Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta
Autotainment

#TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERLUKAH lap badan kereta selepas dicuci atau lebih baik biarkan kering begitu saja ditiup angin dan disejat cahaya matahari? Apakah cara terbaik mencuci kereta? Adakah bahagian tayar perlu dibasuh terlebih dulu sebelum mencuci bahagian kereta lain seperti bumbung, bampar atau cermin? Ataupun sebaliknya?

Mungkin ini persoalan yang bermain dalam fikiran anda? Lebih-lebih lagi mereka yang baru saja beli atau dapat kunci kereta.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cuci Enjin Kereta Cara Selamat

Kami senaraikan 5 perkara yang patut anda elak ketika mencuci kereta:

1. GUNA SPAN, KAIN BURUK ATAU TUALA BIASA

Span mungkin sesuai untuk mandi atau mencuci pinggan. Namun, itu bukan pilihan terbaik untuk mencuci kenderaan, lebih-lebih lagi apabila kereta disembur sabun hingga berbuih. Pilihan paling terbaik ialah kain jenis mikrofiber dan span. Di pasaran, sarung tangan khas daripada kain mikrofiber.

Mikrofiber ialah kain lembut yang diperbuat daripada polimer fiber. Ini pilihan terbaik untuk mencuci kereta kerana mudah menyerap dan mampu melakukan cucian lebih bersih. Sarung tangan mikrofiber juga lebih murah dan boleh beli lebih daripada sepasang.

Jangan sesekali guna tuala untuk mengelap badan kereta. Material terbaik ialah kulit chamois (spesies kambing-antelop yang hidup di pergunungan). Ada dua jenis produk chamois di pasaran, iaitu kulit asli dan kulit sintetik.

Pilihan paling ideal ialah kulit asli kerana ada daya serapan kelembapan lebih baik, dan tidak menjejaskan cat kereta. Chamois sintetik pula diperbuat daripada PVA dan mampu menyerap lebih banyak kelembapan berbanding kulit asli. Produk ini juga lebih murah dan tahan lama.

Jika tidak mahu guna kulit haiwan atau sintetik, boleh gunakan tiupan angin daripada vakum atau alat hembus daun untuk menembak udara panas bagi mengeringkan air pada badan kereta. Sanggup ke?

BACA >>> 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

2. CUCI DARI BAWAH KE ATAS

Bukan hal sains roket pun, cuma konsep mudah graviti. Jika mencuci dari bawah ke atas, anda sebenarnya sengaja membenarkan air kotor mengalir ke bawah, iaitu bahagian kereta yang sudah dicuci. Cara sebenar, cucilah dari atas ke bawah. Cara ini membolehkan air kotoran mengalir ke tanah tanpa menjejaskan bahagian atas yang sudah dicuci.

3. BIARKAN AIR KERING DITIUP ANGIN


Benar, cara paling murah ialah biarkan saja air mengewap secara semula jadi. Bagaimanapun, teknik ini akan meninggalkan kesan tompokan air pada badan kereta hingga memburukan rupa kereta. Kaedah terbaik, terus lap kereta selepas dibilas dengan air.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?

4. HANYA GUNA SEBALDI AIR


Jika guna sebaldi air, anda sebenarnya sedang memindahkan semula kotoran yang dicuci pada kereta. Malah, anda berisiko mencalarkan cat kereta kerana kotoran mungkin mengandungi pasir atau batu halus daripada rim atau tayar. Sebaiknya, gunalah tiga baldi air ketika mencuci, iaitu untuk air sabun, air bilasan dan air cucian roda.

5. BASUH KERETA TENGAH HARI ATAU PANAS TERIK

Anda tidak digalakkan mencuci kereta pada lewat pagi atau awal tengah hari. Ini kerana bahang matahari boleh menyebabkan air atau sabun pada badan kereta cepat kering, sekali gus meninggalkan kesan tompokan air. Masa paling sesuai mencuci kereta adalah awal pagi atau lewat petang, ataupun ketika cuaca redup atau sejuk.

BACA >>> #ApaNakBuat: 8 Langkah Cuci Enjin Kereta Cara Betul!

SUMBER: Carmudi

autotainment Car Wash Cuci Kain Mikrofiber Perkara Jangan Buat Ketika Cuci Kereta Tip Cuci Kereta
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.