Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Benarkah Ringankan Motosikal Lebih Berbaloi?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Benarkah Ringankan Motosikal Lebih Berbaloi?

WahidBy Wahid02/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA sering terpengaruh dengan angka kuasa sesebuah motosikal, tetapi ada juga yang beri perhatian kepada berat jentera. Sebenarnya, apa yang patut dipertimbangkan, bagaimanakah kuasa dan berat memainkan peranan kepada prestasi motosikal?

Prestasi dimaksudkan boleh dirangkumkan kepada tiga aspek utama: iaitu kepantasan memecut, kecepatan dan jarak membrek, dan ketangkasan ketika menukar arah.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Pelumba Motosikal yang Jadi Inspirasi Ramai Generasi Muda

Ini kerana setiap objek ada daya inersia. Dalam pemahaman mudah, daya inersia ialah rintangan bergerak apabila sesebuah objek berada dalam keadaan tidak bergerak; dan rintangan untuk diperlahankan dan ditukar arah apabila objek itu dalam keadaan bergerak.

Jadi, objek ringan memerlukan kuasa atau pengaruh luaran untuk bergerak, diperlahankan atau ditukarkan arah. Sebaliknya, objek berat memerlukan lebih kuasa untuk mempengaruhinya.

Baiklah, mari kita huraikan perbandingan antara kuasa enjin dan berat motosikal.

KUASA ENJIN VS BERAT

Istilah perbandingan ialah nisbah kuasa kepada berat motosikal (power-to-weight ratio). Dari sini kita boleh lihat berapa banyak berat harus ditanggung enjin. Kita ambil contoh motosikal 1,200cc berkuasa 200hp dan berat 180kg.

Di sini, nisbah kuasa kepada berat asal ialah:

180kg/200hp = 0.9kg/1hp (setiap 1hp menanggung 0.9kg)

Jumlah berat lebih kecil bermaksud enjin menanggung berat yang kurang, dan ini memberikan prestasi lebih baik. Ada dua metod meningkatkan prestasi motosikal, iaitu antara menambah kuasa enjin dan meringankan berat motosikal.

BACA >>> Honda RC 213V-S Pertama Dijual di eBay – RM1.17 Juta dalam Kondisi Serba Baharu

1. Metod Tambah Kuasa Enjin

Apa kata kita pilih pendekatan modifikasi untuk menambah kuasa enjin. Katakanlah kita dapat tambahan 10hp selepas menukar sistem ekzos dan menala semula unit kawalan elektronik (ECU)?

180kg/210hp = 0.86kg/1hp

2. Metod Ringankan Motosikal

Bagi pendekatan ini, kita boleh tukar sesetengah komponen kepada lebih ringan seperti braket peg kaki. Kita juga tanggalkan peg kaki dan cabut pelana pembonceng. Ada lagi, kita tanggalkan pula ‘ekor’ belakang. Apa diperlukan dengan cara ini adalah tidak boleh ‘usik’ enjin dan ECU.

Selepas menimbang berat, kita dapati motosikal kita lebih ringan 10kg. Jadi, nisbah kuasa kepada berat baharu ialah:

170kg/200hp = 0.85kg/1hp (LEBIH KUASA!)

PENUTUP

Ringkasannya, kita mendapat nisbah lebih baik (0.85kg berbanding 0.86kg) dengan hanya menanggalkan bahagian tidak perlu dan menukar satu dua komponen lebih ringan. Ya, kita tidak perlu pun melabur banyak wang untuk menukar sistem ekzos, apatah lagi mengusik ECU, dan menukar injektor bahan api, piston, aci sesondol (camshaft) dan sebagainya.

Malah, motosikal kita lebih cepat pikap, prestasi membrek lebih baik dan pengendalian lebih tangkas selepas diringankan. Ingat, penambahan kuasa enjin tidak semestinya membuatkan motosikal kita mampu beraksi seperti sebuah jentera yang ringan, terutama dalam aspek pembrekan dan ketangkasan.

Metod pengurangan berat boleh dianggap sebagai ‘tambahan kuasa enjin percuma’ (free horsepower). Ini juga antara sebab kenapa banyak pasukan lumba bersaing menghasilkan material ringan untuk komponen jentera mereka.

Namun, kami ingin mengingatkan supaya jangan sesekali menanggalkan apa-apa komponen wajib ada seperti brek belakang, cermin sisi, lampu dan sebagainya yang menyalahi undang-undang dan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Artikel ini ditulis untuk pengetahuan umum.

BACA >>> 4 Tip Ubah Suai Motosikal Cara STP – 'Standard Tapi Perform'?

autotainment Ringankan Motosikal roda2 tahukah anda tip motosikal
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.