Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Bagaimanakah Teknologi AI, VR Beri Kelebihan untuk Ducati Dominasi MotoGP?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Bagaimanakah Teknologi AI, VR Beri Kelebihan untuk Ducati Dominasi MotoGP?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADA banyak perkara dibincangkan mengenai kejayaan Ducati dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim lalu, tetapi tiada sesiapa mengkaji daripada aspek pemodalan komputer, realiti maya (VR) dan kepintaran buatan (AI).

Salah seorang jurutera MotoGP mengakui terkejut melihat kemajuan Ducati dalam sukan lumba itu dengan berkata;

BACA >>> Ducati Team MotoGP Tipu Tekanan Angin Tayar?
BACA >>> Tak Boleh Ubah Suai Enjin, Ducati Upah Jurutera Aeroangkasa untuk MotoGP 2021

Sukar aku percaya kemajuan Ducati. Kuasa yang boleh diperah ketika membelok memang tak masuk akal. Kalau mereka ada pelumba macam Marc Marquez atau Fabio Quartararo, kami sudah tentu tak nampak arah mana mereka pergi.”

Ducati memiliki dos kuasa lebih tinggi berbanding pesaing lain di trek. Ketika memasuki MotoGP pada 2003, jentera Ducati cuma mencatat kelajuan maksimum 332.4kmj, tetapi kini sudah sepantas 363.3kmj!

Ramai peminat tahu kejayaan musim 2022 diraih Francesco Bagnaia (Pecco) adalah disebabkan kelebihan casis jentera yang mudah menguasai semua kawasan selekoh, dengan kekuatan enjin yang membantu beliau meluru laju di laluan lurus.

Selain itu, difuser yang diilhamkan daripada sukan lumba Formula Satu (F1) juga memberikan kelebihan mengubah angin untuk menghasilkan ekstra cengkaman ketika memecut.

Umum diketahui, Ducati menghantar lapan jentera di grid lumba yang membolehkan pengeluar itu mengekstrak banyak data untuk kerja talaan semula trenkuasa Desmosedici.

Lapan kumpulan data itu juga membantu mana-mana pelumba Ducati yang berdepan masalah di sesuatu selekoh atau seksyen litar. Ini kerana pelumba dapat melihat cara atau strategi tujuh pelumba lain melayan selekoh, sekali gus mempelajari teknik tersebut.

KELEBIHAN TERBESAR DUCATI

Bagaimanapun, kelebihan terbesar Ducati yang ramai tidak sedar ialah simulasi dan pemodelan komputer.

Sejak beberapa tahun lalu, Ducati melabur besar dalam teknologi tersebut yang membawa kepada penambahbaikan pantas menerusi AI, VR dan realiti terimbuh (AR). Ini asas penting dilakukan Ducati di trek lumba dan juga di kilang Borgo Panigale.

Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna berkata;

Teknologi ini sudah banyak berkembang sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini, kami banyak buat perkara seperti ini, tetapi hasil kurang memberangsangkan kerana perlu mengumpul data. Sekarang, AI amat penting untuk kami mencapai hasil.”

Sebenarnya, beberapa pengeluar lain turut meneroka teknologi tersebut, cuma bezanya Ducati bermula lebih awal.

Ducati kini memiliki lebih ramai jurutera di padok MotoGP berbanding pengeluar lain yang sebahagian besar lebih sibuk menekan butang komputer riba berbanding spanar.

Semua jurutera itu mentafsir data, membuat pemodelan dan simulasi prestasi untuk setiap kondisi perlumbaan kerana itulah cara berada di depan, sama seperti situasi dalam F1, aeroangkasa dan industri lain.

Teknologi AI dan VR sudah sinonim dalam F1 dengan pasukan teratas menggunakan super komputer dan perisian untuk menganalisis ratusan ribu lap maya sebelum acara lumba mingguan bermula.

Ducati juga melakukan perkara sama, tetapi mengikut skala lebih kecil kerana bajet MotoGP lebih rendah berbanding F1. Sebab kedua, kerja pemodelan sesebuah motosikal adalah lebih sukar daripada kereta. Ini kerana motosikal lumba memiliki faktor dinamik lebih kompleks berbanding dinamik kereta lumba.

BACA >>> 4-Silinder Sebaris vs V4, Mana Satu Konfigurasi Enjin Terbaik MotoGP?

Dall’Igna menjelaskan lagi;

Ini kerana apa dilakukan motosikal dengan pelumba yang kerap menukar posisi menjadikan ia lebih sukar untuk kerja memodelkan motosikal berbanding kereta.”

Satu lagi manfaat Ducati memiliki lapan motosikal adalah kemampuan mengumpul lebih banyak data bagi membantu kerja pemodelan lebih tepat.

Ducati menggunakan sumber data besar untuk melakukan lap individu dan jarak perlumbaan melalui AI, VR dan AR.

Ini membolehkan pasukan jurutera mensimulasikan prestasi tayar dalam satu lap kelayakan dan tahap kondisi komponen itu ketika berlumba, termasuk kesan perubahan geometri, pelarasan suspensi atau perubahan talaan untuk situasi tertentu perlumbaan.

Situasi itu membolehkan pasukan jurutera mencari jawapan tepat untuk menambah baik prestasi di litar sebenar supaya jentera lebih pantas dan lebih tepat. Ducati nyata tahu bagaimana jentera akan bertindak walaupun belum meninggalkan pit.

Kelebihan pemodelan dan simulasi semakin meningkat tahun demi tahun bukan disebabkan teknologi bertambah baik, tetapi kekurangan ujian dan waktu latihan dibenarkan. Justeru ujian, latihan dan perlumbaan maya memberi kesan lebih tinggi terhadap sesuatu keputusan.

Banyak pengeluar yang bersaing dalam MotoGP sudah membina model tiga dimensi (3D) maya sendiri dengan peta litar lumba sejak sedekad lalu. Masing-masing menggunakan sensor LiDAR yang dipasang pada troli dan ditolak atas trek untuk merekod semua aspek seperti susun atur litar, sudut selekoh, persekitaran dan lain-lain.

Kini, rata-rata pengeluar sedang berusaha menghubungkait maklumat tersebut dengan jentera dihasilkan melalui komputer.

BACA >>> Lenovo Ducati 5 – Komputer Riba Edisi Terhad untuk Peminat Ducati

Malah, menerima tajaan Lenovo bukan sekadar mahu mempopularkan jualan jenama komputer riba dari China itu. Kerjasama itu sebenarnya bersifat teknikal dengan menggunakan pelayan (server) pusat berkuasa tinggi menerusi komputer maya pasukan di garaj, trak dan divisyen lumba di kilang.

Ini juga sebab banyak pasukan kini cuba mendapatkan khidmat mekanik Ducati, terutama mantan ketua kru Enea Bastianini dan Andrea Dovizioso, iaitu Alberto Giribuola.

Giribuola memiliki kelulusan mekatronik, iaitu gabungan kejuruteraan mekanikal, elektronik dan robotik. Beliau kini mengetuai garaj KTM Factory. Mampukah pasukan dari Austria itu menyinar musim ini?

BACA >>> Ducati Gari Ketua Mekanik Jack Miller, Siap Usung Hantar ke Garaj KTM Racing
BACA >>> Skil Stoppie Bantu Hentikan Motor Saat Kecemasan (Jangan Sampai Gigi Berterabur)
BACA >>> Ducati Jual Lebih 61k Motosikal Sepanjang 2022, Siri Multistrada V4 Paling Laris!

SUMBER: MotorsportMagazine

2023 MotoGP Alberto Giribuola Auto Terkini autoterkini Borgo Panigale Desmosedici Ducati Ducati Desmosedici Ducati Lenovo Fabio Quartararo Formula Satu (F1) Gigi Dall'Igna Marc Marquez MotoGP 2023 Pecco Bagnaia sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.