Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Mod Eco Berfungsi? Apakah Kesan Terhadap Kenderaan?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Mod Eco Berfungsi? Apakah Kesan Terhadap Kenderaan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMAKIN ramai pengeluar automotif memperkenalkan ciri mod Eco pada model-model kenderaan baharu termasuk motosikal. Butang ini biasanya berwarna hijau dan ada paparan teks ECO pada instrumen meter semasa fungsinya diaktifkan.

Tujuan mod Eco hanya satu iaitu membantu anda memaksimumkan penggunaan bahan api secara efisien. Ini caranya mod Eco berfungsi dan kesan terhadap kenderaan anda:

APAKAH ITU MOD ECO?

Eco bermaksud ekonomi dan anda boleh aktifkan butang itu untuk membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api. Apabila digunakan, sistem akan menyekat prestasi:

  • Transmisi
  • Trenkuasa
  • Penyaman udara

KESAN TERHADAP PRESTASI KENDERAAN?

Fungsi Eco memberi kesan langsung terhadap prestasi sesebuah kenderaan. Ini termasuk daya pecutan kurang responsif dan merendahkan poin penukaran gear transmisi.

Pemandu juga boleh terasa kenderaannya lebih perlahan dan ini situasi normal kerana sistem sedang berusaha untuk meminimumkan kelajuan enjin dan beban.

Pernah anda terasa pedal minyak jadi berat semasa guna mod Eco? Ini bermaksud sistem tidak membenarkan terotal dibuka luas jika anda memijak pedal secara mengejut atau agresif. Dengan mengawal pembukaan terotel, sistem membantu menghalang kemasukan bahan api ke dalam kebuk pembakaran.

APA KAITAN PENYAMAN UDARA?

Selain menurunkan prestasi kenderaan, ada juga kesan terhadap penyaman udara iaitu sistem Eco mengurangkan beban komponen aliran udara sejuk.

Sistem Eco mengawal kompresor penyaman udara dengan menetapkan ia berfungsi mengikut mode cut-off dan mengawal kelajuan pusingan kipas. Anda boleh rasa perbezaannya iaitu penyaman udara mengambil masa lebih lama untuk menyejukkan kabin kenderaan ketika cuaca panas.

CARA AKTIFKAN MOD ECO

Ada tiga cara mengaktifkan mod Eco mengikut pengeluar dan jenis kenderaan.

  • Tekan butang fizikal disediakan. Butang ini biasanya berwarna hijau atau ada teks Eco dan dipasang pada papan pemuka, stereng atau konsol tengah.
  • Guna tombol dial rotari penukaran mode pemanduan
  • Tekan skrin sentuh infotainmen dan pilih tetapan Eco

BILAKAH HARUS GUNA MOD ECO?

Lokasi paling sesuai ialah pemanduan dalam kawasan bandar atau trafik sesak. Kedua-dua situasi ini tidak memerlukan kuasa prestasi daripada kenderaan.

Jika mahu terus menggunakan mod Eco termasuk di lebuh raya, anda boleh melakukannya kerana tiada undang-undang menyatakan itu satu kesalahan jalan raya.

SUMBER: AutoDeal

Cara Guna Mod Eco Econ Mode Jimat Minyak Eco mod Eco tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.