Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/08/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA beberapa faktor diambil kira sebelum seseorang membeli tayar baharu yang  membabitkan aspek kualiti, kecantikan, prestasi dan harga.

Selain itu, ada jenis tayar yang perlu dipertimbangkan, seperti tayar premium, kelas ekonomi dan faktor lain. Persoalan itu sering timbul tanpa mengira segmen kenderaan dipandu sama ada kompak ataupun kenderaan utiliti sukan (SUV).

Ini membawa kepada persoalan, kenapa tayar ekonomi atau bajet memiliki jangka hayat atau lebih tahan lama berbanding tayar premium atau sport?

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu

Di bawah ini adalah contoh tayar ekonomi Michelin (kiri: Energy XM2+) dan prestasi tinggi (kanan: Pilot Sport 4):

Tayar ekonomi menawarkan harga yang lebih mampu milik, iaitu lebih murah daripada produk tayar pertengahan dan premium. Biasanya, tayar ekonomi dihasilkan menggunakan kompaun berbeza daripada tayar premium atau sport.

Tayar ekonomi lazimnya dihasilkan daripada material kompaun getah keras (hard compound) berbanding tayar lebih mahal yang menggunakan kompaun lembut.

Kompaun keras digunakan untuk material tayar ekonomi bertujuan memanjangkan jangka hayat dan penggunaan tayar itu sendiri. Ini membolehkan tayar ekonomi menawarkan jarak perjalanan lebih tinggi daripada tayar premium atau prestasi tinggi.

Bagaimanapun, tayar ekonomi juga ada beberapa kelemahan jika hendak dibandingkan dengan tayar prestasi tinggi atau premium, iaitu:

  • Tahap cengkaman lebih rendah.
  • Keupayaan pecutan dan kecekapan membelok lebih rendah.
  • Memerlukan jarak henti lebih jauh ketika membrek<.

Sebaliknya, kelemahan tayar premium adalah kadar haus lebih tinggi kerana mengandungi kompaun getah lembut selain harga yang lebih mahal.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya

Berbaloikah Beli Tayar Ekonomi?

Memang berbaloi, tetapi bergantung kepada beberapa situasi seperti tujuan kegunaan, cara pemanduan dan jenis kenderaan. Jarang kita akan berjumpa kereta sport seperti Honda Civic Type R dipasangkan tayar ekonomi.

Tayar ekonomi sesuai untuk pemanduan biasa dan sesuai digunakan di kawasan bandar kerana jarak pemanduan harian yang tidak terlalu jauh. Tayar sebegini juga mungkin sesuai untuk kereta kedua yang jarang dipandu.

Jika anda ada bajet lebih dan teringin hendak meningkatkan kecekapan tayar, termasuk meningkatkan tahap keselamatan memandu, memang lebih baik beli tayar prestasi. Apapun, janganlah memandu melebih had kemampuan tayar dan kereta anda.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…

SUMBER: AutoDeal

cara beli tayar sesuai Honda Civic Type R tahukah anda Tayar bajet Tayar Bajet vs Tayar Premium tayar ekonomi Tayar murah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026

    1 Comment

    1. khalijah binti samin on 14/02/2025 19:02

      salam .kak pandu kereta proton 2021 kak ada tukar tayar bulan jan.2025. tetapi tayar tu besar sikit dari tayar yg lainberapa lama kak boleh guna tayar tu sbb lampu kuning didash board menyala

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.