Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Motosikal Trials yang Perlu Anda Tahu, Kenapa Pelik Semacam?
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Motosikal Trials yang Perlu Anda Tahu, Kenapa Pelik Semacam?

ZYBy ZY26/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI sedia maklum, dalam banyak sukan permotoran melibatkan motosikal atas planet Bumi ini, lumba drag ialah jenis sukan yang mempunyai rekabentuk jentera yang unik.

Sukan lumba itu dibikin supaya sesuai dengan satu tujuan, iaitu memecut sepantas boleh dalam masa singkat. Motosikal drag (terutama di Malaysia) biasanya dibina seringkas dan serendah mungkin bagi memaksimumkan daya pecut dan cengkaman jalan.

Tetapi artikel ini bukan mahu bercerita pasal jentera drag, tetapi tentang motosikal trials, iaitu salah satu cabang sukan permotoran yang kurang popular di Malaysia. Berbeza motosikal drag yang direka untuk kelajuan, sebaliknya jentera trials dibina untuk ditunggang seperlahan mungkin.

BACA >>> Ramai Tak Sangka Lelaki Ini Jadi Pelumba Toyota untuk Berentap di Nürburgring

Ini kerana, sukan trials memerlukan seseorang peserta itu menunggang motosikal mengatasi beberapa halangan yang dilihat hampir mustahil dilakukan motosikal biasa dan penunggang biasa. Peserta trials perlu memiliki kemahiran mengimbangi diri dan motosikal yang tinggi selain mampu melakukan aksi melawan graviti.

Bagi mencapai tujuan itu, maka motosikal trials perlu ringan dan mudah dikawal. Jadi, enjin motosikal trials cuma jenis silinder tunggal dengan sesaran antara 250-300cc, manakala talaan prestasi lebih ditumpukan kepada tork (Nm), berbanding kuasa kuda (hp) seperti sukan motosikal lain.

Bahagian berbentuk L putih ialah tangki kustom, bukan pelana.

Rekabentuk frem ialah apa yang memberikan keunikan kepada rupa motosikal trials kerana ia tidak dilengkapi tangki bahan api dan pelana seperti motosikal biasa.

Bersesuaian konsep sukan trials yang melibatkan aksi jarak pendek dalam kelajuan rendah, kapasiti petrol diperlukan adalah tidak lebih 3 liter sahaja. Jadi bagi memaksimumkan ruang dan memberikan titik graviti lebih rendah, bahan api disimpan dalam ruang khas yang dibina dalam frem itu sendiri.

Memandangkan sukan trials memerlukan peserta beraksi akrobatik, mereka perlu menunggang dalam posisi berdiri dan satu-satunya kusyen yang ada ialah kaki sendiri. Malah, kehadiran pelana langsung tidak membantu. Jadi, inilah sebab kenapa pelana tidak diperlukan langsung untuk sebuah jentera trials.

BACA >>> Motorsport Manager: Jangan Tengok Saja, Jadi Pengurus Pasukan Lumba Sekarang!

Jom kita layan dulu video aksi legenda sukan trials, Dougie Lampkin di bawah ini:

Lihat pula beberapa aksi dramatik peserta trials.

SUMBER: RedBull

Dougie Lampkin motosikal trials sukan trial malaysia Trials trials bike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.