Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

Han OthmanBy Han Othman23/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
0%
0%
  • User Ratings (1 Votes)
    8.6

Hp vs Tork | James Watt

JIKA anda selalu membaca spesifikasi kereta, mesti nampak dua angka wajib: kuasa kuda @ horsepower (hp) dan tork @ torque (Nm).

Misalnya, Aston Martin Vanquish disebut menghasilkan ratusan hp dan Nm, nampak hebat, tapi… apa sebenarnya maksud dua angka itu?

Ramai tahu ia mengenai ‘kuasa enjin’.

Namun dari sudut teknikal, horsepower dan torque bukan benda sama, tetapi bekerja bersama dengan peranan berbeza.

Apakah Itu Tork? (Kuasa ‘Pusing’)

Apakah itu tork?

Tork adalah daya putaran.

Dalam enjin, ia merujuk sekuat mana aci engkol (crankshaft) dipusing hasil letupan pembakaran dalam silinder.

Secara mudah:

Torque = Daya × Jarak

Bayangkan anda sedang menggunakan spanar untuk membuka nat tayar:

  • Spanar pendek → kena guna tenaga kuat
  • Spanar panjang → lagi senang buka

Kenapa? Ini kerana daya ungkit (leverage) lebih besar = tork lebih tinggi.

Jadi dalam kereta:

  • Lagi tinggi tork → lagi kuat kereta ‘menolak’ dari berhenti
  • Disebabkan itulah kenderaan diesel sepert trak pikap, atau kenderaan elektrik (EV) terasa terus ‘melompat’ apabila pedal ditekan

Bagi memudahkan pemahaman, tork adalah situasi rasa ‘ditolak’ ke belakang kerusi.

Apa Itu Kuasa Kuda? (Seberapa Pantas Kerja Dilakukan)

Kuasa kuda (hp) vs tork (Nm)

Kalau tork ialah kekuatan, kuasa kuda (hp) pula adalah kadar kerja dilakukan. Secara matematik:

Kuasa kuda (hp) = (Tork × rpm) ÷ 5,252

Ini bermakna, kuasa kuda (hp) mengambil kira:

  • Seberapa kuat enjin berpusing (torque), dan
  • Seberapa laju ia meligat (rev @ rpm)

Kuasa kuda (hp) menjawab persoalan:

Berapa cepat enjin boleh menggunakan kekuatan itu?”

Kenapa Ada Dua Ukuran?

Sebabnya, enjin tidak bekerja pada satu kelajuan sahaja.

  • Tork biasanya kuat di RPM rendah hingga sederhana
  • Kuasa kuda (hp) naik apabila RPM meningkat

Fakta tersebut menjawab persoalan:

  • Kenapa kereta aspirasi naturan (NA) perlu rev tinggi untuk rasa laju
  • Turbo berfungsi memberikan tork awal untuk rasa ‘kick’ cepat
  • EV pula memiliki tork maksimum serta-merta yang membuatkan efek pikap sangat pantas

Asal Usul Istilah ‘Kuasa Kuda’

Prototaii enjin stim ciptaan James Watt 'Old Bess' (1778)

Istilah kuasa kuda @ horsepower (hp) datang daripada jurutera Scotland abad ke-18, James Watt (foto atas kiri). Beliau asalnya mahu menjual enjin wap, tetapi orang ketika itu masih tidak faham mengenai istilah ‘kilowatt’ (kW). Jadi Watt bandingkan kuasa enjin dengan berapa banyak kerja seekor kuda boleh buat.

Apakah itu horsepower (hp)?

Beliau anggarkan:

Seekor kuda mampu mengangkat 33,000lb (paun) setinggi 1 kaki dalam seminit.

Maka, dari situlah lahir unit horsepower, bukan sebab enjin ada kuda dalam bonet ye.

Jadi Secara Ringkas…

  • Tork = Kuat menolak kereta bergerak
  • Kuasa kuda = Kemampuan terus memecut apabila sudah bergerak

Atau analogi lebih mudah:

SituasiTorkKuasa kuda
Angkat peti beratPentingTidak penting
Lari 100 meterKurang pentingPenting
Tarik trelerSangat pentingSederhana
Kelajuan tertinggi lebuh rayaKurang relevanSangat penting

Kenapa EV Rasa Lagi Padu Walaupun HP Tidak ‘Gila-Gila’?

Jawapannya, motor elektrik memberikan:

  • 100 peratus tork dari 0 rpm
  • Tidak perlu tunggu rev naik

Malah EV berkuasa 200hp boleh rasa sekuat kereta petrol 300hp.

Fakta Menarik: Kenapa Graf Dyno Bersilang pada 5,252rpm?

Kenapa hp dan Nm bersilang pada 5,252rpm?

Dalam unit imperial:

HP dan tork sentiasa bersilang pada 5,252rpm.

Bukan kebetulan kerana ia datang terus daripada formula fizik tadi. Dalam dunia pemanduan sebenar:

  • Tork buat kereta bergerak
  • Kuasa kuda pula buat kereta terus laju

Sebab itu angka hp saja tidak cukup untuk menilai prestasi sesebuah kereta. Ini kerana kereta boleh saja ada hp besar, tapi kalau tork lemah, boleh rasa ‘lembik’.

Atau tork pula besar tapi hp kecil, kuat tarik, tapi cepat ‘habis nafas’.

Jadi apabila membaca spesifikasi enjin, jangan hanya tengok pada kuasa kuda (hp) sahaja. Tengok juga angka tork sekali, barulah tahu karakter sebenar kereta tersebut.

SUMBER: Motor1.com | PakWheels.com

autotainment Horsepower (hp) kuasa kuda Spesifikasi Kereta tahukah anda tork Torque
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.