Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?

Han OthmanBy Han Othman25/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, ciri lampu kabus belakang ialah komponen yang wajib dipasangkan pada kereta untuk melepasi ujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dilakukan pasukan Bahagian Kejuruteraan Automotif di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum layak dijual di Malaysia.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

Sejak Bila Pula?

Syarat lampu kabus belakang sudah diwartakan dan dilaksanakan sejak 1 Januari 2015 di bawah peraturan R38 dalam senarai 100 Peraturan UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Ini ditulis dalam Garis Panduan Kelulusan Jenis Kenderaan (Pindaan) 2017.

Fakta berkenaan secara tidak langsung menjawab pertanyaan sesetengah pembaca yang tertanya-tanya kenapa lampu kabus belakang dipasangkan pada kenderaan di Malaysia sedangkan itu bukan komponen kritikal.

Ini kerana Malaysia bukan seperti negara di Eropah yang mengalami musim sejuk atau salji setiap tahun, atau ada banyak kawasan jalan raya dikelilingi gunung dan lembah berkabus sepanjang masa. Hujan lebat pun masih belum cukup untuk membenarkan kita menyalakan lampu kabus (sebab itulah tidak dinamakan ‘lampu hujan’ atau ‘rainlamp’).

 

Lampu kabus cuma boleh dipasang jika jarak penglihatan depan kurang 400 meter, atau tiga tiang lampu. Ini bermakna, kondisi tersebut hanya berlaku di Malaysia dalam cuaca hujan ribut, memandu di kawasan pergunungan atau cuaca berjerabu dengan amaran merah (bahaya!).

Kalau Tiada Guna, Kenapa Pasang?
PanduLaju.com.my

Pandangan kami, peraturan itu sebenarnya lebih kepada visi Malaysia untuk memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa mengikut standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/UN)  yang banyak merujuk kepada regulasi Eropah. Pematuhan tersebut akan memberikan merit kepada komitmen dan reputasi Malaysia dalam industri automotif.

Ia turut memudahkan proses mengeksport produk  tempatan kerana kereta dari Malaysia sudah sedia memiliki spesifikasi keselamatan dan pemasangan komponen aras tinggi. Ini secara langsung melancarkan proses pembuatan, dan pemasangan dari kilang tempatan. Pada masa sama ia juga menetapkan syarat tinggi untuk kereta luar diimport ke Malaysia.

Bukan lampu kabus belakang saja, sebenarnya ada banyak komponen wajib lain juga perlu dipasangkan pada kereta yang mahu dijual di Malaysia. Misalnya lampu siang (DRL) dalam peraturan R87 yang baru diwartakan pada 1 Januari 2020.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenali Suis, Simbol dan Cara Betul Nyalakan Lampu Kabus Belakang

autotainment Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Kereta lampu kabus lampu kabus belakang Rear Foglamp Roda4 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
Roda4

Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.