Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Team MotoGP Tipu Tekanan Angin Tayar?
Auto Terkini

Ducati Team MotoGP Tipu Tekanan Angin Tayar?

WahidBy Wahid20/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADOK Kejuaraan Dunia MotoGP beberapa hari lalu dikejutkan dengan kontroversi tayar depan jentera Ducati Desmosedici GP22 ditunggang pelumbanya Francesco Bagnaia ketika menjuarai GP Jerez di Sepanyol yang didakwa menggunakan tekanan angin tayar lebih rendah daripada disarankan.

Pendedahan itu dibuat wartawan MotoGP terkenal, Max Oxley yang mengatakan seorang kru pasukan lain memberikannya satu gambarajah yang menunjukkan tekanan angin tayar setiap pelumba.

BACA >>> Strategi Menjadi, Sekat Quartararo di Selekoh Bantu Bagnaia Juara GP Sepanyol 2022

Gambar ehsan Motorsport Magazine

Menurut Oxley, kru itu mendakwa tekanan tayar minimum tidak menjadi peraturan dikuatkuasakan dalam kelas MotoGP. Sebaliknya dipersetujui setiap pasukan dan pembekal tayar (Michelin) supaya semua menggunakan tekanan angin mininum sama. Namun, jika ada pelumba menggunakan tekanan angin lebih rendah untuk menang, ia boleh dianggap satu penipuan.

Tekanan tayar ialah isu paling penting dalam perlumbaan motosikal. Ini kerana penggunaan tekanan angin lebih rendah membolehkan tayar mendapatkan lebihan permukaan yang bersentuhan dengan jalan. Hasilnya, tayar akan mendapat ekstra cengkaman.

Namun, masalah bermula pada 2016 apabila Loris Baz terjatuh kerana tayar jenteranya meletup pada halaju 290kmj di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Siasatan dilakukan Michelin mendapati pasukan Baz mengisi tayar belakang dengan tekanan angin terlalu rendah.

Justeru setiap pasukan dikehendaki menggunakan sensor tekanan angin tayar, dan data tekanan akan dirakamkan dalam unit kawalan enjin (ECU). Malah, pengendali MotoGP, Dorna, termasuk Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan Pasukan Pengeluar Sukan Motosikal (MSMA) bersetuju melakukannya dengan kepercayaan dibetikan kepada setiap pasukan supaya tidak menggunakan tekanan terlalu rendah daripada 1.7 bar.

Pasukan MotoGP boleh mengisi tayar dengan tekanan lebih rendah pada permulaan perlumbaan, tetapi setiap tekanan angin tayar mesti mencapai had minimum (tekanan panas) selepas 11 lap. Bagaimanapun, tekanan angin tayar depan Bagnaia pula tidak mencapai had minimum selepas tamat perlumbaan 22 lap tersebut di Jerez tempoh hari.

Gambar ehsan Motorsport Magazine

Sebagai makluman, pasukan dalam kelas Moto2 dan Kejuaraan Superbika Dunia (WorldSBK) juga diwajibkan tidak menggunakan tekanan angin terlalu rendah.

Malah, Formula Satu (F1) juga mengikut peraturan sama.  Bezanya, ia peraturan yang dikuatkuasakan dan pasukan yang didapati gagal berbuat demikian boleh dikenakan penalti.

BACA >>> Michelin Bekalkan Tayar MotoGP Hingga 2026, Wajarkah Dikritik?

Akhirnya krew pasukan lawan mendedahkan data tersebut kepada Oxley kerana tidak dapat bersabar lagi dengan penipuan seperti itu. Selepas didedahkan, Pengarah Teknikal Ducati, Gigi Dall’ignia tampil menjelaskan setiap pasukan menggunakan sensor tekanan angin berbeza yang memberikan bacaan berlainan.

Pendapat kami, kenyataan itu agak aneh kerana jentera Ducati lain tidak menunjukkan tekanan angin yang begitu berbeza, termasuk jentera rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller. Tambahan lagi, setiap pasukan mengukur tekanan angin dengan julat 0.1 bar, iaitu sangat tepat.

Dorna akhirnya memutuskan akan menyelesaikan segala isu berkenaan bermula tahun depan dan akan membekalkan sensor tekanan angin tayar standard kepada semua pasukan.

BACA >>> Kontrak Sah Hingga 2023, Dorna Mahu Jumpa, Tak Gembira Hasrat Suzuki Keluar MotoGP
BACA >>> Aksi Pembukaan MotoGP 2023 Bukan di Qatar, Pindah ke Sepang?

Auto Terkini Ducati Team Francesco Bagnaia Gigi Dall'ignia Kejuaraan Dunia MotoGP Max Oxley MotoGP MotoGP 2022
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.