Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Pusingan Kelayakan MotoGP Berlangsung?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Pusingan Kelayakan MotoGP Berlangsung?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMUM mengetahui musim baharu Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 sudahpun bermula hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Hujung minggu ini pula berlangsung pusingan kedua di litar sama.

Kebiasaannya, perlumbaan MotoGP akan diadakan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebelum semua pelumba memulakan aksi final pada Ahad, mereka perlu terlebih dahulu melalui pusingan Kelayakan (Qualifying).

Jika anda baru berjinak-jinak mengikuti sukan MotoGP, anda mungkin sedikit sukar memahami proses pusingan Kelayakan ini. Jangan risau, artikel ini akan menjawab kemusykilan anda.

Ringkasnya, pusingan Kelayakan MotoGP terbahagi kepada beberapa sesi, iaitu Latihan Bebas (Free Practice, FP), Latihan Bebas ke-4 (FP4), sesi Kelayakan 1 (Q1) dan Kelayakan 2 (Q2).

Berikut huraian ringkas setiap sesi Kelayakan MotoGP.

LATIHAN BEBAS (FREE PRACTICE)

9 pelumba terpantas ketika sesi latihan GP Qatar minggu lepas

Ada tiga sesi Latihan Bebas (FP) untuk perlumbaan MotoGP. Setiap sesi berlangsung 45 minit dan diadakan pada Jumaat dan Sabtu yang mana 10 pelumba terpantas mana-mana sesi FP akan memasuki pusingan Q2 untuk menentukan grid final pada Ahad nanti.

Berbeza sesi FP Formula Satu (F1) yang agak membosankan, sesi latihan dan format Kelayakan MotoGP jauh mendebarkan dan menghiburkan kerana setiap pelumba akan cuba melakukan aksi terbaik hingga saat akhir dalam usaha memasuki Q2.

FP4

Walaupun masih dalam fasa FP, masa dicatatkan dalam sesi latihan ke-4 (F4) tidak dikira untuk pusingan Kelayakan. Sesi ini hanya berlangsung 30 minit dan diadakan sebelum pusingan Kelayakan. 

Fungsi FP4 adalah memberikan pelumba peluang mengubah suai jentera mereka mengikut situasi tidak dijangka seperti cuaca buruk dan kemalangan yang memerlukan baik pulih segera. Ada juga sesi pemanas badan pada hari perlumbaan untuk tujuan sama.

SESI Q1 DAN Q2

Posisi grid GP Qatar minggu lalu

Pusingan Kelayakan MotoGP terbahagi kepada dua sesi, iaitu Q1 dan Q2. 

Seperti dinyatakan awal tadi, hanya 10 pelumba terpantas pada tiga sesi FP pertama akan bersaing dalam Q2. Bagaimanapun, sesi Q1 akan bermula dahulu yang melibatkan pelumba di luar kedudukan 10 terpantas tadi. 

Kemudian, dua pelumba terpantas Q1 akan diberikan peluang bersaing dalam Q2. Ini menjadikan pusingan Q1 menarik kerana pelumba yang gagal meraih kedudukan 10 terpantas dalam FP akan bekerja keras untuk layak ke Q2 kerana cuma ada dua slot disediakan.  Malah, mereka boleh merampas kedudukan grid pertama (pole position) jika cukup pantas walaupun sebenarnya sangat jarang berlaku.

Selepas tamat sesi Q2, maka selesailah setiap posisi grid buat setiap pelumba sebelum perlumbaan final bermula.

BACA >>> #Tahukah Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil daripada Tayar Biasa?
BACA >>> #TahukahAnda: Adakah Bunyi Lain yang Lebih Kuat daripada Ekzos Motosikal?

SUMBER: Jalopnik

fp4 free practise MotoGP pusingan kelayakan Q1 q2 Qatar GP qualifying tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.