang pula berbeza mengikut keperluan sesuatu komponen. Tenaga diperlukan bagi membolehkan arus melepasi perintang dalam komponen. Kiraan tenaga dapat dikenal pasti dalam unit Watts dan boleh berubah kepada tenaga haba ketika tenaga dibebaskan.

Apa perlu difahami adalah keperluan ketebalan wayar setiap komponen dan wayar penyambung antara bateri dan komponen. Wayar nipis biasanya tidak mampu menampung arus dan akan mudah terputus. Pemilihan ketebalan jalur wayar adalah penting bagi memastikan arus dapat disalurkan kepada komponen dan dibumikan.

BACA >>> Emula Concept – Motosikal Elektrik dengan Deruman Ekzos 2-Lejang

KUTUB POSITIF VS NEGATIF

Kekutuban amat penting bagi memasang suatu komponen elektrik dalam kereta. Seperti yang dijelaskan pada perenggan awal artikel, sistem litar elektrik sesalur digunakan untuk kereta. Ini bermakna arus elekrik hanya berfungsi dalam satu arah iaitu kutub positif ke kutub negatif. Kebiasaannya juga kepada komponen elektrik untuk memiliki litar sesalur.

Sekiranya kutub terminal tersalah pasang, komponen elektrik itu kemungkinan akan rosak. Namun, kebanyakan alatan elektrik sekarang mempunyai litar tambahan bagi mengelakkan kerosakan pada litar utama. Pemilik kereta kebiasaanya suka menambah eksesori komponen elektrik seperti unit infotainment skrin sentuh, kamera pandang belakang, set TV LCD di ruang penumpang, lampu kabus depan dan macam-macam lagi.

Apa yang pemilik kenderaan perlu pastikan adalah pemasangan wayar perlu dilakukan dengan baik. Tambahan wayar daripada fius kenderaan perlu dibuat bagi mengelakkan kerosakan kepada abah-abah (harness) wayar sedia ada. Ada juga pengeluar kenderaan yang menyediakan penyambung tambahan bagi memudahkan pemilik menambah aksesori kereta.

FIUS DAN LITAR PINTAS

Penggunaan wayar yang tidak baik akan mengganggu kawalan perintang kepada arus. Arus yang tinggi akan merosakkan wayar dan boleh mengakibatkan wayar cair atau terbakar. Keadaan ini pasti berbahaya kepada pemilik kenderaan.

Justeru, pengeluar menyediakan kotak fius yang akan berfungsi sebagai pemutus aliran arus kepada komponen. Ini bagi mengelakkan litar pintas berlaku yang boleh mengakibatkan kebakaran. Fius itu mampu menampung jumlah arus dibenarkan dan akan rosak apabila arus mengalir melebihi had ditetapkan.

Jadi, jika komponen tidak dapat dihidupkan, cuba periksa kotak fius anda. Selalunya kotak ini berdekatan ruang pemandu atau dalam ruang enjin. Fius ini turut berfungsi mengelakkan keseluruhan sistem elektrik kereta terjejas akibat satu kerosakan litar komponen. Pemilik boleh menggantikan sendiri fius rosak dengan fius baharu. Pastikan nilai keupayaan fius adalah sama dengan fius ditetapkan pengeluar.

LITAR BERSIRI VS LITAR SELARI

Contoh Litar Bersiri dan Selari

Penggunaan kedua-dua jenis litar pada keseluruhan sistem elektrik bergantung kepada komponen elektrik kereta. Sebagai contoh, sistem litar bersiri (series circuit) digunakan bagi mengalirkan arus kepada dua lampu utama di depan, manakala sistem litar selari (parallel circuit) digunakan untuk membezakan jumlah perintang di tangki minyak dan mengalirkan arus ke tolok bahan api.

Pengeluar perlu memastikan pilihan litar yang tepat bagi penggunaan komponen elektrik dalam kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

LITAR SAMPINGAN

Litar sampingan (ancillary circuits), atau litar subsidiari yang ditambah kepada sistem litar utama perlu disambung kepada fius pencucuhan kereta bagi mengelakkan komponen beroperasi ketika enjin tidak berfungsi.

Litar yang beroperasi ketika enjin mati akan menggunakan arus terus daripada bateri. Inilah sebab kenapa bateri boleh hilang kuasa atau kong hingga menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan. Sila pastikan suis lampu, termasuk lampu kabin ditutup sebelum meninggalkan kenderaan.

Tambahan perakam video digital (DVR) atau dashcam dalam kereta juga menggunakan bateri. Jadi, pastikan sambungan wayar disambungkan dengan baik dan tidak menjejaskan prestasi bateri. Anda juga mungkin perlu meningkatkan kapasiti bateri demi komponen tambahan baru ini.

WAYAR DAN LITAR BERCETAK

Kod warna berbeza digunakan bagi membezakan kegunaan wayar untuk litar bercetak (printed circuits). Penyambung akan digunakan bagi menyambungkan wayar dan litar bercetak. Litar ini terhasil berdasarkan sistem elektronik komponen elektrik.

Penggunaan litar bercetak mengurangkan penggunaan wayar dan menurunkan risiko litar pintas dalam komponen elektrik kereta. Wayar yang kompleks dan berserabut disatukan bersama dalam satu perumah plastik atau fabrik (lihat foto atas) supaya kemas dan memudahkan kerja-kerja baik pulih.

Diharapkan artikel ini akan memberikan pemilik kenderaan serba sedikit pengetahuan dan memilih pemasangan wayar yang lebih baik. Litar pintas adalah bahaya dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Pemasangan aksesori elektrik tambahan yang tidak mempunyai pendawaian yang baik boleh mengakibatkan bateri cepat rosak, termasuk mengganggu sistem kawalan kenderaan. Pastikan segala penambahbaikan terhadap kenderaan anda dilakukan di bengkel bertauliah dan mengikut saranan pengeluar.

autotainment Sistem Elektrik Sistem Elektrik Kereta tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026

    10 Comments

    1. Fareez on 21/05/2021 20:09

      Wayar saiz brpe bro, duk sembang pompang2 xdak guna kalau saiz cable pn xbagitau dgn detail..

      Reply
    2. Ally on 14/06/2021 11:47

      Berapakah jumlah arus yang diperlukan supaya lampu kereta mantap ya?

      Reply
    3. Azreen Aliff Jefri Bin Abd Latiff on 20/01/2022 00:01

      Fius ignition switch saya sudah 3 kali putus hari ni…adakah masalah dari terminal bateri juga boleh jadi penyebab fius tu rosak?

      Reply
    4. TOPEK BIN OMAR on 19/02/2022 20:57

      Nak tanya.. kalau bateri kereta mudah Kong apa punca? Pomen pun tak jumpa punca. Katanya alternator baik lagi

      Reply
      • AO on 21/02/2022 00:17

        Cari pomen yang tau. Mungkin masalah wiring

        Reply
    5. jack on 25/03/2022 17:48

      check accessori kereta yg gunakn elektrik. maybe jumlah yg digunakan untuk komponen lain melebihi rating bateri kereta. atau maybe voltage regulator dh xfunction.

      Reply
    6. Arsad mekanik on 09/12/2022 18:54

      bateri mudah kong jika wayar kabel bermasalah samada sebab terlalu lama guna atau telah dipenuhi minyak,kotoran dsbnya,perlu ganti kabel negatif juga positif ke bateri

      Reply
    7. Rojer Nordin on 03/02/2023 10:04

      terima kasih info

      Reply
    8. DRNURAMIN DRNURAMIN on 18/02/2023 22:53

      Asalam mualaikum tuan dan rakan2 nak tnya nie..kancil fiusable tu keluar asap time baru start engine..sebelum nie ok tak pape dah lama parking..,baru hidup kn tadi apa ya punca

      Reply
    9. Wan on 09/04/2023 12:16

      Bateri kong,check pulley cranksaft,biasanya bush dh wear & tear

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.