Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Mounting Enjin Haus, Rosak Punca Kereta Gegar?
Autotainment

#TahukahAnda: Mounting Enjin Haus, Rosak Punca Kereta Gegar?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/201821 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CAGAKAN atau mounting enjin ialah komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.

Material mounting enjin dihasilkan daripada logam dan getah. Bahagian logam mampu menahan tekanan dan tork yang dihasilkan enjin, manakala getah berfungsi menyerap gegaran. Ini kerana enjin menghasilkan banyak gegaran dalam operasi biasa dan sekiranya motor bermasalah, simptom gegaran akan jadi semakin ketara.

BACA >>> 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian, Tolong Jangan Ambil Lewa

Biasanya mounting motor bermasalah akan menghasilkan beberapa simptom yang boleh dikesan pemilik. Berikut 3 tanda amaran yang boleh anda tahu:

1. IMPAK BISING DATANG DARI RUANG ENJIN

Ini simptom paling mudah dikesan apabila anda terdengar bising dari ruang enjin. Mounting motor yang haus, rosak atau pecah boleh menyebabkan bunyi dentang, ketukan dan efek bunyi lain akibat berat enjin yang beranjak berlebihan dari titik sentuhan.

2. GEGARAN MELAMPAU

Simptom lain mounting enjin sudah rosak dan teruk ialah gegaran melampau. Jika getah atau bahagian peredam gegaran pada mounting sudah haus atau pecah, ia akan mengurangkan keupayaan mounting untuk menyerap gegaran enjin. Gegaran yang tidak diredam akan menyebabkan seluruh kenderaan bergegar, sekali gus membuatkan suasana dalam kabin jadi tidak selesa.

Anda akan rasa gegaran kuat pada papan pemuka dan stereng ketika enjin dalam keadaan melahu atau melalui permukaan jalan tidak rata.

3. ENJIN BERGERAK

Satu lagi simptom mounting enjin teruk atau rosak ialah pergerakan enjin dalam ruang enjin. Jika mounting enjin dalam kondisi baik, ia sepatutnya  dapat memegang atau mengikat enjin dalam ruang enjin. Bagaimanapun, jika komponen sudah haus atau rosak, ia boleh menyebabkan enjin  bergerak ke depan, belakang, atau tepi dalam ruang enjin. Pergerakan enjin mungkin berlaku ketika memecut, dan mungkin juga disertai bunyi bising.

BACA >>> 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

Akibat jumlah gegaran yang dijana enjin sebagai sebahagian operasi tetap, mounting motor ialah komponen penting untuk mana-mana kenderaan. Jika gagal, ia bukan saja membuatkan kabin tidak selesa untuk penumpang, tetapi juga menimbulkan stres tambahan yang boleh merosakkan komponen enjin lain.

Jika anda mengesyaki mounting motor anda bermasalah, segeralah hantar ke bengkel untuk diperiksa mekanik sama ada mounting enjin perlu ditukar baharu.

SUMBER: YourMechanic

Autotainment. Tahukah Anda Enjin Gegar Enjin Mount Paut enjin TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026

    21 Comments

    1. Burn on 08/03/2019 23:28

      Sy pkai kancil enjin kelisa 1.0 auto..bila tekan minyak pedal minyak rasa bergetar…maunting enjin da tukar semua.kenapa ye?

      Reply
      • Yo on 10/06/2019 13:46

        Tukar kereta anda

        Reply
      • Mk on 20/10/2019 15:55

        Drive shaft

        Reply
    2. Mohd. Hamsani Bonah on 19/07/2019 14:23

      Saya guna kereta wira auto…semasa kereta berhenti di lampu trafik dan gear dlm keadaan D…..enjin akan bergegar….adakah itu salah satu punca mounting rosak atau haus

      Reply
    3. Fendi JB on 14/12/2019 07:33

      Saya pakai perodua viva 850 manual. Masalah kereta sy ialah abnormal sound setiap kali sy tekan pedal minyak semasa air cond on. Contoh, pada gear 5, bunyi tu dtg bila speed cecah 80kmh. Bila air cond tutup, bunyi hilang. Boleh sy tau apa puncanya?

      Reply
      • Amira on 17/02/2020 15:21

        Tu sebab air cond punya sistem dah bermasalah.. Kena buat semula wayering air cond dan tukar compressor air cond

        Reply
    4. Faizzal Jinong on 20/12/2019 23:16

      Saya pakai Toyota wish, bila start engine, kedengaran bunyi tek tek dari engine.
      Yg kedua, bila tekan pedal minyak, bunyi megaum tetapi. Kereta tak begerak.

      Reply
    5. Dang mail on 08/02/2020 19:26

      Saya pakai Iswara sedan menual lama masa kerata berjalan tidak ada apa apa getaran tapi selepas saya berhenti dan gear kerata free steering isara saya bergegar apa masalahnya bosku

      Reply
      • Amira on 17/02/2020 15:22

        Enjin mounting kena tukar

        Reply
    6. yusnida on 17/02/2020 14:04

      Saya nak tanya..sya guna kereta bezza..bila start kereta..n jalan dalam 10min..kipas ejen kete sya bergegar..bunyi kuat..n saya x selasa utk truskan perjalan..adakan sbb skru kipas longgar or maslah lain

      Reply
    7. Zaid ryyn on 06/06/2020 10:33

      Assalam. Sy nak tanya. Sy pakai myvi 1.3 manual. Bila waktu pagi nak start lereta bunyi gegar pada bahagian enjin sgt kuat. Kemudian bila masok gear 1 tekan minyak enjin bergegar kuat. Bila lepas minyak xgegar plak. Dan kalau waktu laju bila lepas minyak pastu tekan balik minyak smpai nk dekat rapat bunyi enjin gegar tu ade balik..adakah mounting yg puncanya?

      Reply
      • AO on 06/06/2020 17:56

        Elok rujuk bengkel. Mounting salah satu punca, boleh jadi juga spark plug atau sebab lain

        Reply
    8. Aleesya on 18/06/2020 01:09

      Saya pkai kancil 660 auto ..bhnti dia gegar .. bila jalan dia ok kenapa ye

      Reply
    9. Siti Norhashima on 27/06/2020 20:13

      Bila masuk gear 12345 sambil tekan minyak pedal ada bunyi ketak tukar gear 3 pn bunyi ketak

      Reply
    10. abu on 03/07/2020 20:12

      salam sejahtera saya guna myvi 1.3 auto bila pandu 80/90 bunyi bedengung kejap ada kejap xda tapi bila naik 110 ke atas bunyi dengung tu macam kuat macam nk tekelua enjin adakah tu mounting jugak

      Reply
    11. Mohamad Naim on 05/08/2020 16:36

      Gegar bila rpm bawah dari angka 1 .. lagi2 bila pasang aircond..

      Reply
    12. mail on 08/09/2020 21:43

      saya pakai kereta viva 1.0 (auto).bila masuk gear mengundur(R), engine bergegar .Sebab apa ya?

      Reply
    13. Ada ku x kisah on 13/09/2020 22:18

      Gegar tu.sebab getahnya dah haus.
      Menatang tu kan ada getah
      Jadinya nk menyerap gegaran,kena la ada getah yg elok.
      Cuba kalau awak letak tgn kt enjin tu.bergegau x.
      Mestilah tgn bole rasa.
      Itulah kegunaan enjin mounting.
      Penyerap gegaran

      Enjin bukan digantung bos
      Tp diikat bersama enjin.
      Kalau x,pakai la enjin terbangg

      Kalau nak pakai sampai kiamat pun bole
      Tapi bergegar lahhhh.hahaha

      Reply
    14. nazmi on 15/11/2020 22:34

      salam, saya nak tanya pandang tuan, saya memakai kenderaan volkswegen polo 1.6 masalah yang saya enjin akan bergetar bila masuk gear 4 atau pun mendaki bukit apabila saya lepas pedal minyak getaran terus hilang.

      Reply
    15. Idid on 20/01/2022 10:42

      Kete keluar asap putih.kalau jalan biasa saja tiada asap keluar.masa masuk gear satu dn tekan minyak kuat2 keluar asap putih tebal.masa kereta terkubur.tekan minyak kuat pun keluar asap putih.

      Reply
      • AO on 21/02/2022 00:43

        Standby untuk overhaul

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.