Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah Rahsia Kunci Pintar Motosikal yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah Rahsia Kunci Pintar Motosikal yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEBANYAKAN motosikal moden masa kini dipasangkan sistem kunci pintar, iaitu sejenis komponen antikecurian dengan ciri keselamatan dipertingkat, termasuk menawarkan ciri utama lain seperti sistem tanpa kunci (keyless) untuk menghidupkan enjin dan buka pelana.

Ciri ini pastinya memberikan lebih keselesaan dan tunggangan nampak lebih moden kerana tiada lagi kunci berjuntaian pada slot kunci. Kunci remote sentiasa disimpan kemas dalam kocek seluar tanpa perlu dikeluarkan. Cuma perlu pulas suis ON pada konsol motosikal untuk menghidupkan enjin.

Suis Honda ADV 150
Suis Honda Vario 150
Suis Yamaha NVX 155

Selain tiga fungsi utama itu, kunci pintar motosikal juga boleh dibuat tetapan lain, tetapi ramai pemilik tidak tahu kelebihan tersebut. Antara model Honda yang menawarkan ciri kunci pintar ialah ADV150 dan Vario 150, manakala Yamaha ada NVX.

Agaknya, apa yang kunci pintar boleh buat?

1. AKTIF/MATIKAN BUNYI NAVIGASI

Sistem kunci pintar Honda dan Yamaha disepadukan bersama fungsi navigasi (GPS) untuk mengesan lokasi parkir motosikal. Apabila butang kawalan jauh (remote) ditekan, motosikal akan mengeluarkan bunyi dan lampu signal akan berkelip. Namun, sesetengah pemilik tidak suka dengan bunyi tersebut, dan hanya mahu lampu signal saja menyala.

Begini caranya:

Yamaha

ON kunci remote dan berada dekat dengan motosikal. Tekan butang penghidup enjin (ignition) sekali. Dalam masa 9 saat, tekan buat kali kedua tanpa lepas selama 5 saat. Apabila terdengar satu bunyi beep, proses mematikan bunyi sudah lengkap.

Honda

ON kunci remote dan berada dekat dengan motosikal. Tekan tanpa lepaskan butang untuk mengesan motosikal hingga warna lampu hijau pada remote bertukar merah. Jika mahu aktifkan semula sistem navigasi dengan bunyi, ulang proses sama.

2. AKTIF/MATIKAN CIRI ANTIKECURIAN

Kunci pintar (remote) dan suis Honda Vario 150

Sistem kunci pintar dengan fungsi antikecurian hanya disediakan untuk model Honda. Apabila ciri itu dibiarkan aktif, motosikal akan menghasilkan signal apabila kenderaan digerakkan atau mengesan sebarang daya tekanan luaran.

Bagi mengaktifkan fungsi itu, anda cuma perlu pusing suis penghidup enjin pada OFF atau LOCK . Tekan butang remote untuk mengesan motosikal dan lampu signal belok akan berkelip dengan bunyi buzer sekali.

Selepas 2.5 saat, buzer akan berbunyi sekali lagi yang menandakan tetapan sudah lengkap. Bagi mematikan ciri antikecurian, anda cuma perlu unlock motosikal macam biasa.

BACA >>> Macam Yamaha R6 Tapi Bukan, Rupanya Huaying R6

3. HIDUPKAN KENDERAAN TANPA REMOTE

Semua sistem kunci pintar motosikal ada fungsi ini untuk menghidupkan enjin jika remote hilang atau rosak. Honda dan Yamaha akan memberi satu set nombor rahsia kepada setiap pembeli motosikal dengan ciri sistem kunci pintar. Set nombor itu boleh digunakan untuk menghidupkan motosikal tanpa remote.

Yamaha
  • Pusing suis kepada posisi OFF. Tekan butang remote tanpa lepas selama 5 saat sehingga lampu indikator kunci pintar berkelip sekali. Ulang langkah sama dua kali.
  • Selepas lampu indikator kunci pintar padam, masukkan set kod nombor rahsia.
  • Setiap kali tekan butang remote untuk memasukkan nombor kod rahsia, lampu akan berkelip mengikut berapa kali anda tekan.
  • Contohnya, untuk angka 5, tekan tanpa lepas sampai lampu indikator kunci pintar berkelip lima kali. Selepas itu, masukkan kod nombor seterusnya dengan langkah sama. Selepas selesai, pusing suis dan enjin boleh dihidupkan.
Honda
  • Tekan butang remote selama 4 saat sehingga nampak lampu indikator menyala pada panel meter.
  • Semasa lampu indikator kunci pintar berkelip, anda perlu tekan lagi butang remote hingga cahaya lampu belakang suis kunci pintar menyala.
  • Masukkan kod dengan tekan remote mengikut jumlah sesuatu angka. Contoh, tiga kali untuk angka 3.
  • Jika sudah masukan kod mengikut turutan dengan tepat, lampu indikator akan terpadam dan buzer berbunyi dua kali. Pusing suis kepada ON dan enjin boleh dihidupkan.

BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
BACA >>> Dayang ADV 150 (2021) – Lagi Klon Honda ADV 150 Muncul di China

SUMBER: Zingnews

Cara Guna Kunci Pintar Yamaha dan Honda Honda Sistem Kekunci Pintar Tip Kunci Pintar Honda Yamaha Yamaha NVX 155 (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.